Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

23 Februari 2011

Akibat Pinjam Ceti Haram atau Along, bukan Mak Long

Seorang lelaki ni umur 40 an, pinjam kat ceti haram dua tahun dulu. Masa tu dia katanya kesempitan wang dan sangat memerlukan wang. Maka dipinjamlah duit RM 1700, proses sekejap jer dah dapat duit. Ikut perjanjian, lelaki ini kena bayar balik duit RM 1700 tu semua tak kiralah berapa lama, lambat pun boleh.

Tapi, selagi tak bayar semula kat along tu, kena bayar RM 220 sebulan sebagai bunga. Pada saya itu bukan bunga, tapi kira bunga, putik dan dahannya sekali. Nak lari tak boleh sebab buku dan kad bank along tu dah pegang. Akaun bank dia itulah majikan bayar gaji. Gaji dia dalam RM 600 sebulan. Kalau tak kasi along pegang, tak boleh pinjam. Jadi dah dua tahun dia bayar sebulan RM 220, setahun dah kira RM 2,640, kalau dua tahun RM 5,280. Tapi sampai sekarang kena potong lagi 220 dan RM 1700 itu mesti dibayar juga.

 Kalau tak bayar cammana ? Kalau tak bayar, seumur hidup dialah kena potong RM 220. Jadi kalau 10 tahun, dia kena bayar dalam 26,400.00 dan duit RM 1700 itu tetap kena bayar juga. Itulah lintah daratnya along. Nak salahkan along tu tak boleh juga, dia tolong orang susah juga. Kita yang cakap banyak ni pun belum tahu nak bantu orang susah, tapi along tolong orang susah. Orang yang meminjam tu pun boleh juga dipersalahkan sebab kenapa dia tak fikir panjang masa tu. Sekarang dah susah, baru nak menyesal dan insaf, patut ker ?

Jadi, nasihat saya janganlah pinjam kat along, pinjam kat Paklong atau Maklong boleh ler terutama lepas paklong balik jual getah. Tengoklah gambar lintah kat atas tu lama-lama, itulah teruknya orang yang dah terperangkap dengan along ni. Tapi siapa yang letakkan lintah tu kat badan dia ? Sendiri letak ler....

5 ulasan:

  1. hurmmmm...tu la. asik ank amik jalan mudah je. :(
    Lukis Guna Lampu?

    BalasPadam
  2. Kalau orang dah terdesak... apapun sanggup dia buat... kesian...

    BalasPadam
  3. hmmm..
    saling xtumpah kes...
    hutang karpet...
    penyudahnya.. kawinkan je.. anak gadis dgn pakistan penjual karpet tu...

    akhir kalam...
    pakistan balik negeri...
    anak tadi gigit jarii !!

    Wallahualam...

    BalasPadam
  4. hehehe...pinjam senang aje tu,tapi nak bayar punya lah susah...macam2 alasan di beri,ketika nak pinjam punya lah manis mulut....

    BalasPadam
  5. SAYA NAK TANYA,APA HUKUM KLAU PINJAM DENGAN CETI?
    MACAM NI KAWAN SY PINJAM DGN CETI SBB NAK BAYAR HUTANG SY rM1000..DUIT YG SAYA TERIMA TU HALAL KE TAK YER??

    BalasPadam

Dipersilakan komen.