Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

06 Februari 2011

Dua Bulan Bernikah, Rumahtangga Bergolak


Pasangan suami isteri ini, baru nikah dua bulan, rumah tangga dah bergolak. Cerita suami dia, punca berlaku bila bapa dan ibu mertua banyak masuk campur urusan rumahtangga dia.

Isterinya sudah mengandung dua bulan sekarang dan bapa mertuanya datang ke rumah dia dan ambil anaknya supaya duduk dengannya. Alasannya, supaya bayi yang dikandung itu sihat dan dijaga dengan baik. Suami tak benarkan isteri dia ikut balik kampung, lagi pun jauh, sekitar 80km dan tak memungkinkan suami berulang alik ke tempat kerja.

"Tuan Kadi tolong nasihatkan pak mertua saya, jangan masuk campur sangat pasal rumahtangga saya. Tahulah saya nak jaga isteri saya". Kat suami dalam perbualan telefon.

Ishhh, susah juga jadi Kadi ni, nak kena nasihatkan pak mertua orang pulak. Tak apa, apa-apa hal, kena dengar cerita kedua-dua belah pihak dulu. Setakat dengar cerita sebelah pihak,belum tentu dia semuanya betul.

Muka Hadapan Blog Ini Klik Sini

5 ulasan:

  1. Uishhh dah macam kisah dalam Ibu Mertuaku jerrr...

    BalasPadam
  2. hmm..
    ada la tu xkena tang mana2 tu...
    klu dah 'asyik ndak' je... 8 kali shari..
    mau taknya.. "bapa mertua datang ke rumah dan seret anaknya balik supaya duduk dengannya"... ishhh !!... mintak maaf banyak2 yea.. semua..
    lapik ckp ni...

    BalasPadam
  3. Sumai ni ingat dia saj ada hak dalma kehidupan isterinya. Hubungan isteri sebagai anak tidak berakhir dengan perkahwinan. Kalau dua bulan kahwin dah bermasalah, mau tak mau suami mesti menghadapi kenyataan bahawa dia kurang bijak mengendalikan rumahtangga dan hubungan dengan famili sebelah isteri.

    BalasPadam
  4. erm... bukan ke kalu dah kahwin, syurga seorg isteri brade di tapak kaki seorg suami..? so kalu dah si isteri dah ingkar kate2 suami die, bertmbh derhaka la die...

    BalasPadam
  5. Salam, tok. Nasib baik saya x jdi tok kadi nih hehe... pening... pening... Bkn dpt elaun tmbhan ye. Betol, papehal kna tau citer 2 belah pihak. Skrg byk jgk lelaki yg umornya bkn skit tp akalnya masih skit. Yg perempuan plak dah sah2 org cop krg akal plak. X adil. Susah nak didik anak org berkasta 'imam' yg kite x tau latarbelakang familinya selama dia idup tu. Klu tak, mna la x bertambah2 besar mahkamah syariah nak setel mslh org ye. Sedih... Sedih...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.