Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

04 Februari 2011

Husaini Berlatih Main Ping Pong



Husaini, masih sekolah rendah, sedang mengikuti latihan ping pong, bapa dia yang latih. Bercita-cita nak ikut jejak bapa dia satu hari nanti. Sekarang dah boleh smash, kontrol bola, strok, servis dan lain-lain. Spin belum belajar lagi, belum sampai ke tahap tu. Husaini pegang cara penhold juga macam bapa dia.

Dulu bapa dia masa umur macam ni dah mula main ping pong, tapi serba kekurangan. Minat punya pasal, raket pun pakai papan kayu, buat pakai gergaji. Sebelum gergaji, lukis pakai kapur atau arang. Masa tu mana ada jurulatih, asalkan bola melantun jer. Dah pandai sikit tu, barulah ayah belikan raket yang baik sikit. Beli pun, bukanlah raket yang baik sangat, cuma setakat boleh main dengan kawan-kawan jer, masuk game pun tak lepas pakai raket tu.

Sekarang Husaini, dah pakai raket kayu jenis Butterfly Yoshida Kaii harga RM 200, getah jenis DHS Memo harga RM 55 dan speed gam, bapa dia punya.  Nak Tahu Pasal Gam Klik Sini



5 ulasan:

  1. Cayalah ustaz..latih anak main ping pong...sekarang sukan ni saya rasa mmg tengah berkembang di kalangan anak melayu...di kelab saya mmg ada sorang jurulatih tu dah train anak dia sejak umur 6 tahun...sekarang sudah darjah satu...permainannya sangat lah mantap...sukan ini bakal berkembang dengan pesat lagi kat Malaysia ni..

    BalasPadam
  2. Ustaz,

    Sila join komuniti ping pong ni kalau ustaz belum join: PP4M

    BalasPadam
  3. Persatuan Ping Pong Melayu, dah join pun kat JB dan Kluang. Yang ini persatuan kat mana pulak.

    BalasPadam
  4. Ni bukan persatuan, tapi komuniti ping pong seMalaysia..macam - macam aktiviti, coaching, tempat main ping pong, jual bet ping pong dsb...ni majoriti adalah orang Melayu..laman web PP4M

    BalasPadam
  5. betul2... saya pn da join PP4M :)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.