Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

19 Februari 2011

Lelaki Dah Tak Tahan, Bekas Makwe Baru Habis Edah


Seorang lelaki 40-an cerita pada saya, bekas kekasihnya baru 3 bulan kematian suami. Maka kiranya, bersimpati jugalah dengan bekas makwe satu sekolahnya itu. Bukan apa, nak tolong janda, cerita dia lagi. Bagus, bagus, bagus, biasa ku dengar perkataan 'tolong janda' itu........

Halangannya sekarang adalah isterinya. Lansung isterinya tak tahu dan taknak beritahu isterinya itu yang dia ada hajat besar nak nikah lagi satu. Isterinya itu pun kenal dengan perempuan itu,  malah isterinya turut hadir masa baca Yasin kat arwah suami perempuan itu dulu. Tapi cerita perempuan itu bekas kekasihnya, isterinya tak tahu. Itu mana boleh beritahu, nanti isteri bertukar jadi singa susah pulak, hehehe.

"Tuan Kadi, saya nak nikah sekarang boleh ker ?" Tanya lelaki tu. Ishhh, nikah sekarang ?... macam tak sabar jer dia ni.

"Nanti dulu..... Kena proses dululah permohonan nikah tu, kena ikut prosedur yang ditetapkan. Lain kes, lain pula prosedurnya". Kata saya.

"Okey ustaz, esok saya jumpa ustaz". Kata dia, macam segar jer semangat dia, macam pokok bunga baru dijirus air.

Opsss....cukuplah cerita sampai kat sini. Perbualan lain dan cerita lanjut tak boleh dicerita di sini. Bimbang banyak UFO melayang kat rumah pembaca blog saya ni nanti... hehehe.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum w.b.t Tuan.

    Gembira sungguh kawan kita ni. Kawan pun tumpang gembira juga.

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  2. Saya termasuk dalam keadaan mcm ini juga. Semasa di sekolah menhengah dulu, ada bercinta dengan kawan sekelas tapi selepas saya bekerja di selatan tanah air (kerja kerajaan), kami terpisah. Setelah 30 tahun, kami bertemu kembali...dia dah jadi janda anak 3. Saya sanggup nak ambil dia sebagai isteri (saya mampu..Allah beri rezeki yg baik pada saya)..kesian dia..tapi bila teringat isteri saya...alahai..takut perang nuklear!!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.