Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

25 Februari 2011

Orang Yang Kena Saman Trafik, Memang Patut Pun Kena Saman ?

Saya baru balik dari opis, terperangkap dalam jem depan rumah dan depan balai polis trafik hampir setengah jam. Lama tunggu situ, padahal rumah beberapa jengkal saja dari situ. Rupanya orang yang bayar saman, letak sesuka hati saja di kiri dan kanan jalan. Maka jadilah jem bila orang balik sekolah dan nak ke masjid.

Masa tengah jem tu, ada kerta Perdana hitam plat Pulau Pinang depan saya keluar dari kereta. Dia pergi ke kereta saya di belakang dia, minta undur sebab jalan dah lansung tak boleh gerak. Saya buka tingkap, kemudian dia cakap.

"Orang yang kena saman ni, memang patut pun dia orang kena saman, parking pun tak betul". Cakap orang tu.

Saya senyum saja dan undur kereta, kemudian parking kereta depan rumah Dato Ghafar, jalan kaki balik rumah....Sempat saya ambil dua keping gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.