Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

26 Mac 2011

Bangla Ambil Bendera di Meja VIP

Dalam satu majlis rasmi, saya diletakkan duduk di meja vip. Kerusi tu ada tercatat nama saya. Sebelum duduk menanti tetamu kehormat, saya berdiri dekat kerusi tu. Masa tu, orang yang sepatutnya duduk di situ belum ada di situ.

Tiba-tiba ada 4 lelaki, saya percaya dia Bangla, berdiri dekat kerusi tu. Saya risau juga kalau dia duduk kat kerusi tu, macam cerita saya yang lepas, yang saya lupa nama tok penghulu tu klik sini. Untuk mengesahkan dia orang ni Bangla, saya cuba dengar perbualan dia. Sahlah dia tu Bangla walaupun saya bukan tahu pun bahasa Bangla, tapi kira macam tahulah juga.

Masa dia berbual tu, seorang saja yang memegang bendera kecil di tangan, yang 3 orang lagi tak ada bendera. Lepas dia berbual tu, 3 orang pergi kat meja vip tu dan ambil semua bendera yang ada kat atas meja tu. Saya nampak semua Bangla tu suka jer dapat bendera. Saya rasalah, perbualan dia tadi dalam bahasa ibunda Bangla adalah pasal bendera.

"Kau ada bendera 1Malaysia tak, macam ni". Bangla Satu sambil menunjukkan bendera kat tangan dia.

"Tak adalah, cantik juga bendera tu". Bangla Dua.

"Mestilah cantik, ini kalau bawak balik Bangla kan best, tunjuk kat awek aku". Bangla Satu.

"Yerlah, kau dapat kat mana bendera tu ?" Bangla Tiga.

"Perempuan cantik tadi yang kasi, itulah kau lambat". Bangla Satu.

"Okey, kau tengok kat meja tu, ada banyak bendera, kita ambil jerlah". Bangla Empat.

"Yer, jom ambil sama-sama". Bangla Dua dan Tiga.

Bangla Dua, Tiga dan Empat angkat sama itu bendera sampai licin. Keempat-empat Bangla tu senyum sakan dan belah dari situ.

Saya dan semua vip pun duduk mengadap makanan. Tapi masa juruacara umumkan supaya kibarkan bendera, meja kita orang tak ada bendera. Hairan sungguh satu meja tu sebab meja lain ada bendera, meja kita orang tak ada. Seorang tu merungut juga, macam menyalahkan urusetia yang tak letak bendera kat situ. Saya senyum saja dan tak beritahu cerita sebenar, Bangla dah kebas...

2 ulasan:

  1. Ustaz,
    Jaga-jaga sikit, nanti kena tuduh konspirasi pulak. Susunan dah ngam....mula-mula jam Omega, lepas tu perut buncit, kali ni cctv pulak. Lepas ni jangan letak gambar katil @ tilam @ bilik hotel @ kertas tisu atau amoi cina sudah la..... :)

    BalasPadam
  2. bukan setakat suka bendera malaysia je, bahasa malaysia pun mereka dah fasih. masa saya kat spital beberapa hari lepas, saya menyaksikan satu mat bangla ni bagi arahan kepada satu perempuan cleaner (bangsa india)... cakap bahasa melayu... elok je budi-bahasa dia... kagum kejap...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.