Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

15 Mac 2011

Bapa Minta Duit 7,000 Untuk Jadi Wali Anaknya

Seorang wanita 30-an berstatus ibu tunggal menghadapi masalah dalam perkahwinan. Bapanya minta wang RM 7,000 sebagai syarat untuk jadi wali. Bapanya tahu, anaknya mempunyai wang sebanyak itu, malah lebih lagi. Menurut ceritanya, bekas suaminya yang meninggal dunia dua tahun lepas mendapat pampasan dari SOCSO puluhan ribu ringgit.

Anaknya enggan memberikan wang 7,000 berkenaan dan mengadu ke mahkamah syariah untuk memohon wali hakim. Hakim telah memanggil bapanya dan menasihati bapanya supaya menjadi wali pada anak perempuannya. Bagaimanapun, bapa masih enggan selagi wang tersebut tidak diserahkan.

Hakim kemudiannya menjalankan proses perbicaraan dan bersetuju perempuan ini bernikah secara wali hakim. Kemudiannya, pasangan ini selamat bernikah di Kluang.

4 ulasan:

  1. bila duit mengelapkan mata. sian anak-anak nak kahwin. apa la nak jadi dengan sebahagian masyarakat kita ni..

    alhamdulillah dapat kahwin. semua orang patut ambil tahu hal2 pengurusan dan kelebihan yang ada dalam sistem kehakiman syariah ni. malah wanita perlu tahu hak2 dan kelebihan dalam perkahwinan ni, supaya tahu saluran mana untuk membela diri.

    BalasPadam
  2. Salam...
    setuju naa..
    dgn keputusan Hakim tersebut..
    wang sebanyak 7,000 tu bleh lepas buat kenduri, jamuan.. makan2.. minum2... malah ada berbaki lagi tu. ;)

    BalasPadam
  3. Hmmm..., anak dia tu tak pernah bagi bapak dia duit ker? Or bapa dia tu mata duitan or mungkin sedang dlm kesusahan dan memerlukan sangat wang itu. bagi ajer laaa kawin ke tak kawin ker wali ker tidak ker..? Ada duit bagi jerlaa...

    BalasPadam
  4. Palapes UKM batch 15th15 Mac 2011 9:59 PTG

    Bapa yang baik takkan minta balasan duit daripada anak-anaknya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.