Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

09 Mac 2011

Betulkah Laki Dia Jahat Sangat Macam Setan ?


Bila suami nikah lagi satu, terjadilah perang dunia. Selama ini bernikah sudah masuk 10 tahun, bahagia saja, macam tak ada apa-apa. Tapi bila tahu saja suami bernikah lagi satu, isteri mengadu kepada pihak berkuasa.

Isteri kata suaminya jahat macam setan. Siapa yang setan tu, laki dia juga kan ? Pertama, sebelum suaminya bernikah, telah berzina beberapa kali dengan bakal isteri keduanya. Kedua, suaminya main nombor ekor. Ketiga, suaminya suka main bomoh. Keempat, suami mengabaikan solat.

Soalnya, betulkah dakwaan isterinya ini ? Kalau betul, kenapa sekarang baru timbulkan, kenapa 10 tahun dulu tak timbulkan ?  Boleh buktikan ker suami berzina sebelum bernikah, ada penguatkuasa boleh jadi saksi ker ? Betulkah suami main nombor, ada kena tangkap penguatkuasa ker ? Ada siapa nampak suami pergi jumpa bomoh buat kerja syirik ni ?

Kalau betul, kenapa 10 tahun dulu tak bising, sekarang baru nak bising. Jadi, buat cerita ini sebab suami nikah lagi satu kan ? Bukan kerana perkara yang dinyatakan tadi kan ?

Ini soalan saya, sekadar nak suruh kita berfikir. Kepada isteri yang berada dalam situasi macam ini, bertenang, banyakkan bersabar dalam menghadapi dugaan hidup. Bukan saya kata dakwaan ini tak betul, tapi mungkin juga rekaan saja untuk menunaikan hajatnya menuntut cerai sehingga sanggup mereka-reka keburukan suami. Kalau yer pun marahkan suami nikah lagi satu, kenapa pulak lari pada topik lain.

9 ulasan:

  1. mungkin sebab si isteri bengang. dia snyap je bila suami dia wat camtu. bila dtg suami dia bwak madu. memang xleh simpan dah kot

    BalasPadam
  2. hehe...no komen.....ada rezki saya pun nak berpoligami...:)

    BalasPadam
  3. ye la...
    setuju.. ".. ada rezki saya pun nak berpoligami...".... malah.. bergami-gami lagi...

    waktu kes yg ustaz citer ni...
    kisah "pok Loh" kawin 29 kali blum kluar..
    kalu tidak... si isteri tadi tu..
    xckp banyak dah.. !!


    {lelaki.. ooh.. lelaki}

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ustaz...
    hehe
    setuju dgn Muhsin Aminudin..
    waktu tgh ok..semuanya ok..x kisah,xapa....
    bila dah suami kawen lagi satu...ayokkk semua jadi buruk...

    BalasPadam
  5. Macam tu lah manusia. Masa sayang&suka, asyik nk cari persamaan.Kebaikan yang sekecil kuman pun boleh dijaja sepanjang perkenalan walhal, kejahatan sebesar gunung tu dh tak nampak dah (buat2 tak nampak).. Tapi, bila hati dah tak suka, asyik nk cari perbezaan. ada sj yang tak betul...

    Semoga kita sentiasa dilindungi Allah daripada segala tipu daya syaitan.Amin

    BalasPadam
  6. dulu tak bising sebab suami tak curang lagi, sekarang mau tak bising dah la JAHAT ada hati nak kahwin lagi. itu namanya tak sedar diri. Mungkin isterinya yang lebih tahu peel suami sebab dalam hidup isterilah juga yang paling dekat dengan suami. Kalau benar apa yang didakwa isteri pihak yang wajib patut siasat samada dia layak berpoligami atau tak..

    bukan isu setan2 yang menyetankan saja patut difikir, disini kena fikir juga dakwaan isteri dan kelayakkan suami.

    memang kebanyakkan wanita marah sebab TAK RAMAI LELAKI YANG LAYAK BERPOLIGAMI Zaman sekarang ni..Serba serbi tak layak..minta maaf cakap la ye, MAMPU yang 'mampu' tu pun tak layak. Ramai je isteri terkontan-kanting selepas hubungan bersama. Ini ada hati lagi nak kahwin disebabkan mampu yang 'mampu' tu. Tak masuk bab mampu yang lain lagi..

    Tapi KAlau SERBA SERBI MAMPU silakan. Tapi jangan dok intai ANAK DARA je..BANYAK lAGI JANDA, IBU TUNGGAL, PELACUR, PEREMPUAN TAK BANYAK ILMU AGAMA yang perlu dibela dan dididik untuk menjadi insan yang bertakwa atas tanggungjawab lelaki yang ALLAH pilih sebagai pemimpin dan pembela wanita..

    JANGAN FIKIR SYOK saja. Banyak sudah iktibar yang kita boleh belajar dari dunia berpoligami. Samada yang baik atau buruk.

    BalasPadam
  7. rulza ni dah kawin ke belum.hehehe...

    BalasPadam
  8. come on la ppuan melayu yg mengaku islam... apa la yg disibukkan hal suami nak poligami.... andai kata suami beria2 nak kawin lain & isteri memang tau suami tak mampu dari segi Wang, jahat & dsbnya yg buruk2, maka biarlah dia kahwin, anda mohon lah cerai... sebab sekali suami jatuh hati kali ke2 kat org lain, ribut taufan pun dia tetap nak kahwin juga, kalau tak dpt kahwin pun, hatinya bukan sepenuh pd isterinya itu... lebih2 lagi isteri yg kuat berleter & mulut jahat pd suami (tu sebab ramai ppuan menjadi penghuni NERAKA~ ni Nabi yg sebut).


    ppuan melayu ni, selama mana dia tak tau yg suaminya dah ada ppuan lain @ kahwin lain, dia tetap tak kisah walaupun dirinya tidak memiliki ciri2 isteri solehah dan suaminya memang asal berperangai buruk... suami tak solat, tak bgi nafkah, ganas dsbnya selama ini pun dia akan puji suaminya baik & berpura2 tunjuk pd org mrk "loving couple"..

    TETAPI, semuanya berubah sekelip mata bila mana dia dpt tau suami kahwin lain @ ada ppuan lain samada secara halal atau tak halal, mulalah dia akan memukul canang ttg KEBURUKAN suaminya yg selama ini diPUJInya...

    ppuan melayu islam kena banyak membaca sirah isteri2 Rasullullah... isteri2 Rasullullah pun bersabar dalam berkongsi kasih syg & suami, apa pula tahap atau level anda untk membolot suami anda seorang diri???? come on la.. bukak mata, suami bukan hak mutlak seorang isteri.. apabila anda berkahwin dgn lelaki islam, dia sebenarnya masih bujang 3... soal mampu atau tidak terlalu subjektif....

    dlm islam tak disebut mampu, disebut berlaku adil... adil dlm islam adalah "meletakkan sesuatu betul pd tempat"... adilkah dlm islam jika suami yang konon MAMPU, beli rumah banglo sama besar utk semua isterinya sedangkan isteri 1 ada 10 anak misalnya, isteri 2 ada 5 saja, manakala isteri 3 tak boleh beranak???????

    dan terfikir kah anda seorang jutawan melayu Kedah yg terkaya diMsia termasuk dalam senarai 10 itu belum berpoligami sedangkan beliau mampu dari segi MATERIAL?????

    saya boleh kata beliau takut isteri @ isterinya seorang yg tamak harta & kasih syg... sdgkan ramai ppuan @ janda yg hebat, terpelajar, cerdik, beragama, menutup aurat yg boleh beliau jadikan isteri jika diniatkan krn Allah spt utk membantu masalah gejala sosial dlm masyarakat, memperbanyakkan umat Rasullulah yg berkualiti tinggi, mengatasi masalah andartu dikalangan wanita bekerjaya & terpelajar dsb.....

    BalasPadam
  9. Maaf perempuan Melayu atau bukan Melayu tak kisah bangsa apapun dia bukan marah sebab suami tak mampu bagi nafkah atau tidak tapi isteri marah bila dia terpaksa berkongsi seks dan perempuan lain......membyangkan suaminya mencumbui perempuan lain n kata Ilove u sayang pada bini lain.......n kata benda yg sama pada bini2 yg lain........Perempuan nie tak macam lelaki yg boleh lakukan seks dgn perempuan lain tanpa cinta.........perempuan lakukan seks bila dia dah benar2 jatuh cinta......itu sebab bini2 yg curang dgn suami kebanyakannnya dah tak cinta sepenuh hati lagi dgn suaminya......apa nak buat nasib perempuan dah macam itu.....tapi perlu diinagt Nabi Muhammada s.a.w. semasa Fatimah masih hidup tidak membenarkan Ali berpoligami atas alasan akan menyakitkan hati anaknya Fatimah.......antara lain sabda baginda sesiapa yang menyakitkan hati Fatimah sama juga seperti menyakiti hatiku.....NAMPAK wahai lelaki.....so jangan mudah2 saja anda menuduh perempuan nie tak nak akur pada poligami.......poligami boleh jadi haram bergantung kepada situasi suami isteri tadi.........ada FAHAM.....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.