Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

22 Mac 2011

Kakitangan Kerajaan Skim KWSP Layak Perubatan Percuma

Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.

Perlaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP itu hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.

Skim Pencen atau KWSP ?

Penjawat awam berhak memilih sama ada skim pencen atau KWSP yang mempunyai kelebihan tersendiri. Sebelum ini, orang yang pilih KWSP tak layak perubatan percuma selepas bersara, sekarang dah layak. Saya pilih skim KWSP sejak mula berkhidmat. Pada Januari 2009, diberi peluang sekali lagi sama ada kekal pada KWSP atau mengubah pada skim pencen, saya masih memilih kekal skim KWSP.

3 ulasan:

  1. Boleh Tuan terangkan kenapa Tuan pilih skim KWSP?
    Kenapa tidak skim Pencen?

    BalasPadam
  2. salam...saya masih berbelah bahagi nak pilih samada pencen atau kwsp.suami dah pilih pencen,dia cdgkan sy pilih kwsp.minta tlg bg nasiohat..tqvm
    Ida

    BalasPadam
  3. Pada pendapat saya kedua2 skim ada kebaikannya.Bagi saya memilih skim KWSP sebab nak guna duit untuk perkara perlu,seperti menjelaskan tunggakan hutang,Pergi haji atau umrah dan menjalankan perniagaan

    BalasPadam

Dipersilakan komen.