Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

19 Mac 2011

Kereta Langgar Babi di Jalan Kota Tinggi - Kluang


Malam tadi, saya bertolak dari Tanjung Leman, Mersing jam 11.30 malam menuju ke Kluang. Sampai rumah hampir jam 2.00 pagi. Dalam perjalanan tu, di jalan Kota Tinggi - Kluang, dalam gelap, nampak satu kereta berhenti di bahu jalan dan ada beberapa orang yang berdiri di luar kereta tu. Ada satu lagi kereta berhenti di belakang kereta tu, mungkin kawan dia.

Saya memperlahankan kenderaan tapi tak berhenti, tak berani berhenti dalam kawasan gelap sebegitu. Rupanya tak jauh dari situ, ada seekor babi tergolek dan mati. Dalam hati saya, mesti kereta tadi tu yang langgar.

Bahaya sebenarnya kawasan macam tu, tak boleh bawak laju, bimbang babi melintas. Terfikir juga saya, babi tu bukan berhenti di tepi jalan tunggu kereta lepas dulu. Mesti babi tu terus saja walau ada kereta tengah laju, bahaya, bahaya....

1 ulasan:

  1. Sebagai Langkah Keselamatan, semasa memandu malam terutama d kawasan gelap jangan sesekali berhenti biar apa pun yg berlaku d luar kereta kita.Teruskan perjalanan.Jangan hiraukan atau menaruh SIMPATI cuba hendak menolong, kerana perompak TIDAK PERNAH SIMPATI kepada mangsanya.Kadang kadang berpura saperti motor/ kereta rosak semata mata untuk memerangkap kita.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.