Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

18 Mac 2011

Peugeot dan Pomen Pendek dan Panjang (Episod 15)


Hari tu baru balik Desaru, bawak Peugeot, lari 130 kmj ada goyang dan stereng macam lari ke kiri dan kanan sikit. Patut Peugeot ni 170kmj lagi mantap, tak goyang. Balik tu, terus ke kedai Pendek, Cina dalam umur 30-an kat Kluang. Dah rasa, apa dia yang tak kena dengan kereta tu, mesti stereng rek.

"Bos, you punya stereng rek ada problem". Kata pomen Cina tu.

Saya kata, barang saya cari sendiri, saya pergi kedai Panjang, Cina jual alatganti terpakai kat Kluang ni. Pakai kereta ni, dari dulu saya beli barang sendiri, upah pasang saja kat kedai tu.

"Haiyaa taukey, ini stereng rek Citroen punya, bukan Peugeot" Kata saya pada Panjang bila tengok tulisan Cetroen BX.

"Ini Cetroen sama itu Pegeot, boleh masuk, sama saja". Kata Panjang.

Oh yer, rupa Peugeot dengan Citroen tu adik beradik atau sepupu dua pupu atau buah bacang juga. Pendek kira pakar pasal Peugeot ni setakat saya kenal pomen kat Kluang. Kereta jenis ni bukan semua pomen boleh buat. Dulu Pendek juga yang tukarkan karburator Peugeot masuk Nissan.

Itulah cerita pomen Pendek dan Panjang. Dia orang tak kisah kita panggil itu nama. Saya panggil dia Pendek ke Panjang, dia yang kasi nama tu, bukan saya yang kasi. Kalau orang Melayu kita panggil pendek, siap kena penumbuk. Ada juga kedai pernah saya jumpa, "Kedai Servis Aircond Gemuk" pasal tauke Cina tu gemuk. Kalau orang kita, panggil gemuk, cari gaduhlah nampaknya. Orang Cina tak kisah, janji pelanggan datang kedai dia.

Cerita Kereta Episod 16, klik sini

18 ulasan:

  1. teringat masa dulu, bekas mekanik kereta peugeot dan citroen, kereta model lama je ustaz yang komponen2 dalaman lebih kurang sama kereta baru dah lain dah. kalau x silap saya ustaz pakai kereta peugeot 405 sr. mmg x ramai mekanik kereta itu ustaz sebab sistem dia berlainan dengan kereta-kereta jepun dan spare part dia betul2 mahal sebab itu ramai mekanik x berani nak buat tambah2 lagi model 405 SR kaburator dia selalu memberi masalah dan cara penyelesaiannya hanya menukar kaburator itu dan harga baru kaburator itu bukannya murah lebih kurang rm2000 untuk seketul kaburator itu sahaja. dan ramai yang tidak tahu untuk setup tuning kaburator tersebut sebab itu ramai mekanik x berani hendak buat.

    BalasPadam
  2. Ciantau, terima kasih kongsi pengalaman pasal Peugeot. Karburator pomen pendek tu tukar dan setahun lebih, nampak okey, minyak jimat, cuma kurang power sikit masa mula memecut, dah laju ok jer.

    Karburator Nissan Vanette C22 harga RM 200 lebih, siap pasang RM 480.

    BalasPadam
  3. "Kalau orang kita, panggil gemuk, cari gaduhlah nampaknya. Orang Cina tak kisah, janji pelanggan datang kedai dia." ---> suka statement ni..

    BalasPadam
  4. Kat Kluang tu pakar keta2 macm ni kat bukit ayam jer,BNM Bengkel maju Jaya

    BalasPadam
  5. Mintak maaflah...
    kedai tu bukan pakar sangat malah buat kereta saya lagi jadi masalah. Dia pulak merungut yang kereta Peugeot karburator susah nak repair. Dah kalau pakar, kenapa merungut.

    Masa mula sampai Kluang dulu, saya hantar kat kedai tu sebab orang kata kedai tu bagus. Karburator saya ada masalah dia ganti jarum dan alat karburator saya satu set. Lepas tu, plak yang saya beli ori baru dua hari dia ganti dengan plak dia.

    Repair kena ratusan ringgit dan saya tak kisah janji kereta baik. Ambil saja kereta, start terus tak elok. Masalah minyak turun naik tak menentu masih ada. Bila saya tanya pomen tu, dia kata dia dah tak boleh buat apa sebab karburator tu ada masalah dan tak boleh repair.

    Masalahnya, kenapa dia repair juga kalau dah tahu karburator tak boleh repair dan tukar plak yang baru lagi ? Duit pula dia ambil.

    Esoknya, masa kereta kat rumah, lansung tak boleh start dan ekzos meletup. Saya masa tu harap sangat supaya pomen tu bertanggungjawab tapi tidak. Saya telefon pomen tu tapi dia kata dia tak boleh buat kereta saya lagi.

    Bila saya tak puashati, kawan saya pula pergi jumpa tauke tu sebab kawan saya kenal dengan tauke tu. Tauke tu kata dia tak boleh buat apa. Tapi masalahnya dia dah ambil duit saya, tapi buat tak sempurna. Dalam beberapa hari, tauke tu senyap saja, tak ada telefon saya pun. Dan dia tak rasa bersalah pun. Saya lagilah tak puashati. Dalam hati saya, sebagai pomen Melayu dan Islam, sepatutnya dia rasa bertanggungjawab.

    Lepas tu saya kenal dengan Cina Panjang dan dia cadangkan saya tukar karburator Nisan dan saya kenal dengan Pomen Pendek. Pomen Panjang dan Pendek sendiri datang rumah saya ambil kereta. Nampak layanan pada pelanggan bagus.

    BalasPadam
  6. ustaz, boleh tau kat mana nak cari pomen panjang & pendek tu?

    BalasPadam
  7. Tak boleh beritahu kat sini, nanti semua org tahu.

    BalasPadam
  8. bg lokasi bengkel bleh? share info bagus utk pengguna yg lain.. tq

    BalasPadam
  9. Salam,

    Saya juga pakai Peugeot 405, boleh tau di mana ada mekanik area KL & Selangor nie? Tolong share ya..

    BalasPadam
  10. ustaz...perkara baik kenapa x nak kongsi...maksud saya kenapa x nak kongsi sapa dia panjang dan pendek...sapa nak pebaik kereta boleh pergi kedai mereka..sekadar bertanya...mungking ada sebab ustaz x nak bagitahu...boleh kot cerita dekat sini sebab apa...bukan apa...bila ustaz kata mcm tu...sy manusia biasa yg x terlepas dari kesilapan i pikir yg ustaz ni mcm kedekut je...maaf...sekadar bertanya...hanya ustaz tahu sebab dia...

    BalasPadam
  11. Tanya le kat fb saya. Dah le komen tak letak nama. Kat sapa sy nak jawab.

    BalasPadam
  12. salam ustaz, saya baru pindah kluang ni, boleh btau saya mana bengkel si pendek tu ?

    BalasPadam
  13. pakar peugeot kat melaka ok.keta saya semua kat tangan dia.semua settle.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum
    Ustaz. Blh x saya tau kat mana workshop yg ustaz cerita tu. peugeot 406 saya rosak kat batu pahat. Saya x tau workshop yg blh repair peugeot kat area BP. Kalau blh reply kat email saya pon ok. Saya xde FB.
    slave611@yahoo.com
    Muzzammil

    Terima kasih

    BalasPadam
  15. Peugeot 406 rosak apa, enjin ke, gear ke? Mungkin sy boleh bantu.

    BalasPadam
  16. Salam ustaz dan semua. Sy nk tnya, maintaince kereta pug ni mahal tak ? Sbb brmnat dgn pug 308 panaromic turbo. if ada sspe blh brkgsi idea ttg pug ni, boleh la share2 pnglaman.

    BalasPadam
  17. Biasa harga lebih mahal dari kereta Jepun tapi tahan dan ori. Kena cari pomen yang pandai repair peugeot.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.