Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

27 Mac 2011

Rengit Batu Pahat, Jualan Barang Terpakai Terbesar

Tadi saya jalan-jalan, kebetulan hari ini tak ada apa-apa program. Mula ke Yong Peng, nak pergi kedai sukan tapi tutup. Pastu ke Batu Pahat Ikut Parit Yaani. Tak berhenti pun kat Batu Pahat, lepas tu pergi ke jalan Pontian, ingat nak tengok durian. Tapi kat pokok tak ada durian pun, orang jual durian adalah, tak jadi beli durian sebab syak itu bukan durian tempatan. Berhenti kat Sengarang makan nasi lauk asam pedas ikan merah, sedap nyerrr, bertambah juga makan.

Pekan Rengit

Lepas tu teruskan ke Rengit, baru teringat itu tempat jual barang terpakai di kampung orang asli sana. Masuklah situ, terkejut juga ada banyak perubahan. Last sekali datang situ tahun lepas beli vacum RM 45, tahan sampai sekarang.

Wahhh banyak beza sekarang, peniaga makin ramai, rasa ada berpuluh kedai juga. Yang saya terkejut, di dalam tu ada bangunan baru yang saya rasa kerajaan yang bina, takkanlah orang asli tu bina sendiri. Bangunan gerai moden mengantikan gerai tradisional, selain gerai lama yang masih wujud juga.

Banyak barang secondhand dari Singapura dijual termasuk barang eletrik seperti mesin basuh, peti sejuk, tv, dvd, kipas dll. Perabut seperti kerusi, meja dll, pakaian kasut dll, malah semua benda ada dijual. Termasuk tilam dan tayar kereta pun ada. Dia orang ini jual ikut barang yang dia orang dapat dari Singapura, tak kira apa. Bawa masuk ke situ naik van.

Ramai orang yang datang termasuk peniaga yang beli banyak barang dari luar seluruh negara. Tadi saya jumpa orang Pahang beli satu lori perabut kayu jati yang masih okey.

Mula saya tak cadang nak beli apa tapi bila dah tengok, teruja juga. Saya beli DVD player harga RM 50, basikal budak RM 30, kipas angin kotak RM 30. Semua nampak okey lagi lepas test. Lepas beli tu, dah nak bali, ada seorang tegur saya, rupa orang Kluang juga baru sampai nak cari barang.

Balik Ikut Simpang Renggam

Balik ikut Benut kemudian ke Simpang Renggam, sempat beli kerepek kat satu tempat tepi jalan, kalau tak silap kedai Hairee. Kerepek pisang, krepek bawang dll.





18 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustaz,

    Rencana tentang pusat jualan barang terpakai ni pernah keluar di Harian KOSMO tahun lepas.

    BW ke posting :
    ~Rengit Pusat Barangan Terpakai~

    BalasPadam
  2. salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba (AKU SEBUTIR PASIR) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)

    BalasPadam
  3. memborong sakan kalau dah rambang mata kan.. tmbh2 gaji baru masuk..

    BalasPadam
  4. fush...menarik antara port yg boleh dimasukkan dlm list utk dilawati ni..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum w.b.t Tuan...

    Kat BazarJB, Jalan Segget pun ada jual barang-barang dari Singapor. Kalau Tuan pergi ke sana bolehlah kawan belanja teh tarik segelas..

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  6. Assalamu'alaikum Tuan Kadi..

    Rengit tu kampung orang rumah ambo.. Kg Sg Kluang... InsyaAllah minggu ni gerak balik kg...

    BalasPadam
  7. wow hebat tu, oh rupanya kat Yong Peng tu ada tempat jual barang secondhand, nanti nak pergi tengok jap. nak beli DVD player.

    terima kasih Tuan Khalil

    BalasPadam
  8. Bukan Yong Peng, tapi Rengit.

    BalasPadam
  9. nak tahu basikal lumbe ade tak

    BalasPadam
  10. teman dari penang minat barang terpakai. ada banyak tempat ke kat johor tolong bagitau

    BalasPadam
  11. saya sedang mencari kayu dan papan terpakai untuk membina chalet...sape2 ada tel saya di 0176281698.area batu pahat. bajet rm400.00

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada menjual kayu terpakai,ni no saya don,016-7480348

      Padam
  12. saya salah seorang peminat barang terpakai. saya nak tanya...selain daripada pekan rengit ni...ada tak tempat2 lain yg jual barang terpakai ni...? di pekan rengit tu banyak ke kedai2nya yang jual barang2 ni..? tq

    BalasPadam
  13. ASSALAMUALIKUM.. USTZ.. ALHAMDULILLAH..

    BalasPadam
  14. di bandar batu pahat pun ada..belakang pasar batu pahat..tiap pagi ahad bleh aa usya2 barang2 seken kat situ..harga pun lbh krg mcm kat rengit gak

    BalasPadam
  15. kat benut pon ada

    BalasPadam
  16. Saya orang Rengit, skrg ni barangan dah tak banyak, kualiti pun tak berapa baik tak macam dulu. Ramai towkay bangsa asing dah beli sebaik orang Asli cross border Malaysia. Tawaran lagi tinggi. Tu sebab ramai bangsa asing dah jual barangan second-hand singapore. Orang asli pun tak penat angkut sampai Rengit, duit dah berkepul towkay bagi. Haii...jadi hamba lagi. Yang untung bangsa asing lagi...

    BalasPadam
  17. Kelmarin saya pergi ke rengit. memang butul barang2 dah tak banyak masuk. kebanyakan cerita pasal bangsa asing dah potong jalan. kesilapan sekali menyesalnya lama x sudah. kita sebagai pengunjung pun dah tawar hati, x ada pilihan. harga pun dah mula melambung2..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.