Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

25 Mac 2011

Saya Pandu Bas dari Kluang ke Kuantan


Malam tadi saya jadi pemandu bas, bawa bas ekspres dari Kluang ke Kuantan. Masa masuk kat tempat terminal tu, saya undur dan ada orang jaga di belakang. Nampaknya tak berapa betul masuk lorong, tapi kira boleh jugalah.

Bas tu, penumpang penuh nampaknya, lelaki dan perempuan. Tiba-tiba saya terkejut, ada seorang lelaki yang saya kenali naik bas tu. Dia dari batu Pahat, nak ke Kuantan.

"Ustaz bawa bas ? Ada lesen ker ustaz ?" tanya kawan saya tu.

"Kau diam-diam, jangan sampai orang tahu". Kata saya.

Lepas tu ada seorang perempuan tu berbual dengan saya.

"Abang ni dah lama ker jadi pemandu bas ?" Tanya perempuan tu.

"Baru jer setahun" Jawab saya.

Dah sampai masa bas dah nak jalan. Saya jeling-jeling, rupanya saya seorang sahaja pemandu tak ada pemandu kedua, nampaknya tak boleh rehat atau tidur. Saya pandu bas beberapa minit lepas tu rasa mengantuk sangat. Gelabah juga, nak tidur tak boleh, pemandu gantian tak ada. Lepas tu jantung saya berdegup kuat, sebab bimbangkan keselamatan penumpang bas tu. Saya mana ada lesen memandu bas, jalan pula banyak selekoh.

Saya sedang mimpi ? Mintak-mintaklah betul-betul mimpi, janganlah betul-betul, kata saya. Dan memang saya dah mengantuk sangat masa memandu tu dan terpaksalah juga tidur. Tapi nasib penumpang saya bagaimana ? Jantung saya semakin kuat berdebar, ini betul ker atau mimpi ? Mintak-mintaklah jangan betul.

Rupa-rupanya, betullah saya mimpi, bukan betul-betul. Nasib baik, kalau tak, tak tahulah apa nak jadi dengan saya, bas dan penumpang yang ramai tu. Itulah cerita minpi saya malam tadi, sebagai hiburan waktu tidur.

8 ulasan:

  1. assalamualaikum ustaz....

    hahaha sahhh.....dah tau dah itu hanya mimpi..tidak mungkin ustaz jadi pemandu bas... hihi

    BalasPadam
  2. KADI kluang tak berani cerita pasal KOPI kluang, nampak...

    BalasPadam
  3. wah.. suspen je baca.. tapi dah dapat agak sebab masa undur bas tu siap ada orang tengokkan belakang... :)

    BalasPadam
  4. tahniah Ustaz...anta membawa dimensi baru pandangan Ustaz untuk tatapan dan perubahan fikiran generasi baru Malaysia...ana follower setia...

    BalasPadam
  5. cehh...buat suspen jer!!
    nasib baik mimpi bas bukan tertidur waktu jadi pilot pesawat penumpang...
    Kadi Kluang memang sempoi...blues kate orang dedulu...
    tabik!!!

    x-NUM
    jb

    BalasPadam
  6. nasib baik saya tak naik bas ni dalam mimpi...:)
    teringat zaman belajar2 dulu..

    BalasPadam
  7. wakakaka.... lawaknya.... tabiklah jk tuan kadi bawa bas.... hehehe mesti penumpang boleh tido lena

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum w.b.t Tuan....

    Mimpi di malam hari adalah lebih bagus daripada mimpi di siang hari..

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam

Dipersilakan komen.