Tadi saya baca Harian Metro hari ini, muka depan cerita pasal penipuan Haji Jasman. Lebih menarik, sendikit ni guna nama Kadi dan pegawai agama untuk mendapatkan pengaruh. Dahsyat.. zaman sekarang macam-macam penipuan. Berlaku di negeri Johor pulak tu. Jangan nak salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri, kenapa cepat percaya. Dah banyak kali saya pesan kat blog saya ni, bukan itu caranya nak kaya cepat. Bayangkan, takkanlah seringgit boleh untung sampai seribu ringgit.
Sila baca cerita di akhbar berkenaan....
..............................................................................................................................................

Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan ‘menjual agama’ sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa ‘projek pelaburan’ yang dijalankan mereka ‘rahsia kerajaan’ selain hanya dibenarkan kepada golongan Muslim.
Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Dana Haji Jasman’ dilaporkan mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk Johor dan kini mula menular ke Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain di Semenanjung.
Difahamkan, skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu.
Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit ‘menjual agama’ kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain ‘berbaiah’ dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai ‘kadi’ dan ‘pegawai agama’ selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau.

Jurucakap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang terbabit dalam skim pelaburan itu.
“Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk di Johor.
“Pendedahan ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menceritakan taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘kadi’ atau ‘pegawai agama’.
“Malah, ada kalanya kumpulan terbabit melakukan ‘ceramah’ di hotel selepas melakukan hebahan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkonsepkan Islam,” katanya.
Menurutnya, dalam ‘ceramah’ berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.
“Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.
“Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil ‘pak cik’ sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.
“Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri,” katanya.
Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.
“Orang ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih dulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan suatu perkara mudah,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi, mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung skim pelaburan terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
(Harian Metro)
Pembayaran Duit Saham Dana Haji Jasman Lepas Hari Raya

Lembu jer yang boleh percaya benda cam ni...
BalasPadamsemoga dapat dlm masa terdekat ni....
BalasPadamSemua yg masuk dana ni mcm dah kene pukau , ape yg diorg ckp sume betul , mmg jd lembu.
BalasPadam///
BalasPadamsya x nak banyak cakap la lau kiter yaken allah kuasa makhluk langsung x der kuasa insyaallah yaken jer pnting.... x mustahil lau allah nk bg.
BalasPadamAyat ni yang tak tahan ni.....
BalasPadamberjanji tidak menggunakan wang membeli rokok..
ENTAH APA APA ENTAH..........Dah kena KENCING manis dah.......
BalasPadamdah sah2 dana ni tah apa2 tapi masih ade yang menanti penuh mengharap.tak sabar nak bon ni kene dengan BNM,boleh buat tuntutan cepat2...
BalasPadamx boleh pakai langsung
BalasPadamdah tipu org berjuta2....
harap allah bagi balasan pada org yang tipu org tue,
Terpulang pd diri msing2 utk berfikir coz kta semua d kurniakan akal. Jgn meluahkan sebarang kenyataan sekiranya tiada kepastian. Duit msing2....
BalasPadamkepada semua pelabur.. berdoalah bnyk2.. kira nye sudah ditakdir kan Allah nak beri rezeki itu kepada kita maka ia akan menjadi milik kita ... sekira nya bukan rezeki kita... rdda lah dengan ketentuan ILAHI.. x payah la nak reda macam2 cerita .. sekian harap maklum....
BalasPadamkepada semua pelabur... kita x payah la nak berharap sangat dengan pelaburan itu...sekiranya dapat, dapat la... sekiranya x dapat, x dapat la... jikalau dengan keizinanNya insyaallah kte smue akan perolehi keuntungan itu sama2.. kita semua hanya mampu berdoa dan merancang sahaja.. tetapi yang menentukan nya hanyalah Allah s.w.t sahaja... sekian .. harap maklum...
BalasPadamesok kuar wahai pembace2 semua....bersyukurla dgn ape yg ade...............
BalasPadamwalau apapun yg diperkatakan oleh orang luar ttng dana ni,hanya ahli yg terlibat secara jujur shj yg tidak merapu atau maki hamun tak tentu pasal.xde sbb nak marah setakat melabur RM100.shj.inipun kalau dapat dah cukup banyak nilainya.tapi,mungkin nak lebih..tamak tu namanya.dah bertahun pun..terima je lah..hilang pun RM100 je,ada,adalah rezeki..xde,redha je lah..InsyaAllah..x lama lagi ni..cuma kena sabar la,tu je..tahniah!bagi yg masih menanti.orng lain x percaya biarlah...x lama je lagi nak dapat.mudah2an dapat rezeki ni nanti semakin kuat melaksanakan ibadah kepada ALLAH..
Padam