Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

19 April 2011

Hati-hati Penipuan Pelaburan Jual Beli Emas, Berleluasa Sekarang (Episod 1)

 

Setakat hari ini, saya sudah dapat tiga cerita yang lebih kurang sama iaitu satu pelaburan jual beli emas melalui jualan lansung. Kegiatan ini sedang bergerak dalam senyap dalam kumpulan kecil dan mula mempengaruhi orang ramai.

Beberapa cerita yang saya dengar, di sini sedang giat dijalankan oleh ustaz dan cikgu. Kepada ustaz dan cikgu, saya nasihatkan diri anda janganlah diperalatkan oleh sesuatu yang meragukan dengan memasuki skim yang meragukan ini.

 Kesian saya pada ustaz-ustaz yang macam ini, ustaz ini ikhlas untuk meningkatkan ekonomi hidup dia dalam ekonomi yang semakin mencabar sekarang. Tapi, ustaz ini lupa, yang perniagaan ini bukanlah betul. Perniagaan ini amat meragukan dan bergerak dari mulut ke mulut dan sekali sekala membuat perjumpaan melalui  kumpulan kecil.

 Katanya, perniagaan emas sedang laris dan akan meningkat harga sekarang dan skim ini menawarkan pelaburan yang menguntungkan. Memanglah betul dan disokong dalam sebuah akhbar harian dua tiga hari lepas yang harga emas akan meningkat. Tapi semua itu adalah ramalan saja seperti ramalan pasaran saham atau ramalan harga minyak. Kalau saya cakap ramalan nombir ekor, pasti orang marah saya pulak. Lagi satu, kenapa pula nak beli emas dengan cara jualan lansung ?

Skim Ini Macam Mana ?

Bila ditanya lanjut, ustaz ini mengelak untuk jawab sebab dia kata tak mahir untuk jawab. Sudah lah ustaz.... kalau ustaz tak boleh jawab walaupun soalan saya bukan susah sangat, kenapa pula ustaz mempengarui orang lain untuk masuk skim ini ?

Maknanya ustaz ini pun tak tahu sangat, dia masuk saja dulu untuk jadi orang yang mula-mula masuk. Kalau lambat nanti, ustaz ini tak dapat keuntungan yang macam ini, rasa sayalah. Sudahlah ustaz, nasihat saya pada ustaz dan cikgu, janganlah kita ini mudah diperalatkan. Kita ini ustaz, orang suka gunakan termasuk hendak menipu.

Ustaz ini kata, kalau nak tahu lanjut, datang ke tempat sekian, tarikh sekian dan akan dengar taklimat seorang dari KL. Amboi kalau orang luar dari KL saja, entah-entah dari negari  lain, tapi main sebut KL saja. Dalam taklimat itu nanti, akan digunakan video dan sebagainya untuk pembakar semangat kepada orang yang hadir supaya masuk skim ini. Macamlah juga dengan jualan lansung.

Mana Ada Jual Emas Jualan Lansung

Tak ada jual emas secara jualan lansung atau MLM. Yang ada itu seperti Zhulian (itu MLM yang disahkan dan berlesen), itu bukan emas tulin. Tapi skim ini katanya ini emas tulin dan pelabur akan dapat keuntungan berlipat ganda. Kenapa berlipat ganda ?

Setahu saya, yang akhbar tulis dua tiga hari lepas kata, kenaikan dijangkakan 30 peratus saja. Tapi saya percaya, sendikit ini akan kata nak kasi keuntungan jauh lebih tinggi dari ini. Yer le, kalau rendah setakat 30 peratus, tak ada orang nak masuk.

Mana Dia Emas ?

Yang orang ini kata jual emas, mana dia emasnya ? Ada dalam kereta ker ? Tak sayang nyawa ker, simpan emas bernilai tinggi dalam kereta. Kalau jual lansung Zhulian itu pun cuma ada katalog saja, barang kat kedai atau stokis. Jadi, kalau emas tak ada, kenapa kita nak beli emas ?  Entah-entah, serah duit, emas tak dapat.

Beli Emas Tapi Simpan Pada Orang Itu

Mungkin juga, kita beli emas, dengan kasi duit pada orang itu tapi kita tak dapat emas. Katanya emas itu disimpan dalam bank orang itu. Kita cuma ada geran atau surat dan boleh tengok keuntungan pelaburan kita dalam internet.

Ada juga syarikat yang ditubuhkan untuk mengendalikan pelaburan dan penyimpanan emas ini. Kita nampak syarikat ini kukuh tetapi selepas ini belum tahu. Tengoklah dulu masa kegawatan ekonomi, bank dan syarikat besar pun boleh rugi, apalagi syarikat yang baru dan membuat pelaburan dalam satu bidang saja.

Ada juga bank tempatan yang masih baru menawarkan pelaburan emas ini. Saya ingatkan, sebelum kita buat pelaburan, kita kena tahu betul-betul terma dan syaratnya. Janganlah percaya sebarang saja dengan orang yang bercerita tu.

Dulu Dah Banyak Penipuan Jualbeli Emas

Dulu dalam tahun 2002, sampai sekarang dah ada pelaburan emas ini. Lepas itu syarikat ini tutup dan ramai pelabur tertipu termasuk ustaz-ustaz yang jadi orang kuat dalam pelaburan ini dulu. Ada juga beberapa syarikat yang nampak macam halal rupanya sindiwara setelah jadi jutawan dengan cara menipu. Ada juga yang didakwa, tapi mereka dah kaya raya. Ataupun, yang kena dakwa ini adalah orang tengah saja, yang perancang utama hidup senang lenang.

Sekarang Macam-macam Penipuan

Sekarang pelaburan emas ini dijenamakan semula, diadun dan diuli supaya rasanya enak sekali. Iaitu, cara akan diubah dan disesuaikan untuk taktik penipuan lebih bermutu tinggi. Yang mula dicari dan ditangkap adalah ustaz-ustaz sebab ustaz ini orang lebih percaya sedangkan ustaz ini tak tahu yang mereka sebenarnya tertipu. Jangan kita kena tipu, saya cuma nak pesan, berhati-hati....

Suka saya jelaskan, bukan semua pelaburan emas adalah penipu. Kalau nak selamat, melaburlah di bank-bank terutama bank ternama yang juga ada menawarkan pelaburan emas ini.

Jangan Tak Tahu, Harga Emas Juga Boleh Turun

Jangan terlalu ghairah membeli emas atau melabur dengan pembelian emas. Sebenarnya harga emas boleh turun naik seperti harga minyak dan bursa saham. Jadi kalau kita beli pada harga itu, kemudian turun, maka kita akan rugi.

Masalahnya, orang yang pujuk kita masuk skim ini kata, walau apa pun berlaku, harga emas akan tetap meningkat. Itu tak betul sama sekali.


Dulu Dah Banyak Orang Kita Kena Tipu

Dulu orang kita dah banyak kena tipu Skim PakMan Telo, Faza Amal, Swiscash, Empay, saham lintah, saham ikan keli, saham ternak kambing, saham tanam serai,  Saham Hj Jasman dan lain-lain. Hati-hatilah, sekarang macam-macam perangkap terutama kepada yang ada duit. Simpanlah di tempat selamat seperti Tabung Haji dan ASB.

Sambung ke Episod 2:
http://kadikluang.blogspot.com/2011/07/tak-lama-lagi-akan-ramai-merana-kena.html

10 ulasan:

  1. Tahniah Ustaz. Tulisan yang berguna dan berani...
    (Mira)

    BalasPadam
  2. betul tu ustaz, ramai yg jahat2 nie ambik kesempatan bisness emas, saya tidak terlibat secara langsung jualbeli emas.. tp saya tau sedikit2 laa.. apa yg penting kalau nak beli emas.. pastikan keluar duit dapat emas tersebut..

    BalasPadam
  3. EMAS bukan sekadar instrument pelaburan..yang paling utama macamana cara nak mengembalikan keaguangan mata wang islam

    BalasPadam
  4. ASB halal ke?

    BalasPadam
  5. Mengenai pelaburan dalam ASB, sila rujuk kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan yang kenyataannya disiar dalam akhbar utama pada 3 Feb 2008.

    KUALA TERENGGANU 3 Feb 2008. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.

    Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

    Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.

    ‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.

    Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.

    BalasPadam
  6. sebelum melabur dlm emas, kena buat kajian betul2..bukan sikit duit yang dikeluarkan..dalam internet ni banyak maklumat mengenai pelaburan emas boleh dicari..

    BalasPadam
  7. terima kasih ustaz.... kata2 yg bernas dan sngt2 berguna... terim kasih byk2 ustaz

    BalasPadam
  8. Pelabur emas berputih mata di Sabah
    04/05/2012 6:45pm

    KOTA KINABALU — Polis Sabah telah menerima 11 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa mengalami kerugian antara RM3,000 hingga RM100,000 seorang selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua laporan itu dibuat oleh sekumpulan individu dua minggu lepas yang mendakwa mereka ditipu oleh sebuah syarikat dari Semenanjung yang menjalankan skim pelaburan emas itu.

    Berikutan laporan itu, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang dipercayai pengurus cawangan syarikat itu di sini, minggu lepas, katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Hamza berkata, berdasarkan laporan yang diterima, pengadu mendakwa mengalami kerugian akibat melakukan pelaburan emas di syarikat itu.

    Beliau berkata, siasatan awal polis turut mendapati syarikat berkenaan beroperasi secara sah, bagaimanapun siasatan terperinci masih dijalankan.— BERNAMA

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,

    Ustaz, saya yang tidak arif ini ingin bertanya berkenaan hukum harus ASB. Mengapa Majlis Fatwa tidak meletakkan hukum ASB tu halal, tetapi harus jika sekiranya ia memang halal. Saya pernah menyimpan di ASB dan kerana berasa was2 setelah terbaca di website seseorang yang arif dalam muamalat berkenaan hukum ASB, saya mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut. Saya juga membuat sedikit research di website SC dan melihat senarai unit trust patuh syariah dan tiada satu pun fund PNB termasuk dalam list tersebut Maafkan saya jika tersilap kata dan terima kasih. Wassalam.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum , Terima kasih ustaz blog ini dapat berkongsi sama ilmu pengatahuan , Tak kaya pun x apa kalau di tipu semakin papa, politik keewangan ni pelbagai cara halal haram belakang kira.. kemewahan dunia yang utama..walhal dah tahu targetnya yg sebenar....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.