Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

20 April 2011

Isteri Cemburu, Suami Bantu Janda


"Betul ker suami saya pergi kursus ustaz, ker dia pergi jumpa perempuan tu...". Kata wanita 40-an ini.

Begitulah antara yang diceritakan wanita enam orang anak ini. Suaminya kerja kerajaan 40-an, sekarang pangkat dah agak tinggi sikit suaminya, kira berduitlah sekarang. Masalahnya, isterinya sering cemburu dan syak yang bukan-bukan.

Isteri sedar yang suami ada kenalan, seorang janda 30-an, anak satu, baru bercerai setahun lalu. Suaminya pula selalu layan telefon dan sms dengan janda ini. Pernah juga suami kantoi sebab tak delate sms. Bila ditanya pada suaminya, suami nafikan ada hubungan istimewa, sekadar nak bantu saja.

"Yer ler ustaz, ramai lagi orang fakir miskin dia boleh bantu. Ini nak tolong janda tu pulak". Kata isteri ini.

9 ulasan:

  1. pemikiran isteri ni kalau selalu-selalu sangat di fikir leh jadi doa..nak bahagia kenalah positif. Jika suami buat onar pun kena ambil tindakan dengan cara positif..baru boleh bahagia.

    Kalau sampai hal kerja pun jeles. jenuh juga. tiap kali outting suami kena tunjuk surat arahan la..

    BalasPadam
  2. erm,

    bukan cemburu, berjaga jaga sebelum terkena.

    perlu kot kan ustaz?

    yelah, tengok ni,

    "Suaminya pula selalu layan telefon dan sms dengan janda ini. "

    kalau die takde ape2 buat apa die nak sms lyn pmpuan tu kan?....

    erm, skdr bertanya, mntk pendapat ustaz sikit.

    BalasPadam
  3. Ustaz cadangkan pada wanita tu, izinkan saja suami nikah dengan janda tu. Kalau tak nanti jadi maksiat dan kena tangkap kat hotel dengan janda tu.... lagi kes berat.

    Wanita tu boleh berikan syarat, nak jumpa janda isteri kedua tu seminggu sekali atau dua kali saja. Dah nikah abis cerita, taklah cemburu buta dan buat dosa pada suami.

    BalasPadam
  4. ustaz..saya adalah wanita..ini hanya sebagai pendapat sy sebagai silent reader & wanita mentah dlm isu rumah tangga..saya bukan menentang poligami 100%..tetapi saya selalu membaca komen2 mengenai poligami di blog2 & forum2..dan ramai yg menggalakkan poligami (saya rs pendapat drp lelaki)...pada pendapat sy mmg poligami adalah penyelesaian utk lelaki supaya tidak berzina & menjauhi perkara haram tetapi adakah ia mnyelesaikan isu rumah tangga yg dialami mereka? ini kerana belum lagi berpoligami suami telah pun lupa hal rumah tangga & tanggungjawab..inikan pula bila dah berpoligami nnti..mengabaikan tanggungjawab sbg suami juga adalah salah satu dosa besar..tetapi xada pun penyelesaian yang diberi untuk selesaikan pekara tersebut..yg ada jawapan2 yang sy baca ialah poligami shj..adakah isu rumah tangga itu akan selesai bila berpoligami? kalaulah berpoligami semudah itu..berlumba2 wanita kita sanggup bermadu dan pasti kadar penceraian tidak setinggi sekarang..

    BalasPadam
  5. "izinkan saja suami nikah dengan janda tu. Kalau tak nanti jadi maksiat "

    betul tu ustaz, tapi macam pendapat puan di atas ,
    macamana pula dengan keluarga yg sedia ada yg terabai dan bakal keluarga madu pulak kan?

    boleh ke suami berlaku adil apatah lagi nak memberi nafkah zahir terutamanya, seperti rumah, bil api dan air untuk kedua rumah, makanan seisi keluarga dua belah pihak, pembelajaran anak anak kedua dua belah pihak.

    banyak perlu difikirkan disini.

    BalasPadam
  6. Ustaz,
    saya cadangkan kalau seorang suami nak nikah lagi, seeloknya dipermudahkan. Kalau isteri dia tak tahu, biarkan tak tahu, nanti kalau tahu boleh berperang pulak.

    Kalau tidak nikah nanti boleh berlaku khalwat yang macam kes kat sebuah negeri tu, orang kerajaan VVIP ditangkap dengan staf dia yang cun melecun.

    Saya tak salahkah sesiapa, tapi dah naluri lelaki yang berduit sikit sebab hari-hari jumpa staf dia yang cun tu. Bukan nak kata isteri kat rumah tak cun, tapi macam kereta juga, sekarang dah keluar model baru, mesti yang muda tu cun lagi. Isteri pertama dulu memang cun, tapi sekarang dah tua sikit dah kurang cun dan kurang aksi melayan suami malam-malam.

    Orang lelaki ini kalau dah nak nikah dia nikah juga macam kawan saya, Si Jamil tu. Kalau nak dengar ulasan isteri-isteri memang banyak berguni-guni, tapi Si Jamil tu nikah saja, dah nikah diam pulak tu bini pertama dia. Mula-mula sebulan dua saja bising.

    Apa pandangan peribadi ustaz ?

    BalasPadam
  7. Mungkin semua lelaki mempunyai rasa yang sama..saya rasa ini pun menjadi punca ramai wanita kita takut nak berkahwin sekarang..kalau ada yang berkawin pun sekadar untuk mendapatkan zuriat shj..kerana sekarang ni seperti dah jadi trend di kalangan masyarakat kita bahawa suami pasti akan mencari lain tak kira berduit atau x..perform well di ranjang ataupun x..jadi sebagai wanita persiapan mental dan fizikal tu penting kerana kebahagiaan tu terletak di tangan wanita itu sendiri dan wanita sekarang perlu bekerjaya..kerana kadang kala perkahwinan mungkin tidak menjamin masa hadapan dan kebahagiaan sepenuhnya..tetapi jika bermadu merupakan cara yang terbaik..apa salahnya cuba untuk redha..kerana penceraian tidak elok untuk anak-anak juga..jadi berdoa supaya suami setia dan bertanggungjawab..dan isteri juga kene setia..jangan balas dendam pula bila dapat tahu suami curang..kesian anak-anak..

    BalasPadam
  8. biasanya syak itu berpunca dari kisah lampau. mungkin si suami dah terkantoi sekali. jangan salahkan isteri jika berprasangka kerana puncanya datang dari suami juga. si janda tu juga sepatutnya pandai-pandai la jaga maruah.

    BalasPadam
  9. Ustaz,

    Izinkan saya kongsi pgalaman hidup saya. Suami tak bole memberi nafkah batin kepada saya selama 15 tahun. Saya x kisah n menerima dia seadanya asalkan kwarga kami bahagia, anak2 cukup makan pakai n belajar seadanya. Tapi nak tergelak apabila dia mula main cinta n menggoda janda muda yg 26 tahun lebih muda dari dia. Kebetulan pula janda tu melayan. Aduyaiiiii lelaki hehehehe.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.