Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

22 Jun 2011

Ramai Kerugian Penipuan Pelaburan, Tapi Tak Serik-serik

Tahun 2009, saya pergi ke sebuah daerah. Saya dapat cerita yang ramai orang Melayu di daerah berkenaan masuk satu skim pelaburan , antaranya ustaz. Bila disebut ustaz, saya minat nak tahu siapa ustaz tu. Saya pun memang kenal dengan ustaz tu, rupanya ramai lagi ustaz yang masuk satu pejabat dengannya. Ustaz tu nampaknya boleh pakai kereta yang bayar bulan mahal juga, dalam 800 sebulan. Katanya hasil keuntungan pelaburan tu.

Bila saya tanya, bagaimana pelaburan tu, katanya bertempat di Bandar Penawar dan dia sebut nama syarikat tu. Katanya, ustaz tu masuk skim tu modal RM 20,000 dan dapat keuntungan setiap bulan RM 2,000 sampai bila-bila. Saya tanya, dah banyak bulan ke dapat 2,000, dia kata dah dapat 3 kali iaitu baru dapat 6,000.

Saya tanya, kalau baru dapat 6,000, modal kita dah 20,000 belum untung lagi. Dia jawab, kena sabarlah kena tunggu setiap bulan. Dia cerita, ada seorang ustaz di JB dah bertahun-tahun masuk dah dah untung banyak. Siapa ustaz tu, saya kenal ustaz tu rupanya. Tapi selama ini ustaz tu tak pernah cerita pun yang ada pelaburan macam tu. Entah yer entah tidak, itu cerita atas cerita. Kenapa ? Sebenarnya, kalau dah jadi ustaz ni, ramai orang berminat cerita pasal kita sebab saya pun ustaz.

Ustaz-ustaz Janganlah Mudah Diperalat

Selalu saya cakap, terutama pada ustaz, ustazah ni, janganlah kita mudah diperalat dalam perkara macam ni. Kita masuk skim ni, orang hebohkan pasal kita masuk. Dan jadi modal pulak supaya orang lain masuk skim ni.

"Tengok, ustaz pun masuk, kita bila lagi". Biasa kan dengar ayat macam ni.

Skim pelaburan ni rasanya meluas ke seluruh negeri Johor malah luar negeri lagi. Yang saya cerita ustaz ni dari tiga daerah, daerah lain mesti ada lagi. Saya tak komen apalah sangat pasal pelaburan ni, tapi dalam hati saya, tunggulah satu hari nanti, mereka akan menangis tak berlagu.

Kemudian pelabur mula berbunyi bila bayaran tak betul tahun lepas. Semalam berita, penganjur tu didakwa di mahkamah Kota Tinggi. Walaupun ceritanya kegiatannya dari tahun 2002, lama tu, sekarang baru didakwa, tapi tahniah kepada pihak berkuasa atas tindakan ini.

Bacalah sendiri berita yang masuk akhbar hari ni.

 ..........................................................................................................

KOTA TINGGI: Seorang pengarah syarikat dan anak perempuannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 27 tuduhan melakukan pengubahan wang haram serta mengambil deposit tanpa lesen daripada orang ramai berjumlah lebih RM4 juta.

Tertuduh, 47, berdepan 21 tuduhan melakukan pengubahan wang haram serta tiga tuduhan mengambil deposit tanpa lesen, manakala anaknya, 24, dituduh melakukan dua penggubahan wang haram serta satu tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.

Mereka yang juga pengarah sebuah syarikat beroperasi di Pusat Bandar Penawar, di sini, didakwa melakukan kesalahan itu antara 2002 hingga tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, masing-masing didakwa menggunakan wang daripada aktiviti haram itu bagi membayar secara berperingkat pembelian dua banglo setingkat di Taman Impian 2, Simpang Renggam, Kluang bernilai RM660,000 sejak 2008.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 4(1) (a), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-dua sekali jika disabitkan bagi setiap kesalahan.

Bagi kesalahan mengambil deposit daripada orang awam tanpa lesen sah mereka didakwa mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang boleh didenda sehingga RM10 juta serta 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Salawati turut menetapkan 21 September depan untuk sebutan semula kes. Dua beranak terbabit mengemukakan jaminan yang ditawarkan itu.

5 ulasan:

  1. bukan senang nak senang.memang awalnya nampak macam senang je nak kaya,tapi hakikat sebenarnya kaya tu bkan boleh datang mcm tu je.pasal tu org kita mudah tertipu dek kerana sirna propaganda yg melampau2...

    BalasPadam
  2. Pelaburan begini sebenarnya adalah skim cepat kaya yang pada satu masa dulu sangatlah popular. Orang kita (Melayu) memang suka menyertai skim ini walaupun pernah tertipu sebelumnya, apa lagi bila ada pihak yang tidak bertanggungjawap menyatakan 'ada USTAZ join skim ini'. Maka ramailah yang membuat pelaburan tipu ini. Kita kenalah ingat untuk jadi kaya, TIDAK ada jalan pintas.

    BalasPadam
  3. jenis orang nak cepat kaya..usaha tak mahu..slogan pun mudah..tk perlu menjual, tak perlu mencari customer, tak perlu bla bla bla...wpun akhirnya menjerat diri sendiri..bila dah terhantuk baru tersedor...tp masa tuh dah terlambat..nyesal pun tk guna...duit melayang begitu sajerr...ari2 dok nganga depan pc..check akaun bank..kut2 ada 'munge2 wangi bau duit'masuk...tapi non hado..;)

    BalasPadam
  4. teringat peribahasa lama. orang tamak selalu rugi. sedangkan zaman Nabi dulu pun, Nabi berniaga & mengembala kambing untuk menyara hidup. inikan pula zaman kita. kena usaha lebih dari Nabi baru boleh kaya. usaha dengan tulang empat kerat, jimat cermat. bukannya menipu duit orang lain. jenis orang yang macam ni, kalau kaya pun, tak berkat.

    BalasPadam
  5. Skim Pak Man telo muncul lagi, tapi zaman it ni lain bentuknya.. yang awal mmg banyak duit masyuuukk... utk teruskan duit masyuukkk , tu yang kena cari ramai ahli.. kesian ahli yang kemudian2 tu.. Saye pun dah terkena, sbb 'ustaz pun masyuuk'..

    Tu skim cepat kaya, mcam mana pula bila ustaz yg buat skim wakaf sana, wakaf situ tu? Ramai anak2 murid nya masuuk... tapi beberapa tahun bangunan tak bina2, anak2 murid gelisah, ustaz kata buget lum cukup. Sbb tu sekarang ni org ramai minta tunjuk bukti. Kan gitu ustaz?

    cucu tok

    BalasPadam

Dipersilakan komen.