Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

13 Julai 2011

Tak Lama Lagi Akan Ramai Merana Kena Tipu Pelaburan Emas (Episod 2)


Seorang ni katanya dia masuk pelaburan emas dengan bayar sejumlah wang kepada seseorang (syarikat) untuk beli emas. Nama saja beli emas tapi emas tu dia sendiri tak pegang. Hari-hari orang itu akan lihat harga emas di internet dan jumlah wang yang dia ada sekarang. Untung ! Untung ! Jumlahnya nampaknya nampaknya meningkat setiap hari.

Saya Tak Percaya

Terus terang saya tak percaya pada  ini semua. Pertama, syarikat apa yang dia labur itu ? Berdaftar atau tidak ? Dia cakap berdaftar. Yer ler, kalau berdaftar pun berdaftar sebagai perniagaan apa ? Entah. Dia orang pun bukan nak siasat lanjut.

Dulu masa saham 'Swiscash' tengah meletup sekitar 2005-2007, ramai orang kita kaya katanya. Saya sendiri tengok penyata  dalam internet kawan tu, masuk duit ratusan ribu. Pada saya, selagi orang itu tak dapat duit tu, itu kira belum untung. Setakat ada penyata dalam internet, tak payahlah nak cerita lebih. Akhirnya saham swiscash lingkup dan ramai merana dan kerugian ribuan ringgit. Ramai terpaksa bayar personal loan pada bank.

Tahun lepas kata swiscash, kerajaan nak pulang semula pada pelabur, maka suka hatilah seorang tu. Dia kata, kalau dapat nanti, dia jadi jutawan juga. Dia dah tengok kereta Mercedes baru dalam RM 300 ribu, katanya dia nak angkat kereta tu. Tapi saya kata pada dia, bukan senang nak dapat duit tu sebab kena tuntut di mahkamah. Kenalah kemukakan bukti, antaranya laporan polis. Rupanya dia tak buat report polis pun, maka dia pun tak tahu sama ada dia dapat ke tidak.

Lagi satu, saya rasa kalau dapat pun bukanlah sampai 300 ribu, itu dah masuk untung. Kalau nak kira modal, dia cuma dapat dalam 30 ribu. Itu pun belum tentu dapat. Maka dah setahun, kereta Merc entah kemana, satu sen pun belum dapat.

M-pay

Satu lagi saham M-pay dalam tahun 2006-2007, katanya kad diskaun di mana-mana pusat beli belah. Kalau masuk kena bayar dan taja orang dapat duit lagi. Ramai kawan pujuk saya masuk tapi saya satu sen pun tak percaya. Tapi ramai juga yang masuk dan labur ribu-ribu juga dengan harapan nak jadi jutawan. Masalahnya, kad dia pun saya tak dapat tengok, dia kata ada masalah pasal cetakan. Rupanya terus hilang bila duit dan dia kebas. Ramai kena tipu.

Saham Minyak

Kenaikan harga minyak, diambil kesempatan orang penyangak ni buat saham minyak. Pelaburan dia hanya masuk duit dalam internet, nanti kita untung.  Ramai juga yang masuk dan dapat untung dalam komputer tapi belum boleh ambil duitnya. Tak lama lepas tu lesap semuanya, termasuk laman web dia sekali lesap.

Tapi M-pay ker, saham minyak ker, swascash ker,  masa tu tengok duit kita kat internet juga,hari-hari meningkat. Samalah juga macam orang ni yang tengok duit dia meningkat sebab labur emas ni.

Hati-hati Penipuan

Bukan saya nak kata apa, tapi hati-hatilah. Jangan sampai kita kena tipu. Sekarang harga emas meningkat, ada orang ambil kesempatan buat saham emas pulak. Tersebar dalam akhbar juga termasuk kertas yang diselitkan dalam akhbar.

Beberapa hari lepas saya telefon dan menyamar nak tahu tentang pelaburan emas ni. Nak tunggu dia jawab, berpuluh kali dail baru dia jawab. Bila kita tanya, dia taknak jawab. Dia kata kena jumpa dan bawak kawan kat satu tenpat. Soalnya, kenapa nak selindung-selindung. Kalau betul perniagaannya, kenapa taknak cerita ?

Nasihat Saya

Laburlah di institusi yang betul, bukan syarikat cendawan ni yang datang dan pergi. Kalau betul, masuklah Bursa Malaysia, sana ada ratusan saham. Tapi ingat, kenalah ada kemahiran nak melabur kerana bukan senang untuk senang. Kalau melabur ni, kena ambil risikolah untung atau rugi. Selain tu, ada juga koperasi-koperasi yang kita dah tahu rekod keuntungan lepas yang boleh kita masuk.

Kalau taknak rugi macammana ? Masuklah saham ASB atau Tabung Haji. Duit kita tak turun atau hilang. Cuma keuntungan ASB dan Tabung Haji tidaklah sebesar mana. Tapi yang penting selamat dan terjamin. Institusi yang saya sebut ini iaitu ASB, Tabung Haji dan Bursa Malaysia adalah berlesen.

Pelaburan emas ini masih baru walaupun harga emas meningkat sejak 10 tahun dulu tapi sebelum ini tak ada pun bank buat pelaburan emas. Jadi, kena hati-hatilah, bukan saya kata pelaburan emas ni tak elok, tapi berwaspada selalu.

...Bersambung ke Episod 3:
http://kadikluang.blogspot.com/2011/08/penipuan-pelaburan-emas-sudah-mula.html

8 ulasan:

  1. asb dan th tu dua2 saya ada. takpe, biar sikit, lama2 jadi bukit. berdikit2 dulu. ni semua kes nak kaya cepat

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum...

    Macam marah, macam lepas geram je...

    Bagi saya untuk dikatakan sesuatu itu betul atau tidak, tipu atau tidak juga tidak adil kepada orang itu atau pihak itu dan juga tidak adil pada diri sendiri jika hanya atas prasangka.

    Saham, pelaburan, perniagaan, emas, internet, minyak atau apa sahaja saya kategorikan sebagai perniagaan di masa semuanya mempunyai risiko, risiko pertama yang tidak dapat dielakkan ialah kerugian, risiko kedua ialah balik modal dan risiko ketiga ialah untung.

    Masalahnya ialah pada kita sendiri, kita telah meletakkan risiko ketiga (untung) ditempat yang pertama dan meletakkan risiko pertama (rugi) sebagai mustahil atau ditempat ketiga. Apabila kita telah tersalah meletak keutamaan maka bermakna kita telah meletakkan harapan dan impian ditempat yang salah.

    Cadangan saya, dalam apa jua perniagaan, atas apa jua yang kita faham, semuanya mesti bersederhana. Contohnya kalau kita ada RM1000, maka wajar kalau kita nak berniaga, melabur atau apa saja namnya memadailah 10% iaitu RM100 sahaja.

    Jika terdapat kerugian tidaklah ia menjadikan kita terbeban, susah atau papa kedana.

    Dalam semua keadaan, letakkanlah kesalahan pada diri sendiri kerana tidak ada sesiapa pun memaksa kita masuk kecuali atas ketamakan kita sendiri.

    wallahua'alam

    BalasPadam
  3. Cara paling selamat untuk buat pelaburan emas ialah dengan membeli sendiri emas itu dalam bentuk dinar emas atau gold bar dan kita simpan sendiri emas itu. Kita bolih pegang emas yang dibeli itu, bukan memegang sijil atau surat perjanjian pelaburan emas.

    Bila harga emas naik bolihlah dijual balik. Sebenarnya saya bukanlah ajen atau dealer emas, sekadar nak kongsi info.

    BalasPadam
  4. khabarnya pelaburan dinar mas pun bermasalah dulu agro bank terima tp skrg x terima? ada unsur penipuan

    BalasPadam
  5. Yg mula2 masuk untung besor maaa... yg dah kemudian2 masuk ... modal pun tak balik ---> ni aku alami dlm pak man telo & saham apa ntah 20, 15 thn lalu.. tu dulu dah kena tipu, sekarang ni lagi le ramai org cerdik menipu.

    Klu tak reti .. tabung haji aje le.. nampak penyta tu kat buku yg kita pegang sendiri.Tak pe le tak dapat pakai merc RM300K .. nanti nampak mewah sangat ..lain pulak cerita nya . SEDERHANA kan elok.

    BalasPadam
  6. aku juga beli pelaburan emas dan dapat emasnya, dah aku jual 1 keping dapat untung juga.... tu la nak melabur kena ada ilmu, nak dunia kena ada ilmu, nak akhirat kena ada ilmu, nak dunia dan akhirat pun kena ada ilmu. so kalau nak kaya pun kena ada ilmu....

    BalasPadam
  7. menarik artikel ni..peringatan untuk yang berminat dengan pelaburan emas..dalam web jutawanemas.com ada forum untuk orang berminat nak tahu mengenai pelaburan emas..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.