Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

29 September 2011

Isteri Kedua Tengah Mabuk-mabuk


Sudah dekat-dekat setahun rasanya lelaki ni, 40-an bernikah isteri kedua 20-an. Dia kerja kakitangan kerajaan dan isteri keduanya swasta. Bernikah pula cara betul setelah dapat kebenaran hakim mahkamah syariah. Terserempak dengannya dalam satu majlis hari raya, saya menegurnya.

"Apa khabar sekarang ?....isteri kedua ada di mana sekarang ?" Tanya saya.

"Khabar baik tuan kadi. Isteri sekarang ada di Kluang, tengah mabuk-mabuk sekarang". Jawabnya.

7 ulasan:

  1. Salam,semua.
    Maaf ye,kalau saya terkasar bahasa.

    Perh! rajin betul ustaz amik tahu pasal bini keduanya.. isteri pertamanya tak tanya jugakah di mana?

    BalasPadam
  2. adess ustadz ingatkan mabuk todi...rupanya mabuk projek menjadi..huhu

    BalasPadam
  3. Norafmi... tanya tu sebab last sekali jumpa dia masa dia dan bakal isteri kedua datang jumpa saya sebelum nikah. Tanya sebab kenal, isteri pertama tak tanya sebab tak kenal.

    Rupanya beginilah hidup org nikah dua, org tanya isteri kedua jer kot.

    BalasPadam
  4. Betul juga kata Norafmi tu, wlu tak kenal isteri pertama tu, klu ustaz tanya kabarnya juga kira ok juga, misalnya, 'yg no 1 apa kabar?, anak2 apa kabar?.. ' . Next time le ye ustaz tanya cam tu, klu jumpa org lain pulak .. hehe

    tok

    BalasPadam
  5. Ustaz, lain kali tanya khabar encik tu saja lah kot...takyah tanya khabar isterinya....

    BalasPadam
  6. salam ustaz, lain kali jumpa dia ustaz tanya khabar dia saja la kot...

    BalasPadam
  7. salam. makan ikan cencaru jangan lupa ikan gelama, dah dapat yang baharu, jangan lupa yang lama.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.