Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

16 September 2011

Kawan Saya Masuk Pelaburan Emas, Tapi Tak Untung ? (Episod 4)

Tiga hari lepas ada seorang telefon saya mengenai pelaburan, iaitu nak tanya pandangan saya mengenai pelaburan apa yang menguntungkan sekarang. Kawan saya ini sudah bersara dan ikut kiraan kasar saya, dia banyak wang. Dia mempelbagaikan pelaburannya dan bukan satu sahaja. Dia ada masuk bursa saham, tabung haji, ASB, rumah sewa, kebun sawit, rumah sewa dan lain-lain yang mungkin bukan semuanya saya tahu. Dia juga ada kerja sambilan selepas pencen yang pendapatannya banyak juga.

Pelaburan Emas

Kawan saya ni cerita, dia sudah masuk pelaburan emas tapi belum mendapat keuntungan dan dengan kata lain, kena tunggu masa yang sesuai untuk mendapat keuntungan. Okey, pada saya, kalau tak untung itu maknanya tak untunglah. Nak tunggu bila, kalau kita tunggu pun manalah tahu sama ada untung atau rugi lepas ni.

Sebenarnya sebelum kawan saya ni masuk pelaburan ini, dia ada tanya saya dan saya beri nasihat yang seimbang. Tak lah saya kata suruh masuk dan tak juga kata jangan masuk. Manalah tahu kalau saya kata jangan masuk, lepas tu naik, saya juga ada dipersalahkan. Kalau suruh masuk tapi tak untung, nanti, bermasam muka juga. Selepas saya cerita pada dia, saya tak tahu, bila  masa dia beli. Perbualan telefon tu saya tak tanya pun tarikh dia beli. Berapa ribu ringgit yang dia masuk pun saya tak tanya tapi yang saya agak, mungkin puluhan ribu.

Pendapat Saya

Dalam 3-4 bulan dahulu, kawan saya ini ada tanya saya, adakah elok melabur dalam pelaburan emas. Dia cadang nak melabur di sebuah bank yang menawarkan pelaburan emas. Saya jawab soalan itu spontan, bahawa pelaburan emas ini perlu berhati-hati. Iaitu ada masa untung, ada masa rugi.

Waktu itu harga emas sudah tinggi (saya lupa harga dia waktu itu) dan adakah selepas kita beli, akan lagi tinggi atau turun ? Yer le, kalau naik, kita untung, kalau turun kita rugi. Janganlah cakap belit-belit, kata lepas ni akan naik. Tak payah akan-akan, kita cakap yang sekarang.

Jadi beli saham emas ini adalah satu yang tidak pasti. Kebarangkalian kita untung atau rugi itu tetap ada. Tidak betullah kalau orang kata beli saham emas ini semuanya untung. Kita jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang, sebab yang banyak cakap dalam bab ini kebanyakannya orang yang ada kepentingan. Nanti kalau kita rugi, orang tu tak bertanggungjawab pun.

Okey, kita tengok harga emas tahun-tahun yang lalu. Adakah semuanya naik ? Tak ada turunkah ? Saya buka satu buku yang ditulis seorang penulis terkenal, tajuknya tak perlulah saya cerita.

Tahun 1979 : US 750
Tahun 1981 : US 300
Tahun 2005 : US 500
Hari ini        : US 1,780

Okey, katakan kalau kita beli emas tahun 1979 puluhan ribu ringgit. Masuk tahun 1981, nak nikah perlukan duit, kena jual saham emas itu, maka kita kan rugi besar dan dapat duit kurang dari separuh. Begitulah seterusnya..... Tapi kalau beli tahun 2005 dan jual hari ini, maka akan dapat untung besar.

Sejarah Adalah Sejarah

Tahun 1979, 1981, 2005 adalah sejarah kalau nak dibandingkan dengan hari ini. Sejarah adalah sejarah yang angkanya tidak boleh kita pesongkan. Tapi apa yang berlaku selepas ini, semua kita tak tahu. Yang mampu kita buat adalah meramalkan saja. Untuk menyedapkan hati, ramai yang meramalkan harga emas akan terus naik, betul ker ? Sekarang tahun 2011, tahun 2012 bagaimana ? 2013 bagaimana ?

 Emas adalah komoditi macam bijih timah, minyak, besi, getah, sawit, koko, soya dan lain-lain. Semuanya ada turun naik. Kita tengok bijih timah, dulu tahun 40-50-an harganya cukup tinggi, sekarang apa jadi ? Kita boleh tengok dalam buku sejarah saja kegiatan melombong guna pam dan kapal korek, sekarang dah tak ada.  Begitu juga dengan harga minyak dunia. Dulu tahun 2007 naik begitu tinggi, sekarang dah tak tinggi sangat. Dulu masa harga minyak begitu tinggi, kita rasa macam harga minyak tak akan turun tapi turun juga. Jadi berhati-hati dalam pelaburan emas, jangan ghairah.

...Bersambung ke Episod 5
http://kadikluang.blogspot.com/2011/09/harga-emas-jatuh-mendadak-susut-20.html

CERITA PALING POPULAR:
Cerita Paling Popular di Blog Ini : 'Sudah Nasibku Mat Burger'

14 ulasan:

  1. betul tu ustaz..kalau kita beli emas hari ini RM5000, bulan depan kita jual, sudah susut nilai 15%-20%...alasannya emas kita masih baru walaupun beli kedai sama..takde untung. Untung PAKAI je..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ustaz, pada pendapat saya, kalau nak melabur emas.. beli je terus kat kedai emas dan kemudian simpan.. beli tahun 2002 harga dalam rm50.. jual sekarang harga rm200.. beli sikit2 ikut duit yg ada.. dan boleh org rumah pakai.. daripada masuk skim2 yg tak tentu hala ni.. barang pun takde kat kita.. duit kita diambilnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiful, saya pun buat mcm tu,,, beli sikit2, lepas tu upgrade, wife boleh pakai, anak2 boleh pakai, kalau sesak, still boleh jual atau pajak,,,

      Padam
  3. Salam.

    sedikit perkongsian. kita jgn salah sangka pada gold invstmnt ni. it is long term invstmnt. bukan short term.

    better invest dlm 999 bukan 916. Mmg kalau kita jual balik emas, at least 20% kedai akan tolk dr harga pasaran utk cover untung kedai dn upah.

    better invest mcm beli kijang emas (fizikal gold) atau bentuk emas buku simpanan mcm dr maybank atau public bank.

    invest emas mmg untung. tp jgn le beli time rega sedang naik. kena le study. tak kira apa2 investment kena study dulu.

    sbg conth, sy jual 1oz kijang emas (1 keping) pada kawan sy dgn harga RM4400 pada awal January 2011. skrg kalau kawan sy jual balik kepd maybank, mengikut harga belian yg dipublish, maybank akan beli RM5700. so nampak tak berapa byk untung kawan sy dpt dlm tempoh 9 bulan (RM1300 keuntungan = 30% keuntungn)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. i agreed u...org yg x paham kena study betul2 psl ni...byk cara invest in gold ni..ada yg jual n beli emas tu..ada yg beli saham emas.. n mcm2...pandai2lah study n pilih....

      Padam
  4. En.Khairul...
    betullah kawan anda untung sebab dia beli harga 4,400 dan jual 5,700. Tapi itu adalah sejarah yang tidak semestinya dapat diulangi oleh orang lain.

    Pelaburan 'long term' dan 'short term' tu kita kena faham sebagai sifat manusia. Jangan disebabkan orang itu masuk beberapa bulan atau tahun tidak untung, kita kata pada dia yang pelaburan emas adalah untuk long term. Tapi kalau masuk sekejap dah naik, kita kata short term untung. Sedangkan kita tak fikir betapa cemasnya perasaan pelabur itu.

    Anda cerita dari Januari hingga Sept tu 9 bulan itu adakah short term atau long term. Tapi kalau dah untung jual jugalah. Tapi nak tanya juga, lepas dia jual tu, dia tak beli lagi ker ? Atau dia terus tak beli. Kalau beli sekarang, apa akan jadi dengan harga lepas ni ? 9 bulan lagi untung ke rugi ? Semua orang tak boleh jawab.

    Saya nasihatkan pada sesiapa yang nak melabur dalam emas ini jangan ghairah dan ikut kawan-kawan. Sebab kekadang kawan-kawan kita untung, kita tak untung. Nak selamat, labur saja dalam ASB atau Tabung Haji, dah pasti untung, rugi tidak. Labur emas ini ada rezeki untung, tak ada rezeki rugi.

    Kita boleh kata pada orang yang kalau belum untung, kena pegang lama lagi. Tapi tahukah kita, dalam hidup ini kekadang kita perlukan wang untuk belanja. Lagi satu, orang kita bukanlah banyak sangat simpanan dan harapkan pelaburan emas itulah sebagai simpanan.

    Jadi, berhati-hatilah. Janganlah nak ajak orang masuk lebih-lebih. Nanti orang tu masuk tapi tak untung, kita lepas tangan.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum..bg saya..pelaburan emas ni kena study...memang btol cakap saudara..sejarah yg belom tntu boleh diulangi..ada cara..ada teknik..most of us..suka ikut ckp org..org ckp untung kita terus buat..org ckp rugi terus kita tinggal.study dulu...jgn melatah...man jadda wajada...

    BalasPadam
  6. Betul tu, saya sokong. Jangan gopoh, kena study dulu.

    BalasPadam
  7. En Khalil, sbb tu setiap pelaburan ada risiko dan setiap pelabur kena aware dn study risiko tu. High stake high return, low stake low return.

    Bagi saya, emas tetap no 1.

    Ramai orang terpedaya dgn janji manis pelaburan, tak kira apa pun. smua nk untung cepat.

    tentang kawan sy tu, dia tak jual pn emas dia, dia just hold je. kalau emergency perlu duit le br dia jual. mcm sy ckp, long term investment.

    kalu nk untung cepat, kena rajin kaji harga naik turun emas..tegk momentum emas tgh peak atau down atau moderate..

    kalau main dgr cakap org, lingkup le.

    sy dh invest emas since 2005. Alhdlh, return-nya sgt puaskan hati. tak perlu risau pasal interest atau riba.

    emas kuantitinya makin sikit dn emas tidak boleh dibuat. ianya raw material yg dilombong.

    BalasPadam
  8. kalau nk study tentang naik turun dan trend harga emas dunia, sila rujuk sini

    http://www.kitco.com/

    BalasPadam
  9. emas ni untuk pelaburan jangka panjang..kalau beli sekejap, kemudian jual balik, memang rugi..public gold ada buat seminar macamane nak dapat keuntungan melabur dalam emas ni..dalam web jutawanemas.com, ada ditawarkan seminar untuk faham lebih lanjut.kalau nak tau, kena pergi dengar.saya bagitau je..bukan ejen pon..sebab saya pon ada melabur dalam emas..

    BalasPadam
  10. Jangan melabur dalam emas, merugikan dan baik shart term atau longterm bila dikira secara total investment dan cost of financing kita amat rugi. Jangan melabur please.

    BalasPadam
  11. Saya amat setuju dgn Dr Yuserrie,,,

    BalasPadam
  12. Betul..ada seorang penjual emas kat tempat saya namanya ustaz fadhil dan puan intan kempen beli emas kat dia..bila pembeli nak jual balik dia lepas tangan..sebab rugi..sekarang pembeli tertipu..penjual dapat untung..masa jual cakap anytime emas boleh jual balik..hari ini orang sentiasa berfikir macamana nak tipu orang..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.