Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

21 Oktober 2011

"Isteri Tak Patut Marah Kalau Suami Kaki Nombor Ekor"

Pasangan suami isteri 40-an hadir ke mahkamah syariah atas kes rumah tangga. Isteri dia melalui peguam, menfailkan permohonan cerai secara fasakh di mahkamah. Masa hadir tu, suami macam tak puashati saja dengan isteri dia kerana mohon cerai.

"Ustaz, kenapa isteri saya bising-bising pasal saya main nombor ekor. Memang saya main judi, tapi keluarga saya saya ingat. Saya bukan kacau orang dan bukan curi duit orang, saya cuma main nombor ekor". Kata lelaki ini.

Sebelum tu, nak beritahu juga, yang kata-kata lelaki ini hanya sekadar luahan rasa saja. Kadi ker, ustaz ker bukan boleh tolong dia sebab kes itu sudah difailkan ke mahkamah. Tolong dengar cerita bolehlah. Kalau berani sangat, depan hakim cakaplah kurang ajar macam ni, kalau nak tahu nasib dia depan hakim lepas ni. Kekadang panas juga, kalau orang Islam tapi persenda hukum agama terang-terangan.

Fahamlah kita, yang isteri dia mohon cerai sebab suami dia kaki judi. Pada lelaki ini, ingatlah dosa dan pahala dan janganlah hidup bergelumang dengan dosa sepanjang hari. Dia mungkin kaki judi tegar yang tak boleh dah nak tinggal. Tapi kena fikirkanlah keluarga. Tak boleh ker tinggal judi ni. Mati ker kalau tak main judi ?

Bagaimana nafkah anak dan isteri ? Saya nampak, kalau dah kaki judi, dah tentu nafkah kat rumah terabai. Hidup pun dah tentu tak tentu arah dan selalu panas baran serta fikir pasal judi saja. Kalau dah macam ni, isteri mana yang

13 ulasan:

  1. fazian.batrisyia21 Oktober 2011 4:11 PTG

    Siapa yang kena pimpin keluarga...Kalau nakhodanya tunggang langgang...anak kapal risau hanyut nanti lagi susah...Isteri kena berani bersuara kerana hak & demi agama...Sudah2 la tu, masih ada masa nak betulkan kesilapan sebelum terlewat

    BalasPadam
  2. pastu sah sah la duitnya haram...betul, kalau cakap depan hakim tentulah kena..

    orang tu sebenarnya taktau kot yang judi tu haram

    ustaz, ada tau kefahaman orang yang salah. kawan saya pernah terang2 cakap ngan saya, kalau menang duit judi jangan buat beli makanan, belilah pensil ke, moto ke...yang tak boleh makan..

    kecewa sangat ustaz..rata2 saya pergi ada 1 2 org yang faham begini..sedih dan kecewa bila kita cakap haram tetap haram dipangkah juga bahawa diorang juga yang betul..semoga Allah beri hidayah pada mereka..

    BalasPadam
  3. Ustaz..apa kata kita perhebatkan lagi serbuan ke atas premis judi ni...

    BalasPadam
  4. Ustaz.. Suami saya suka main pelacur, betina sana sini, kaki judi, adakala ikut geng minum arak. Selaku isteri harapan saya amat tinggi, ingin suami saya memimpin tgn saya kelak di akhirat meniti titian syirat. Namun hancur dan berkecai. Telah saya usaha mencegah prangai berbagai cara. Nawaitu saya bukan untuk kepentingan saya tetapi demi untuk masa depan dia juga, akhiratnya dan kerjayanya. Tanggungjawab diabaikan. Semua urusan rumahtangga saya yg tanggung. Hinggakan duit saya dicuri. X cukup duit kena curi dipaksa dan mendesak saya meminjam duit pada majikan saya. Pernah saya ambil loan untuk langsaikan hutang cetinya. Hampa, duit tersebut dgunakan untuk pelacur dan judi. Terlalu banyak pengorbanan saya. Kasihan anak-anak. Puas saya menasihatinya. Mungkin ckp saya x berguna, saya pergi ke mahkamah pula minta kaunseling. Tak berubah juga, saya merayu ibu bapanya minta tolong nasihati anaknya. X berubah lagi, saya minta majikannya nasihatnya kerna tingkahlaku lakunya bukan saja merosak dirinya malah menjejas kerjayanya selaku anggota keselamatan. Bagi diri saya, membenteng tubuh badan dah cukup lali kerna sering acapkali tangan dan kakinya hinggap ditubuh badan saya. Saya x minta wang ringgit walaupun saya tahu dia x mampu, tapi sekadar hargai pengorbanan dan bersyukur dgn apa yg telah dia miliki. Ini tidak, hati saya dilukai. X pernah saya abaikan tanggungjawab sebagai isteri malahan layan saya dranjang saling x ubah lebih hebat dr pelacur demi kepuasannya. Walaupun saya bekerjaya, punyai rupa paras dan berperwatakan menarik, x pernah saya curang pd suami saya apatah lagi menduakannya kerna apa pun syurga saya pada suami. Berkali saya minta dlepaskan kerna saya takut sekiranya dia terus melanggan pelacur, takut djangkiti penyakit cukuplah saya merwat, beli ubat setiap bulan atas kesan dkemaluannya. Dia pernah menjunjung AlQuran dan bersumpah tidak akan berjudi dan main betina. Sedang iblis takut akanNYA inikan pula suami saya langsung tidak pegang pada sumpahnya. Saya ingin solat berjemaah bersama suami. Tapi hampa.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mintak cerai jer...aids @ hepatitis ni bahaya....kawin lain jer....

      Padam
    2. apala punya TAK CERDIK ppuan ini....

      Padam
  5. Assalamualaikum.

    Ustaz,Suami sy juga seorang kaki judi tegar & punya hutang keliling pinggang. Saya ingatkan betul2 dia buat modal kontraktor rupanya sebaliknya. Beribu duit sy dihabiskannya tanpa pengetahuan sy. Hati isteri mana tak hancur. Sudah la nafkah isteri & anak2 dah bertahun tak bg lain lg bayar kete ruma & mkn pakai dia & anak pun sy tanggung.

    Dah 7 thn kami kahwin sy ingatkan dia betul2 berubah. Skrg lg sy tgh mengandung kembar. Sy betul2 rs tertekan sbb tiada tpt / org utk diluahkn perasaan ini. Dah lama sy rancang nak tuntut cerai secara fasakh tetapi mengenangkan nasib anak yg masi kecil, sy diamkn saja. Cuma jiwa sy yg makin lm makin sakit & kosong.

    Apa yg patut sy buat sbb jln perbincgn selalu berakhir dgn pertengkran. Suami selalu mengelak dr berbincg.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...
    Bkn niat saya untuk menceritakan keaiban suami tapi sekadar berkongsi serta dapatkan nasihat...setiap kali gaji suami saya akan pulang subuh hari kadang2 langsung tak balik tapi saya tak marah atau bebel saya bagi dia tido rehat dulu bila bila saya minta duit untuk byr sewa rumah,kereta,beli keperluan anak,barang dapur dengan selamba dia cakap tak ada...saya tanya mana pegi duit dia senyap saya tak nak panjang cerita bergaduh saya usaha bayar semua tu guna duit gaji sendiri...duit belanja dia duit minyak kereta semua saya yang tanggung perkara tersebut berulang dan terus berulang sehingga lah suatu hari dengan kuasa Allah orang upahan syarikat pinjaman wang berlesen menelefon saya bertanyakan suami...rupa2 suami ada meminjam wang bila saya tanya dia baru dia mengaku dia ada main judi saya tidak memarahi suami saya menasihatinya dia menangis tetapi sampai skrg dah 2 tahun dia masih ulang kesilapan yang sama malah makin menjadi2 tiap2 bulan habis duit gaji buat judi...segala perbelanjaan saya tanggung...saya tak boleh bersabar terlintas di hati untuk berpisah saja tapi saya ada 2 orang anak yang masih terlalu kecil untuk hadapi semua ni...saya pun masih sayangkan suami...saya buntu tak tahu apa nak buat saya tak boleh biarkan suami macam tu hutang keliling pinggang kerana judi...saya benar2 patah hati sedih kecewa skrg saya selalu ckp kasar ngan suami saya tahu berdosa tapi saya rasa terlalu sedih dengan sikap dia

    BalasPadam
  7. kekadang saya tidak faham sikap lelaki.... makin lama makin tidak faham sikapnyer...adu hai suami insaf la..... kesiankan la isteri... kes saya .saya buat perjanjian melalui surat... jika dia masih main gugur talak satu...then dia sain.... tapi naluri saya kata dia masih main . selepas tarikh itu...cuma saya belum dapat bukti yg kukuh.... saya sayangkan dia. tapi dia tak sayangkan saya..

    BalasPadam
  8. saya lagi tak faham sikap ppuan... perangai suami terlalu BURUK & HODOH pun masih SAYANG lagi??????

    lepas tu jaja ke hulu hilir KEBURUKAN suami... bukan membantu selesai masalah pun!!!!

    yg penting apa ACTIOn / TINDAKAN anda sbg isteri????

    BalasPadam
    Balasan
    1. awk ppuan ke??x kan??jd awk xkn fhm..org pmpuan ni fikir pnjg n x pntgkn diri sdiri.. ppuan ni manusia hebat..sbb dlm dia brsedih dia usaha gmbirakn org lain..tapi bila dia dh wt keputusan trakhir susah nk pth blik lg..atau x mgkin pun sbnrnya..apepon yg jd.. syukurlh..n redhalah..krn allah sdg melatih kita utk mnjadi manusia yg kuat n tabah

      Padam
  9. Kalau kuasa cerai ditangan isteri senang cite..dpt suami kaki judi mcm ni cerai aje talak 3..suami kaki judi jgn harap nk ceraikan isteri lebih2 lagi jika isterinya bekerja sebab isterinya ibarat lubuk duit..rugi besar jika diceraikan! Suami sya juga kaki judi dan sya amat faham dgn smua msalh2 isteri yg teraniaya begini...msalh mmg susah nk selesai kerana kita lebih memikirkn nasib anak2. Tetapi saya tidak jdikn anak sebagai alasan utk bercerai, tetapi saya tidak tahu bagaimana cara hendak melepaskn diri dri cengkaman suami yg begini..sesiapa yg arif tolonglah beri jalannya..

    BalasPadam
  10. Saya pn sama mcm kwn2 sy diatas...kami kawen sudah 5 thn mempunyai 3 org ank semua masih kecil....dulu x th die main judi...die ckp snuker2 upe...skg makin menjadi2 kerap x balik uma...kwn2 sroh mintak fasaq tp sy sygkn ank2...tp jiwa sy hanya allh j y th...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.