Masa saya baru pakai Honda SM4 tu ramai orang tanya. Saya jawab terus teranglah yang saya beli lelong Kastam RM 9,000 lebih jer. Surat dapat lelong tu dan geran photostat saya simpan dalam kereta takut apa-apa hal. Manalah tahu kalau JPJ ker atau polis ker periksa, tapi tak kena periksa pun
Nombor Ekor First Prize
Saya ke kedai aksesori, pasang cermin gelap, taklah gelap sangat, sesedap rasa saja. Tauke Cina tu dah kenal saya sebelum ini dan tanya pasal kereta tu. Saya ceritalah, dapat lelong Kastam 9 ribu. Terkejut dia, dia kata saya ada orang dalam, hahaha.... Manalah ada orang dalam, seluar dalam saya adalah, hahaha.
Tak lama kemudian, ada seorang lelaki Melayu masuk kedai tu, mungkin nak pasang atau repair apa-apa. Dari gaya orang tu, saya nampak dia dah biasa dengan tauke kedai tu. Lepas tu, lelaki tu tengok kereta saya, kemudian dia cakap pada tauke Cina tu.
"Haiyaa tauke, ini nombor masuk first prize..." Kata lelaki Melayu tu, masa tu saya tengah tengok-tengok barang kat kedai tu sebelah tepi.
Bila orang tu tegur macam tu, saya tengoklah kat kereta saya, sebab rasa macam terkejut juga. Rupanya dia tengah tengok nombor kereta saya. Bila dia nampak saya ada, orang tu mula senyap sekejap dan tak cerita pasal nombor ekor lagi. Mesti dia malu dan baru dia nampak, ada sticker "ADUAN MAKSIAT" terpampang besar kat cermin kereta saya tu. Tadi dia tentu tak perasan, mungkin dia ingat itu kereta orang bukan Melayu kot. Kesian, malu muka dia.
Kawan Saya Pun Masuk Lelong
Selang beberapa bulan, ada dalam akhbar lelong Kastam. Ada seorang member di pejabat saya ni berkenan nak beli Honda SM4 juga. Kebetulan, masa yang lelong tu ada 2 biji Honda tu. Dia mintak tolong saya supaya dapatkan kereta tu, salah satu dari yang 2 tu. Jadi saya bawak dia tengok dan beri banyak nasihat.
Dia berkenan dengan Honda SM4 yang warna kelabu tu, memang cantik dan sekali tengok macam tak perlu banyak pembaikan. Saya congak-congak, kena masuk RM 12,000 kalau nak dapat. Angka tu saja jer saya letak, bukan ada sesiapa beritahu pun. Member tu macam hairan, kenapa saya dapat 9 ribu tapi dia 12 ribu pulak. Saya kata keadaan kereta saya lain, ada kemek dan cat bumper mengelupas. Orang sebenarnya tak berapa tahu tentang kos nak repair kemek dan cat dan anggap harga jatuh teruk. Tapi kereta kelabu tu tip top macam janda muda, hehehe.
Beberapa kali juga saya dia pergi tengok kereta tu, sampai orang Kastam tu dah cam muka kita orang. Saya ajarlah buat bank draf dan hantar pada hari tarikh tutup tu kat Kastam Tanjung Puteri. Member tu dah faham buat bank draf dan tak perlu ajar sangatlah. Masa tarikh tutup tu pun dia hantar sendiri sebelum pukul 12.
Telefon Kastam
Lebih kurang seminggu lepas tu, saya nak telefon pejabat Kastam, nak tanya dapat ker tak. Biasa kalau telefon, Kastam tak kata dapat terus tapi kalau dapat dia kata antara nombor satu hingga nombor tiga. Apa-apa hal, yang betulnya, tunggu dapat surat.
Member Letak 12,000 Genap
Baru saya sedar yang member tu masuk 12,000 genap. Saya tanya, kenapa letak 12,000 genap. Dia jawab,
"Dah ustaz kata 12 ribu, saya masuk 12 ribulah." Kata dia.
Alamak, lurus bendul betul dia ni, saya ingat, cakap 12 ribu tu, masuklah lebih sikit ker, 12,010 ker, 12,100 ker, 12,200 ker, 12,150 ker. Tujuan dia apa ? Supaya tak sama dengan bidaan orang letak. Yer ler, kalau 12,000 nanti mungin ada orang sama harga kita.
Masa saya telefon Kastam tu, dia kata, bidaan tertinggi 12 ribu, gembira betul member tu. Tapi masalahnya, Kastam tak kasi nama, jadi saya macam masih tertunggu-tunggu jugalah.
Dapat Surat
Tak lama lepas tu, member dapat surat, dia dapat kereta tu 12,000, baki 90 peratus dari harga kena bayar sebelum ambil kereta. Gembira betul member tu.
Ambil Kereta
Saya ikut sama masa ambil kereta kat store Larkin. Sewa kereta tarik dalam RM 40, bawak ke kedai bengkel Cina di Bandar Baru Uda, kawan saya. Lepas tu pergi ke kedai alat ganti di Taman Desa Rahmat, beli barang-barang. Antara barang adalah bateri, minyak gear, minyak hitam, hos getah, plak dan minyak brek, tak sampai RM 300.
Pergi semula ke bengkel tu, kereta tu dah hidup, senang betul hidup. Rupanya bengkel tu dah gantikan bateri baru sedangkan member tadi baru jer beli bateri. Saya kata tak apa, biarkan bateri tu tapi jual semula bateri yang baru beli kat Desa Rahmat tadi. Tauke tu kenal saya dan ambil semua dengan harga tadi. Upah yang bengkel kat Uda tu kenakan murah saja, seratus pun tak sampai. Sambil tu, member tu belanja saya makan kat kedai Mamak Osman, teh tarik dan rojak, baik punya.
Saya suruh dia bawak dulu kereta tu dan jangan repair yang lain dulu. Tayar boleh pam dan boleh jalan tapi saya beritahu member tu, tayar dah lama seba dah bertahun kereta tu tak jalan dan tayar dah rosak. Member tu pergi sendiri kat kedai lain. Lepas tu member ganti timing bel dan servis aircond. Ingat, servis aircond jangan kat kedai sebarang, nanti upah mahal buat cincai jer. Dia pergi ke sebuah kedai Cina yang saya syorkan, upah dalam RM 110 saja, siap masuk gas dan servis.