Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

31 Mac 2011

Anak Penerima Bantuan MAIJ, Bapa Kena Tangkap Nombor Ekor


Seorang bapa umur 44 tahun, kerja pengawal keselamatan, anak 5 orang, 4 darinya bersekolah, seorang belum sekolah. Kerjanya gaji dalam 700 sebulan, isteri tak kerja, sewa rumah RM 150. Kalau kerja lebih masa pun dapatlah tambahan dalam RM 200 lagi.

Atas memikirkan kesempitan kewangan yang dialami, MAIJ bermurah hati memberi bantuan persekolahan anak termasuk pakaian dan basikal untuk ulang alik ke sekolah. Semua itu duit MAIJ bukan duit saya sendiri tapi duit orang Islam yang lebih tepat ada duit pembayar zakat. Maka atas kesusahan keluarganya, MAIJ bantu.

Tapi malangnya, petang semalam, bapanya ditangkap di sebuah kedai judi selepas beli nombor ekor bernilai seringgit. Ingat, seringgit ker, banyak ringgit ker, haram tetap haram. Dah kena tangkap salah tetap salah juga.

"Tuan. Boleh ker kes saya setle luar ?" Kata lelaki ini.

"Setle luar ? Macammana tu ?". Tanya saya walaupun dah faham apa maksud dia.

"Saya bayar, tak payah masuk mahkamah. Boleh ker ?" Kata orang ni.

"Ohh tidak, tak payahlah buat macam tu. Pergilah ke mahkamah pada tarikh yang dah ditetapkan tu". Kata saya.

Janganlah nak cari pasal, nak setle luar pulak. Kesnya beli nombor ekor, jangan sampai nak setle luar, nanti jadi kes SPRM pulak, lagi dia susah. Nasib baik dia terus diam, kalau dia nak setle luar juga lepas diberitahu, tak pasal-pasal nanti saya tangkap dia kes rasuah pulak.

"Tuan, majikan saya tak bertanggungjawab dah atas saya masa saya kena macam ni". Kata dia macam nak luahkan perasaan dia.

"Kenapa pula majikan nak bertanggungjawab, dia ada bersubahat ker dalam kes  ini ?" Tanya saya.

"Tidak". Jawab dia.

"Kalau kamu dah terlibat kes macam ni, memang patut pun majikan tak masuk campur. Majikan kamu bukan suka orang main nombor ekor, memang patut pun dia taknak masuk campur". Kata saya.

Patutnya kenanglah jasa MAIJ yang dah beri bantuan pada anak dia yang sepatutnya persekolahan anak dia, bapalah yang kena tanggung. Tapi bapa ni jenis tak mau ingat semua itu, lebih rela duit dihabiskan kat kedai judi jer. Ini isteri dan anak-anak belum tahu kes dia. Kalau dah tahu, tak tahu macam manalah. Kalau anak tahu tapi tak bersuara pun, bimbang nanti anak besar, anak pun jadi kaki judi macam bapa dia juga. Tak mustahil...

Cerita yang saya paparkan ini bukan hendak memalukan seseorang, tetapi baik jadikan pedoman, buruk jadikan sempadan. Kita seharusnya bersyukur tinggal di negara yang meletakkan institusi zakat di tempat yang tinggi dan mulia. Tetapi janganlah kesenangan ini menjadikan kita leka dan melakukan maksiat yang boleh mencemarkan istitusi agama yang mulia ini.



.......................................................................................................................

CERITA PALING POPULAR DALAM BLOG INI :

Sudah Nasibku Mat Burger

Bapa Paksa Hantaran 10,000

Bapa Berkeras Suruh Anak Nikah Cepat, Tak Tahan Asyik Keluar Dengan Tunang Saja


Seorang bapa minta dinikahkan anak perempuan dia cepat, tarikh yang dirancang sepatutnya sebulan lagi. Mana bapa dia tahan, asyik keluar dengan tunang saja tak kira siang dan malam sampai bapa susah nak kawal anak.

Bertunang dah setahun lebih, mula bertunang nampak okey tapi dah lama bertunang nampak selalu keluar berdua. Saya kata, sebenarnya tak eloklah bertunang lama-lama, eloklah sederhana tak lama tak sekejap. Yer le, betullah bapa risau, bapa mana yang tak risau kalau-kalau anak dia buat benda tak baik, nanti nama keluarga juga yang malu.

30 Mac 2011

Bagaimana Keselamatan Pelajar Naik Bas ke Sekolah ?

Gambar ini dirakamkan di sebuah rendah sekolah petang tadi. Kelihatan pelajar berebut-berebut dan berasak-asak untuk naik bas.

Bagaimana tahap keselamatan mereka ? Adakah ibu bapa mereka tahu yang anak mereka melalui perkara ini setiap hari balik dari sekolah ? Di mana pemandu bas atau pembantu ?

Akhbar Sinar Harian 30 Mac 2011 : MAIJ Bantu Peniaga Islam

KLUANG - Seramai tiga pengusaha menerima bantuan perniagaan daripada Majlis Agama Islam (Maij) daerah Kluang bagi membantu mempertingkatkan perniagaan mereka.

Kadi daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, bantuan yang diberikan Maij adalah bertujuan untuk membantu pengusaha-pengusaha yang mengalami kesusahan dan kesempitan dari segi kemudahan mesin dan dan sebagainya.

“Pada masa ini kita memberikan kepada tiga pengusaha yang layak menerima bantuan daripada Maij yang mana mereka semua ini mempunyai minat dalam berniaga, tetapi tidak mencukupi modal dan kelengkapan dari segi kemudahan.

“Maij harap dengan bantuan yang diberikan dapat memberi kesenangan kepada pengusaha-pengusaha ini untuk lebih berjaya pada masa akan datang,” katanya sempena Majlis Seminar Usahawan Jaya 2011 yang diadakan di Dewan Nurudin Fahmi, baru-baru ini.

Khalil berkata, bantuan-bantuan yang diberikan Maij berupa mesin dan sebagainya kerana dengan pemberian tersebut sekurang-kurangnya dapat membantu mereka menjalankan aktiviti perniagaan yang sedang diusahakan.

(Dipetik dari Akhbar Sinar Harian 30 Mac 2011)

Mahkamah Putuskan Elie Suhana Kekal Isteri Bekas Sultan Kelantan


KOTA BHARU 30 Mac – Elia Suhana Ahmad, 32, kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra selepas Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini membatalkan permohonan Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Disember lalu, menolak permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Elia Suhana yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac lalu.Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang bersidang hari ini, dipengerusikan oleh Datuk Daud Muhamad bersama-sama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat, membatalkan permohonan Nik Rorhana, selaku perayu selepas gagal hadir di mahkamah.

Hakim Daud dalam penghakiman ringkasnya berkata, mahkamah juga telah menerima surat daripada peguam perayu yang menyatakan tidak lagi bertanggungjawab terhadap kes tersebut. Beliau turut memerintahkan supaya perayu membayar kos sebanyak RM5,000 sebagaimana dipohon oleh peguam Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hassan.

29 Mac 2011

Atuk 72 Tahun, Nikah Janda Bergetah 35 Tahun

Lelaki ini umur 72 tahun, kerja kebun sendiri, pernah tiga kali bernikah sebelum ini. Pernikahan pertama dikurniakan 6 anak, kemudian isterinya meninggal dunia. Perkahwinan kali kedua dikurniakan 2 anak kemudiannya bercerai. Pernikahan ketiga bercerai tapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Sekarang, Tokki ini bernikah kali keempat dengan janda 35 tahun, anak seorang. Kira okeylah tu 72 dengan 35. Kalau umur isteri muda lagi pada tu pun tak apa, hehehe....
Selamat Pengantin Baru....

28 Mac 2011

Lelaki Indon Mahu Nikah Perempuan Melayu

Lelaki Indon ini umur hampir 30, udah dekat 10 tahun di sini. Ceritanya, dia dulu masuk sini ada pasport dan permit kerja sah, tapi bila dah mati, dia cari kerja sendiri dengan tauke lain. Dia sekarang nak nikah dengan perempuan anak dara lewat 20-an, tidak bekerja. Bapa perempuan pun dia kenal dan udah setuju dibuat menantu.

Dari badan dia yang kurus berketul dan tangan kasar bila bersalam dengan saya, betullah dia ni kerja kebun. Kalau kerja opis, tangan licin ajer gitu.

"Pak ustaz, saya hendak nikah sama perempuan sini". Kata lelaki ini selepas selesai satu ceramah kursus perkahwinan baru-baru ini.

Waduhhh, dia menggelarkan saya sebagai 'pak ustaz', kembang tengkuk saya mendengar bila dipanggil 'pak ustaz'............."Yer, bisa aja..." Bisik hati saya, konon-konon cakap Indon.

27 Mac 2011

Rengit Batu Pahat, Jualan Barang Terpakai Terbesar

Tadi saya jalan-jalan, kebetulan hari ini tak ada apa-apa program. Mula ke Yong Peng, nak pergi kedai sukan tapi tutup. Pastu ke Batu Pahat Ikut Parit Yaani. Tak berhenti pun kat Batu Pahat, lepas tu pergi ke jalan Pontian, ingat nak tengok durian. Tapi kat pokok tak ada durian pun, orang jual durian adalah, tak jadi beli durian sebab syak itu bukan durian tempatan. Berhenti kat Sengarang makan nasi lauk asam pedas ikan merah, sedap nyerrr, bertambah juga makan.

Pekan Rengit

Lepas tu teruskan ke Rengit, baru teringat itu tempat jual barang terpakai di kampung orang asli sana. Masuklah situ, terkejut juga ada banyak perubahan. Last sekali datang situ tahun lepas beli vacum RM 45, tahan sampai sekarang.

Wahhh banyak beza sekarang, peniaga makin ramai, rasa ada berpuluh kedai juga. Yang saya terkejut, di dalam tu ada bangunan baru yang saya rasa kerajaan yang bina, takkanlah orang asli tu bina sendiri. Bangunan gerai moden mengantikan gerai tradisional, selain gerai lama yang masih wujud juga.

Banyak barang secondhand dari Singapura dijual termasuk barang eletrik seperti mesin basuh, peti sejuk, tv, dvd, kipas dll. Perabut seperti kerusi, meja dll, pakaian kasut dll, malah semua benda ada dijual. Termasuk tilam dan tayar kereta pun ada. Dia orang ini jual ikut barang yang dia orang dapat dari Singapura, tak kira apa. Bawa masuk ke situ naik van.

Ramai orang yang datang termasuk peniaga yang beli banyak barang dari luar seluruh negara. Tadi saya jumpa orang Pahang beli satu lori perabut kayu jati yang masih okey.

Mula saya tak cadang nak beli apa tapi bila dah tengok, teruja juga. Saya beli DVD player harga RM 50, basikal budak RM 30, kipas angin kotak RM 30. Semua nampak okey lagi lepas test. Lepas beli tu, dah nak bali, ada seorang tegur saya, rupa orang Kluang juga baru sampai nak cari barang.

Balik Ikut Simpang Renggam

Balik ikut Benut kemudian ke Simpang Renggam, sempat beli kerepek kat satu tempat tepi jalan, kalau tak silap kedai Hairee. Kerepek pisang, krepek bawang dll.





Kedai Kopi Halal atau Tidak ?

Pesanan ringkas saya:

1. Pergilah makan di kedai orang Islam, macamlah tak ada kedai orang Islam kat negara kita ni. Selain makan, dapat juga membantu ekonomi orang Islam yang menjadi pembayar zakat.

2. Sekiranya kedai bukan Islam, pastikan ada tanda halal yang sah

3. Sebaiknya, pilih kedai yang bersih dan pekerja beragama Islam.

4. Kepada kedai makan bukan Islam, silalah mohon sijil halal kalau hendak orang Islam masuk. Malangnya, banyak kedai bukan Islam yang tiada sijil halal tapi ramai pelanggan Islam yang datang.

5. Kalau sudah dapat tanda halal, silalah patuhi dan jangan sampai kena tarik balik, lagi besar kesannya.

6. Kalau sebelum ini orang Islam dah termakan dan terminum 'bendaalah' tu, tidak dikira berdosa kerana tak tahu. Tapi kalau sudah tahu, makan dan minum juga, adalah haram dan berdosa.

7. Sebagai seorang Islam, perlu memandang berat soal halal dan haram dalam makanan. Bukan sahaja elakkan yang jelas haram tapi yang syubhah atau keliru atau was-was perlu dielakkan. Makanan akan menjadi darah daging kita dan mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Sekarang banyak kes maksiat, jenayah, doa tidak diterima, nak beribadat malas, anak-anak jadi nakal dan sebagainya yang ada kaitan dengan pemakanan kita.

26 Mac 2011

Bangla Ambil Bendera di Meja VIP

Dalam satu majlis rasmi, saya diletakkan duduk di meja vip. Kerusi tu ada tercatat nama saya. Sebelum duduk menanti tetamu kehormat, saya berdiri dekat kerusi tu. Masa tu, orang yang sepatutnya duduk di situ belum ada di situ.

Tiba-tiba ada 4 lelaki, saya percaya dia Bangla, berdiri dekat kerusi tu. Saya risau juga kalau dia duduk kat kerusi tu, macam cerita saya yang lepas, yang saya lupa nama tok penghulu tu klik sini. Untuk mengesahkan dia orang ni Bangla, saya cuba dengar perbualan dia. Sahlah dia tu Bangla walaupun saya bukan tahu pun bahasa Bangla, tapi kira macam tahulah juga.

Masa dia berbual tu, seorang saja yang memegang bendera kecil di tangan, yang 3 orang lagi tak ada bendera. Lepas dia berbual tu, 3 orang pergi kat meja vip tu dan ambil semua bendera yang ada kat atas meja tu. Saya nampak semua Bangla tu suka jer dapat bendera. Saya rasalah, perbualan dia tadi dalam bahasa ibunda Bangla adalah pasal bendera.

"Kau ada bendera 1Malaysia tak, macam ni". Bangla Satu sambil menunjukkan bendera kat tangan dia.

"Tak adalah, cantik juga bendera tu". Bangla Dua.

"Mestilah cantik, ini kalau bawak balik Bangla kan best, tunjuk kat awek aku". Bangla Satu.

"Yerlah, kau dapat kat mana bendera tu ?" Bangla Tiga.

"Perempuan cantik tadi yang kasi, itulah kau lambat". Bangla Satu.

"Okey, kau tengok kat meja tu, ada banyak bendera, kita ambil jerlah". Bangla Empat.

"Yer, jom ambil sama-sama". Bangla Dua dan Tiga.

Bangla Dua, Tiga dan Empat angkat sama itu bendera sampai licin. Keempat-empat Bangla tu senyum sakan dan belah dari situ.

Saya dan semua vip pun duduk mengadap makanan. Tapi masa juruacara umumkan supaya kibarkan bendera, meja kita orang tak ada bendera. Hairan sungguh satu meja tu sebab meja lain ada bendera, meja kita orang tak ada. Seorang tu merungut juga, macam menyalahkan urusetia yang tak letak bendera kat situ. Saya senyum saja dan tak beritahu cerita sebenar, Bangla dah kebas...

Perempuan 15 Tahun Nak Nikah, Perut Dah Dibuncitkan

Seorang perempuan nak nikah seberapa segera atas sebab-sebab tertentu yang diketahui umum. Perempuan umur 15 tahun, belum capai 16 tahun, tidak bekerja. Lelaki pula umur 17 tahun, belum capai umur 18, kerja di sebuah kilang.

Kalau ikut prosedur, nikah perempuan belum capai 16 tahun dan lelaki belum capai 18 tahun kena mohon di Mahkamah Syariah. Kalau mahkamah benarkan, barulah boleh bernikah. Saya minta kes ini dibawa ke mahkamah dulu untuk nikah bawah umur dan siasatan kerana mengandung luar nikah. Ini kira kes terlajak sebelum nikah, ditebuk tupai sebelum masanya.

'Tolong Janda' Punya Pasal, Nikah Lagi Satu dengan Janda 30-an


Istilah 'tolong janda' selalu digunakan terutama kepada suami orang yang nak nikah lagi satu. Seorang lelaki 50-an, peniaga bernikah dengan seorang janda 30-an, tidak bekerja.

"Semua dah dapat kebenaran mahkamah ker ?" Tanya saya.

"Yer, semua dah selesai. Isteri saya dan bakal isteri saya bersetuju dan turut hadir ke mahkamah. Maaflah ustaz, saya simpati dengan bekas isteri kawan saya, nak tolong janda, ustaz.

(Gambar di atas sekadar gambar hiasan saja)

25 Mac 2011

Saya Pandu Bas dari Kluang ke Kuantan


Malam tadi saya jadi pemandu bas, bawa bas ekspres dari Kluang ke Kuantan. Masa masuk kat tempat terminal tu, saya undur dan ada orang jaga di belakang. Nampaknya tak berapa betul masuk lorong, tapi kira boleh jugalah.

Bas tu, penumpang penuh nampaknya, lelaki dan perempuan. Tiba-tiba saya terkejut, ada seorang lelaki yang saya kenali naik bas tu. Dia dari batu Pahat, nak ke Kuantan.

"Ustaz bawa bas ? Ada lesen ker ustaz ?" tanya kawan saya tu.

"Kau diam-diam, jangan sampai orang tahu". Kata saya.

Lepas tu ada seorang perempuan tu berbual dengan saya.

"Abang ni dah lama ker jadi pemandu bas ?" Tanya perempuan tu.

"Baru jer setahun" Jawab saya.

Dah sampai masa bas dah nak jalan. Saya jeling-jeling, rupanya saya seorang sahaja pemandu tak ada pemandu kedua, nampaknya tak boleh rehat atau tidur. Saya pandu bas beberapa minit lepas tu rasa mengantuk sangat. Gelabah juga, nak tidur tak boleh, pemandu gantian tak ada. Lepas tu jantung saya berdegup kuat, sebab bimbangkan keselamatan penumpang bas tu. Saya mana ada lesen memandu bas, jalan pula banyak selekoh.

Saya sedang mimpi ? Mintak-mintaklah betul-betul mimpi, janganlah betul-betul, kata saya. Dan memang saya dah mengantuk sangat masa memandu tu dan terpaksalah juga tidur. Tapi nasib penumpang saya bagaimana ? Jantung saya semakin kuat berdebar, ini betul ker atau mimpi ? Mintak-mintaklah jangan betul.

Rupa-rupanya, betullah saya mimpi, bukan betul-betul. Nasib baik, kalau tak, tak tahulah apa nak jadi dengan saya, bas dan penumpang yang ramai tu. Itulah cerita minpi saya malam tadi, sebagai hiburan waktu tidur.

24 Mac 2011

Selamat Datang Pendakwah YADIM Ke Kampung Orang Asli Kluang


Hari ini dan esok, pendakwah-pendakwah YADIM akan turun ke Kluang untuk menziarahi perkampungan orang Asli di daerah Kluang. Ini termasuk kampung Tanah Runtuh, Tereh, Sedohok, Sungai Peroh dan lain-lain dan akan tidur di sana malam ini.  Terima kasih kepada Pengarah YADIM Wilayah Selatan, Tuan Haji Ashari bin Tibek atas kunjungan ini dan kerjasama ini.

23 Mac 2011

Rakan Facebook Perdana Menteri Bertemu PM di Kluang Sabtu Ini

Petang/ malam Sabtu ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak akan bertemu rakan facebook di Kluang. Untuk maklumat lanjut, sila lawat facebook  perdana menteri seperti tempat, masa atau sebarang perubahan.

22 Mac 2011

Kisah Sudah Nasibku Mat Burger, Undian Tertinggi Pembaca

Hari ini 22 Mac 2011, tamat undian selama 2 bulan dari pembaca setia saya, iaitu mengenai apa yang menarik dalam blog saya.

Berdasarkan undian, paling ramai memilih Novel seperti  Sudah Nasibku Mat Burger dan  Hantaran 10,000 yang mendapat 30% undian.

Kedua tertinggi adalah kisah pengalaman peribadi yang mendapat 18%, ketiga kisah rumahtangga dan perkahwinan ( 16%), keempat Lelong Rumah dan Lelong Kereta (10%).

Terima kasih kepada semua pembaca, teruskan membaca....


Kakitangan Kerajaan Skim KWSP Layak Perubatan Percuma

Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.

Perlaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP itu hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.

Skim Pencen atau KWSP ?

Penjawat awam berhak memilih sama ada skim pencen atau KWSP yang mempunyai kelebihan tersendiri. Sebelum ini, orang yang pilih KWSP tak layak perubatan percuma selepas bersara, sekarang dah layak. Saya pilih skim KWSP sejak mula berkhidmat. Pada Januari 2009, diberi peluang sekali lagi sama ada kekal pada KWSP atau mengubah pada skim pencen, saya masih memilih kekal skim KWSP.

Video Seks Pemimpin Dengan Pelacur, Anwar Ibrahim Nafi


Petang semalam, saya tertanya-tanya juga, siapa dia individu yang dimaksudkan terlibat dalam perlakuan seks dengan pelacur asing. Akhirnya seorang individu menafikannya. Seorang saja yang nafi, bukan ramai. Maknanya, orang inilah saja yang cuba dikaitkan. Betul atau tidak orang ini terlibat, saya tak mahu komen apa-apa.

Anwar Ibrahim Nafi

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi Isnin.

21 Mac 2011

Kelahiran Anak Luar Nikah Semakin Meningkat


Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 234,647 didaftarkan dalam tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Video Aksi Panas Pemimpin Pembangkang ? PANAS! PANAS!

Dalam jam satu tengahari tadi, saya terima satu sms dari kawan saya.

"Salam Ustaz, ada baca Malaysiakini tak ? Siapa pemimpin utama pembangkang tu ?". Sms kawan saya.

"Belum baca, saya kat luar. Ada cerita apa tu". Sms saya pada dia.

"Katanya ada video sex pemimpin pembangkang, nak didedahkan". Sms kawan saya lagi.

Saya tak balas lagi. Balik ke rumah, saya buka Malaysiakini dan ada juga cerita macam tu di  Mstar Online.

Saya taknak komen sebab tak tahu hujung pangkal. Saya percaya lepas ni akhbar online akan ada berita susulan.

Cinta Masih Setia Walaupun Tunang Kemalangan Patah Kaki

Pasangan 20-an bertunang beberapa bulan, kemudian lelaki terlibat kemalangan jalanraya sehingga patah kaki dan lama duduk hospital. Lelaki sekarang terpaksa bertongkat dan tidak boleh lagi memandu kereta seperti dulu. Bagaimanapun, tunangnya masih setia dan melansungkan perkahwinan walaupun tunangnya sudah jadi OKU.

20 Mac 2011

Tentera Bersekutu Dah Serang Libya

Kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.

Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.

Penyanyi Kris Dayanti Bergelar Isteri Kepada Usahawan Timor Leste


JAKARTA 20 Mac – Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti selamat bergelar isteri kepada usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos sebentar tadi.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Kris, Trenggono dalam majlis yang diadakan di Masjid Sahid Nurul Iman di sini pada pukul 9.05 pagi

19 Mac 2011

Apa Tanda Mimpi Putus Tunang ?

Mimpi putus tunang ? Apa tandanya..... Ops bukan saya yang mimpi, ada seorang pembaca saya yang tanya soalan ini.

Tak payah jawablah, mimpi ini mainan tidur. Tak perlulah kita berhayal dan masuk ke alam yang tidak nyata. Lainlah kalau mimpi nabi dan para wali, kita manusia biasa. Berserahlah kepada Allah Taala yang menentukan qada dan qadar kita pada masa yang akan datang.

Nombor Ekor ?

Lagi satu, mungkin yang tanya ini kaki nombor ekor. Kalau soalan itu, saya mungkin boleh jawab juga. Nanti, kalau ada masa, saya buka 'kitab ramalan nombor ekor', ada jawapannya dalam buku tersebut, nombor apa yang bakal naik. Tunggu, hari ini sibuk sikit.....

Kereta Langgar Babi di Jalan Kota Tinggi - Kluang


Malam tadi, saya bertolak dari Tanjung Leman, Mersing jam 11.30 malam menuju ke Kluang. Sampai rumah hampir jam 2.00 pagi. Dalam perjalanan tu, di jalan Kota Tinggi - Kluang, dalam gelap, nampak satu kereta berhenti di bahu jalan dan ada beberapa orang yang berdiri di luar kereta tu. Ada satu lagi kereta berhenti di belakang kereta tu, mungkin kawan dia.

Saya memperlahankan kenderaan tapi tak berhenti, tak berani berhenti dalam kawasan gelap sebegitu. Rupanya tak jauh dari situ, ada seekor babi tergolek dan mati. Dalam hati saya, mesti kereta tadi tu yang langgar.

Bahaya sebenarnya kawasan macam tu, tak boleh bawak laju, bimbang babi melintas. Terfikir juga saya, babi tu bukan berhenti di tepi jalan tunggu kereta lepas dulu. Mesti babi tu terus saja walau ada kereta tengah laju, bahaya, bahaya....

18 Mac 2011

Bujang Tua Buat Anak Dara Termengandung Dua Bulan


"Betul ker bujang ni, umur dah 40 lebih ?". Tanya saya.

"Yer betul, saya memang tak pernah kawin dari dulu". Kata lelaki tu.

Betullah dia bujang, surat pengesahan pun ada, saksi dari keluarga terdekat pun ada. Dia cerita, dulu masa muda merantau  ke banyak negeri cari kerja termasuk kerja kapal. Sekarang dah 40 lebih, buat  pula perempuan 20-an mengandung, kemudian nak nikah. Entahlah, kalau perempuan tu tak mengandung, entah dia nikah atau tidak dengan perempuan tu, entah. Nak nikah, boleh tapi tindakan undang-undang tak boleh lepas, proses siasatan dan pendakwaan di Mahkamah Syariah akan diteruskan.

Abang Sedikit Terkilan Masa Nak Jadi Wali Pada Adik Perempuan


"Tuan Kadi, saya sikit pun tak kenal pada pengantin lelaki. Tak sepatutnya adik saya buat macam ni.Tapi demi masa depan adik saya, saya jadi juga wali". Kata lelaki dalam 40-an ini.

"Jadi bagaimana, setuju jadi wali atau tidak ?". Kata saya.

"Yer setuju, tetapi sedikit rasa terkilan dalam hati pada adik saya". Kata lelaki ini.

Inilah kisah keluarga. Adik dia janda anak dua, 30-an sudah dua kali bercerai, sekarang nak bernikah kali ketiga dengan lelaki pilihannya. Abang bukanlah menentang adiknya dari berkahwin tetapi adiknya sedikit pun tidak diperkenalkan dengan lelaki itu. Abangnya tak tahu, lelaki orang mana, kerja apa, bujang atau duda dan lain-lain. Tiba-tiba adik kata nak nikah dan minta abang jadi wali.

"Kalau ikutkan rasa marah, memanglah marah tuan kadi. Tapi sebagai abang, saya turutkan kehendaknya bernikah dengan lelaki pilihannya". Kata lelaki ini.

Peugeot dan Pomen Pendek dan Panjang (Episod 15)


Hari tu baru balik Desaru, bawak Peugeot, lari 130 kmj ada goyang dan stereng macam lari ke kiri dan kanan sikit. Patut Peugeot ni 170kmj lagi mantap, tak goyang. Balik tu, terus ke kedai Pendek, Cina dalam umur 30-an kat Kluang. Dah rasa, apa dia yang tak kena dengan kereta tu, mesti stereng rek.

"Bos, you punya stereng rek ada problem". Kata pomen Cina tu.

Saya kata, barang saya cari sendiri, saya pergi kedai Panjang, Cina jual alatganti terpakai kat Kluang ni. Pakai kereta ni, dari dulu saya beli barang sendiri, upah pasang saja kat kedai tu.

"Haiyaa taukey, ini stereng rek Citroen punya, bukan Peugeot" Kata saya pada Panjang bila tengok tulisan Cetroen BX.

"Ini Cetroen sama itu Pegeot, boleh masuk, sama saja". Kata Panjang.

Oh yer, rupa Peugeot dengan Citroen tu adik beradik atau sepupu dua pupu atau buah bacang juga. Pendek kira pakar pasal Peugeot ni setakat saya kenal pomen kat Kluang. Kereta jenis ni bukan semua pomen boleh buat. Dulu Pendek juga yang tukarkan karburator Peugeot masuk Nissan.

Itulah cerita pomen Pendek dan Panjang. Dia orang tak kisah kita panggil itu nama. Saya panggil dia Pendek ke Panjang, dia yang kasi nama tu, bukan saya yang kasi. Kalau orang Melayu kita panggil pendek, siap kena penumbuk. Ada juga kedai pernah saya jumpa, "Kedai Servis Aircond Gemuk" pasal tauke Cina tu gemuk. Kalau orang kita, panggil gemuk, cari gaduhlah nampaknya. Orang Cina tak kisah, janji pelanggan datang kedai dia.

Cerita Kereta Episod 16, klik sini

17 Mac 2011

Perempuan Cina Nasihat Saya Jangan Main Judi

Saya pergi ke sebuah kedai Cina di Kluang, cari barang sikit. Kat kedai tu ada perempuan Cina lingkungan 50-an dan suaminya, umur dalam lingkungan itu juga.

"Jadi ker beli ini barang ?" Tanya Cina perempuan tu.

"Nanti gua balik, tanya gua punya bini dulu". Kata saya.

"Aiyaaa... laki mau tanya bini ka ? Lakilah ada uwang" Kata perempuan tu.

"Haha... taukey, ini barang gua punya bini suruh tanya harga dulu, ini barang dia mau beli". Kata saya.

Maka lamalah juga berbual dengan perempuan Cina tu, seronok juga. Beginilah kisah orang berniaga, Cina tu berniaga anak beranak, suami isteri dan anak lelaki dalam umur belasan tahun. Nak juga saya bertanya pengalaman orang Cina berniaga.

Dia sewa kedai tu dah lebih sepuluh tahun dengan sewa RM 300 di Kluang. Laki dia dulu kerja dengan sebuah syarikat yang dah lingkup kat Kluang ini.

"Awak orang Kluang tak tahu nama syarikat itu ker, itu syarikat besar ?" Tanya perempuan tu.

Saya mengakulah saya bukan lama sangat lagi kat Kluang ini. Ceritanya, dulu di Kluang itu syarikat besar dan hampir semua orang Kluang kenal. Tapi syarikat itu sudah tidak ada, saya tanya, ke mana pergi syarikat tu ?

"Itu syarikat, taukey dia sudah naik ke atas". Kata perempuan tu.

"Naik atas pergi mana, jadi taukey lagi besar ker ?". Tanya saya sebab tak berapa faham dengan istilah naik atas tu.

"Naik atas, itu jumpa sama tuhan" Jawab perempuan tu.

"Itu macam ka ? Sudah mati ka ?" Tanya saya.

"Yaaaa, sudah mati." Jawab perempuan tu.

Dia cerita, sebelum mati, taukey besar itu kaya, banyak rumah, kedai dan harta lain. Tapi masa dia sudah kaya itu jam, tauke tu suka main judi. Saya tanya judi apa, dia jawab macam-macam judi, termasuk dia sebut sebuah pusat judi terbesar di negara kita. Disebabkan main judi itu, dia rugi banyak, sampai harta dia kena rampas bank dan jatuh miskin. Lepas itu, taukey tu mati dalam keadaan miskin.

"Awak jangan main judi, banyak rugi main judi". Kata perempuan Cina tu menasihatkan saya.

Terima kasihlah nasihatkan saya walaupun saya bukan kaki judi, tangkap orang beli judi nombor ekor adalah. Betul tu, orang bukan Islam pun tahu main judi ini tak bagus, harap kita orang Islam lagi boleh sedar.

16 Mac 2011

Siapa Orang Pertama Beli TV ?

Tadi saya ke pasaraya  Kluang yang dah dekat 2 bulan dibuka di sini. Tengok tv 21 inci tu okey juga harganya, RM 299.00. Kalau beli bagus juga, untuk elakkan berebut siaran kat rumah.

"Abang...saya nak cerita sikit" Kata lelaki jurujual kat situ.

"Apa dia" Kata saya.

"Sebenarnya abang orang pertama yang beli tv kat sini" Kata dia.

"Sebelum ini tak ada orang lain beli tv ker ?" Tanya saya.

"Yer, abang orang pertama sejak pasaraya ni buka". Kata dia.

Wah, terkejut juga saya, nasib baik tak ada hadiah bertuah kepada pembeli pertama. Terfikir juga saya, susah juga orang niaga tv ni, untung bukan banyak sangat, pembeli pula tak ramai. Mungkin juga sekarang orang beli tv model terbaru, apa nama tu, tv plasma ? Yer kot. Lagi satu, orang beli tv ni selagi tak rosak selagi tu tak ganti, kalau rosak pun repair saja.

15 Mac 2011

Bapa Minta Duit 7,000 Untuk Jadi Wali Anaknya

Seorang wanita 30-an berstatus ibu tunggal menghadapi masalah dalam perkahwinan. Bapanya minta wang RM 7,000 sebagai syarat untuk jadi wali. Bapanya tahu, anaknya mempunyai wang sebanyak itu, malah lebih lagi. Menurut ceritanya, bekas suaminya yang meninggal dunia dua tahun lepas mendapat pampasan dari SOCSO puluhan ribu ringgit.

Anaknya enggan memberikan wang 7,000 berkenaan dan mengadu ke mahkamah syariah untuk memohon wali hakim. Hakim telah memanggil bapanya dan menasihati bapanya supaya menjadi wali pada anak perempuannya. Bagaimanapun, bapa masih enggan selagi wang tersebut tidak diserahkan.

Hakim kemudiannya menjalankan proses perbicaraan dan bersetuju perempuan ini bernikah secara wali hakim. Kemudiannya, pasangan ini selamat bernikah di Kluang.

11 Mac 2011

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 62)


"Ustaz, ada apa-apa perkembangan ker ?". Telefon Man pada ustaz Khalil dalam kereta sebaik meninggalkan rumah.

"Oh yer, belum lagi Man. Sekarang sibuk sikit, mungkin sikit masa lagi, saya usahakan". Khalil.

"Okey, takper ustaz, Man tahu ustaz selalu sibuk, Man harapkan semua berjaya dan tak ada halangan". Kata Man.

"Yer ler Man, kita harapkan begitu, banyakkan berdoa, moga dipermudahkan kerja-kerja kita". Khalil.

Waktu makan di hotel itu, Yanti masih dalam keadaan serba salah. Terfikir juga Yanti, nanti nak diceritakan juga pada Syira, adakah dia perlu tukar ke JB atau kekal di KL. Mungkin Syira boleh beri pandangan, fikir Yanti. Tapi sekali fikir lagi, Yanti rasa tak perlu bercerita dengan Syira. Kalau diceritakan juga, mungkin menambahkan serabut di kepala. Fikir Yanti, Syira pasti beri sokongan kalau dia pindah JB semula supaya rapat semula dengan Man.

"Nizar... Kau tahu ker abang Man pergi mana malam ni ? Betul ke keluar dengan Cikgu Syikin ?" Tanya Syira pada Nizar sedang mereka bersiap nak keluar ke Angsana.

"Tak tahulah akak" Jawab Nizar ringkas.

"Hey Nizar....Tadi kau kata pergi jumpa Cikgu Syikin, ini dah jawab tak pulak. Kau ni sebenarnya bohong akak yer" Desak Syira.

"Entahlah, tak tahu nak cakap malam ni pergi mana, pergi gerai burger ke, pergi jumpa cikgu Syikin ker". Jawab Nizar.

Syira senyap seketika dan menuju ke dapur mengemas pinggan yang dari tadi ada di meja ruang tamu. Kemudian Syira ke ruang tamu semula.

"Nizar... Kalau abang Man pergi jumpa Cikgu Syikin, kau marah tak ?". Tanya Syira. Nizar seakan terkejut dan merenung muka Syira.

"Nak marah apa, biarlah. Ini kan bandar, bukan macam kat kampung nak marah-marah". Jawab Nizar.

"Jadi kau tak marah ler..." Tanya Syira lagi. Nizar semakin serba salah dan merenung tajam wajah kakaknya itu. Nizar terdiam tanpa ada jawapan.

"Nizar, kau tahu tak, akak hormat Cikgu Syikin sebab dia cikgu akak jer.. Kalau dia bukan cikgu akak, dah lama akak maki hamun dia". Kata Syira. Nizar terus terdiam sambil tengok tv, dia macam malas nak layan kata-kata kakaknya lagi.

"Akak macam menyesal sebab kenalkan Cikgu Syikin dengan abang Man. Ni dah jadi macam cerita lain pulak" Kata Syira.

Dalam jam 9.00 malam, Syira dan Nizar keluar ke Angsana naik teksi. Walaupun Nizar cadangkan naik moto saja tapi Syira melarang, malah menyorokkan kunci moto. Man tak tahu adiknya ke Angsana, yang Man tahu adiknya tu nak keluar sekejap ke restoran sekitar situ saja. Man pesan, kalau keluar rumah, kunci rumah dan dia ada kunci rumah lain.  Syira dan Nizar di Angsana yang penuh sesak dengan manusia tu . Hari itu jualan mega,ramai yang hadir termasuk orang dari Singapura. Banyak jualan murah dan ada persembahan artis terkenal juga.

Man berada di Larkin, memberhentikan kereta sambil menghidupkan enjin dan mendengar radio seperti menunggu seseorang.  Siapa yang Man tunggu itu ? Tak lama kemudian, ramai pelajar-pelajar kelas tuition turun dari tangga dalam keadaan riuh sikit. Man membetulkan kerusinya yang dari tadi direbahkan sedikit. Tapi pelajar itu bukan orang yang ditunggu Man, pelajar itu ada ibu bapanya yang jemput. Man tunggu orang lain, tapi orang itu belum muncul.

Ustaz Khalil pergi  berhampiran lokasi kes yang sedang dibuat intipan iaitu kes mengandung luar nikah dan nak jual anak itu. Khalil tunggu di sebuah kedai mamak di hujung bangunan itu dan menelefon Zakri yang dari tadi ditugaskan membuat intipan itu.  Mereka makan bersama dan membincangkan perkembangan kes itu.

"Tuan, perempuan masih di hotel itu dan belum hendak bersalin lagi. Cuma lelaki yang keluar masuk, perempuan tak. Makan pun lelaki yang bungkuskan, kemungkinan dah dekat sangat nak bersalin tu". Kata Zakri dalam menerangkan secara ringkas perkembangan kes tu.

"Okey. Lelaki tu ada pergi ke mana ? Ada ke dia jumpa siapa-siapa  tadi ?". Khalil.

"Ada, petang tadi di kedai ini lelaki tu minum dengan satu pasangan suami isteri berbangsa Cina". Kata Zakri.

"Betul ker, pasangan itu seperti dalam pengadu berikan ?". Khalil.

"Ada kemungkinan tuan. Saya sempat salin nombor kereta Volvo yang dinaikinya" Kata Zakri.

Khalil dan Zakri lama juga di kedai mamak itu, sambil-sambil itu memerhatikan pergerakan satu pasangan yang disyaki di dalam hotel tak jauh dari situ.

"Zakri, lepas habis kes ni, kau ikut aku pergi ke satu daerah. Ini bukan nak menyiasat atau nak tangkap orang, tapi nak pergi rumah orang...". Kata Khalil.

"Pergi rumah orang ? Kes apa tuan, macam menarik jer". Zakri.

"Mungkin menarik juga. Zakri, kau pandai berpantun ?" Khalil.

"Haha... berpantun lah pulak. Manalah pandai sangat, sikit-sikit boleh ler". Kata Zakri.

"Ermmm.. tak pandai ? Maknanya kau ni belum layak jadi penyiasat, pantun pun tak pandai" Khalil.

Zakri terdiam, direnunginya muka Khalil. Tak layak jadi penyiasat ? Maknanya apa tu ? Bila dipandang muka Khalil, nampak serius jer, tak senyum. Menakutkan juga. Ker Ustaz Khalil kata dia kerja tak profesional, sebab tu kata tak layak ? Tadi nampak macam Ustaz Khalil melawak, rupanya bukan melawak, seriuslah pulak jadinya.

Melihat keadaan Zakri yang macam pucat muka tu,  Khalil tersenyum. Khalil meneruskan bicara seperti buat lawak.

"Apalah kau ni Zakri, pantun dua tiga kucing berlari pun tak pandai ker". Kata Khalil.

"Haha... itu saya pandailah tuan, masa sekolah lagi dah pandai". Kata Zakri yang dah mula ketawa. Baru dia sedar yang bosnya itu melawak dari tadi rupanya, bukan serius.

"Tak per Zakri, kalau kes kita ni selesai esok, esok juga kita pergi ke daerah tu". Kata Khalil.

Dalam 9.30 malam, seperti dijanjikan, Yanti seorang diri ke Angsana. Gembira Yanti bertemu Syira dan Nizar, seolah-olah macam jumpa adik beradik. Mereka makan di KFC, kemudiannya jalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai. Nampak sikit, tapi banyak juga yang Yanti beli. Yanti hadiahkan Syira baju dan kasut. Manakala Nizar dihadiahkan tshirt dan seluar jean. Gembiranya Syira dan Nizar.

Jam sudah jejak 11 malam tapi orang semakin ramai, bukan makin kurang. Yanti dan Syira terus masuk satu kedai ke satu kedai tengok pakaian manakala Nizar menemankan dari belakang. Sedang Yanti membelek-belek baju yang tergantung itu, tiba-tiba Yanti nampak seseorang yang sangat dia kenal dalam kedai yang sama, di celah-celah baju yang bergantung. Jantung Yanti berdebar dan timbul rasa cemas. Orang itu tak nampak Yanti sebab ramai orang di kedai itu.

Yanti cuba memalingkan mukanya supaya tidak mahu dilihat atau dikenali. Syira di sebelah Yanti kehairanan bila Yanti mengundur ke belakang dan hampir terlanggar Syira. Yanti seolah macam nak keluar dari kedai tu secara tergesa-gesa. Siapa orang yang dilihat Syira itu ? Kenapa Yanti begitu cemas ? Syira masih hairan dengan perubahan pada Yanti. Kenapa yer ? Apa dah berlaku ?

...BERSAMBUNG KE EPISOD 63

Lelong Kastam Episod 8 : Lelong Kereta Tahun 2011 Muncul Kembali


Kepada sesiapa yang berminat nak tengok kereta lelong Kastam yang sekarang dibuka, katanya tutup 28 Mac 2011, masih ada masa lagi. Nak tahu lanjut,silalah datang atau hubungi pejabat Kastam berhampiran. Banyak juga kereta dilelong serentak di seluruh negara, ada murah ada mahal. Ingat, jangan lewat, nanti dah tamat tempoh.

Kat JB, boleh tengok kat stor kastam baru Larkin yang kat Pertahanan Awam yang dekat Pejabat Pelajaran Negeri tu. Ada masa pergilah datang tengok sendiri....

...BERSAMBUNG KE EPISOD 9
http://kadikluang.blogspot.com/2012/04/lelong-kastam-episod-9-tengok-kereta-tu.html

10 Mac 2011

Hujan di Johor, Boleh Akibatkan Banjir ?


Jabatan Meteorologi, Khamis mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga hingga esok bagi Rompin di Pahang serta Kota Tinggi dan Mersing di Johor.

Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana pula diramalkan di bahagian Kudat dan Sandakan di Sabah; Kuantan dan Pekan di Pahang serta Johor Baharu, Kulaijaya, Pontian, Ledang, Segamat, Kluang, Muar dan Batu Pahat di Johor.

Keadaan hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat serta sederhana ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan yang berdekatan dengan tebing sungai, menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini.

09 Mac 2011

Betulkah Laki Dia Jahat Sangat Macam Setan ?


Bila suami nikah lagi satu, terjadilah perang dunia. Selama ini bernikah sudah masuk 10 tahun, bahagia saja, macam tak ada apa-apa. Tapi bila tahu saja suami bernikah lagi satu, isteri mengadu kepada pihak berkuasa.

Isteri kata suaminya jahat macam setan. Siapa yang setan tu, laki dia juga kan ? Pertama, sebelum suaminya bernikah, telah berzina beberapa kali dengan bakal isteri keduanya. Kedua, suaminya main nombor ekor. Ketiga, suaminya suka main bomoh. Keempat, suami mengabaikan solat.

Soalnya, betulkah dakwaan isterinya ini ? Kalau betul, kenapa sekarang baru timbulkan, kenapa 10 tahun dulu tak timbulkan ?  Boleh buktikan ker suami berzina sebelum bernikah, ada penguatkuasa boleh jadi saksi ker ? Betulkah suami main nombor, ada kena tangkap penguatkuasa ker ? Ada siapa nampak suami pergi jumpa bomoh buat kerja syirik ni ?

Kalau betul, kenapa 10 tahun dulu tak bising, sekarang baru nak bising. Jadi, buat cerita ini sebab suami nikah lagi satu kan ? Bukan kerana perkara yang dinyatakan tadi kan ?

Ini soalan saya, sekadar nak suruh kita berfikir. Kepada isteri yang berada dalam situasi macam ini, bertenang, banyakkan bersabar dalam menghadapi dugaan hidup. Bukan saya kata dakwaan ini tak betul, tapi mungkin juga rekaan saja untuk menunaikan hajatnya menuntut cerai sehingga sanggup mereka-reka keburukan suami. Kalau yer pun marahkan suami nikah lagi satu, kenapa pulak lari pada topik lain.

08 Mac 2011

Bapa Mertua Tak Kisah Sangat Siapa Bakal Menantu


Pak haji seorang ni tak kisah sangat siapa bakal menantunya iaitu kalau dah pilihan anak, dia turutkan saja. Hairannya, hinggakan pekerjaan bakal menantu pun dia tak tanya.

"Anak perempuaan pak aji ni, bakal suaminya kerja apa ?" Tanya saya.

"Tak tahulah kerja apa". Kata pak aji tu.

"Yer ke tak tahu pak haji ? Takkan tak tahu ?" Tanya saya lagi macam tak percaya.

"Yer, memang tak tahu kerja apa. Yang anak kita dah berkenan, kita terima sajalah, itu kehendak dia" Kata pak aji tu lagi.

Pak haji ni anak perempuan ramai, ramai dari anaknya jadi cikgu. Anak lelaki dua orang, anak perempuan 6 orang. Katanya lagi, anak sulung perempuan dah nikah, lepas nikah baru dia tahu menantunya kerja pensyarah, sebelum nikah dia tak tanya sikit pun. Ini anak kedua nak nikah, anak dia cikgu, bakal menantu dia tak tahu kerja apa.

"Pakcik jumpa sekali saja masa hari raya dulu datang rumah, anak  jemput. Pakcik nampak orangnya baik dan bersetujulah buat menantu. Baru sebulan bertunang dan nak nikah dua bulan lagi". Kata pakcik ni lagi.

Ceritanya lagi, anak perempuan ketiga pun nak bertunang juga lepas anak kedua bernikah. Dia pun tak tahu lansung apa kerja bakal menantunya.

Isteri Hangin, Suami Nikah Dengan Bekas Isteri



Isteri ini bernikah dengan suaminya seorang duda tiada anak. Perceraian suaminya itu katanya berpunca daripada perkahwinan 5-6 tahun tiada anak, kemudiannya bercerai. Pernikahan suaminya kali kedua ini, dapat dua orang anak. Jadi kiranya berjayalah suami buktikan bukan dia yang tak hebat tetapi bekas isterinya yang 'mandul', katanya.

Dalam 5 tahun hidup bahagia, senyap-senyap, suaminya bernikah semula dengan bekas isterinya. Bila isteri tahu, naik hangin betul. Diserangnya isteri kedua itu di pejabat. Yang kelakarnya, dia tuduh perempuan tu rampas suami dia. Perempuan itu jawab, dia bukan perampas tetapi suaminya bercerai sebab ada perempuan lain yang rampas. Sekarang ini perempuan itu keliru, siapa isteri pertama dan siapa isteri kedua.

Suami nampaknya rilek saja dan bersikap penyabar dan tak cepat melenting. Biarpun berguni-guni bebelan dan ceramah motivasi yang didengar dari isterinya, dia tetap tak jawab, cuma sekali sekala keluar ke kedai mamak mencari ketenangan.

07 Mac 2011

Lagi Pasal Saman Ekor

Isu saman ekor

MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.  . JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Bacalah lanjut di Utusan Malaysia...... Klik Sini

05 Mac 2011

Isteri Kena Pukul, Suami Kena Tahan Polis, Keluarga Suami Tak Benarkan Ambil Barang....

Pasangan suami isteri lewat 30-an ini, bergaduh sampai katanya isteri kena pukul. Kena pukul kat mana, taklah saya tanya, tapi taklah macam tampar nyamuk, ini mesti pukul yang dahsyat. Isteri kemudiannya buat laporan polis dan lepas tu suami ditahan polis, bertindak berkait aduan isterinya.

Bila suami kena tahan polis, keluarga suami menyebelah pada suaminya. Katanya, isteri yang salah dan buat laporan yang tak betul pada suaminya. Isteri sudah keluar rumah selepas kejadian 'wreslemania' iaitu selama ini duduk di rumah dengan ibu bapa suami. Masalahnya sekarang, isteri tak berani atau tak dibenarkan kembali semula ke rumah tersebut untuk mengambil pakaian dan lain-lain. Dia keluar rumah sehelai sepinggang, katanya.

Pening kepada si isteri ini. Kepada pembaca semua tolonglah jawab, nak buat macam mana. Masalah ini rumit juga, iaitu bagaimana isteri boleh masuk semula ke rumah itu untuk mengambil barang-barang dia. Tolong jawab yer ......

04 Mac 2011

Berhemah Tangani Isu Senaraihitam Saman Ekor: Dr Ahmad Zaki Ismail



SAYA ingin mengulas mengenai keputusan kerajaan memberikan masa tambahan kepada pemandu kenderaan membayar saman ekor sehingga 10 Mac depan.

Melalui tindakan menyenarai hitam, ada empat jenis reaksi:

 Pertama, mereka yang tidak mahu banyak kerenah serta mampu membayarnya, akan terus membuat bayaran walaupun tahu ia sebenarnya tidak 100 peratus benar dan kemudian meneruskan kehidupan harian seperti biasa.

Kedua, mereka yang tidak mampu membayar tetapi amat memerlukan kenderaan untuk urusan seharian akan meminjam duit daripada rakan dan along bagi menyelesaikan saman berkenaan. Kumpulan ini bukan saja terjejas dari segi emosi tetapi kedudukan ekonominya, malah kemungkinan menyimpan dendam serta tidak berpuas hati di atas tindakan yang dikenakan.

Ketiga, kumpulan yang dengan sengaja tidak mahu membayar dan menjadikan alasan berkenaan untuk memandu kenderaan tanpa cukai jalan.

Bayangkan sekiranya berlaku sebarang insiden dan kemalangan tidak diingini yang bukan saja mengundang musibah kepada mereka tetapi kepada orang lain yang tidak bersalah.

Keempat, kumpulan celik undang-undang, intelek malah aktivis yang bukan tidak mampu membayar saman tetapi mahukan hak mereka dilindungi kerana sedia maklum mengenai segala prosedur mengenainya.

Mari kita berlapang dada melihat kes penyenaraian hitam ini secara lebih terbuka supaya semua pihak memperoleh kebaikan dan tidak terjerumus dalam satu polemik panjang yang akhirnya menimbulkan keadaan tidak selesa kepada rakyat dan kerajaan terutama menjelang musim pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.

Kepada pihak berkuasa, gunakanlah kuasa yang ada dengan secara bijaksana kerana setiap kesilapan dan kekeliruan yang berlaku hanya akan mengundang padah.

Kesalahan boleh berlaku tetapi elakkan ia menjadi seperti satu budaya pula sehingga menjadikannya lawak bandar raya.

DR AHMAD ZAKI ISMAIL,
Penasihat Persatuan
Pengguna Islam Malaysia.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Berhemahtanganiisusenaraihitamsamanekor/Article

Seorang Bercerai Setiap 15 Minit Bagi Pasangan Islam Malaysia


Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan, berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

03 Mac 2011

Histeria SMA Padang Tengku Dalam Kenangan (Episod 3)


Malam tu, ayah saya macam tak kasi saya ikut juga. Tapi biasalah, kalau dah nak pegi, pakai baju jacket dan bawa lampu suluh, abah pun kasi juga ler. Naik moto, rumah dalam 2 km lebih sikit dengan sekolah tu. Dalam perjalanan tu, saya baca macam-macam ayat Quran, baca tak henti-henti.

Masuk saja kawasan sekolah, mula-mula jumpa asrama perempuan. Yang menghairankan, asrama terang tapi bila masuk saja, sunyi sepi. Di tingkat bawah asrama yang dua tingkat tu, rupanya tak ada orang lansung. Saya masuk juga ke asrama tu dengan ayah saya tapi tak nampak sesiapa pun. Kami keluar balik dari asrama tu, rupanya tak jauh dengan pokok ketapang yang orang kata ada banyak misteri tu, jadi takut saya, tapi buat biasa jer.

Tak lama kemudian, ada moto datang iaitu seorang cikgu situ dan beritahu ayah saya yang pelajar semua berkumpul di surau selepas solat Maghrib tadi, sebab itu asrama kosong. Tiba di asrama yang tak jauh dari situ, ramai pelajar perempuan dan dari luar kedengan suara jeritan, mungkin beberapa orang yang dah kena histeria. Bila masuk, memang ada dalam 5-6 pelajar yang kena histeria manakala pelajar lain membaca Al-Quran beramai-ramai.

Yang menghairankan saya, bila ayah saya masuk ke surau itu, salah seorang pelajar itu melarang ayah saya masuk.

"jangan ganggu aku, pergi dari sini, pergi!". Kata seorang pelajar itu dengan suara nenek.

Saya waktu tu bersebelah betul dengan ayah saya, memang takut waktu itu. Ayah saya tak kata apa-apa tapi masuk juga dan meminta segelas air. Ayah saya baca sesuatu di gelas itu dan kemudian merenjis air itu ke muka pelajar itu. Terus pelajar itu lemah dan tidak meronta lagi. Pelajar lain membaringkan pelajar itu di bantal. Saya tengok masih bernafas sebab terfikir juga saya, hidup lagikah pelajar ni, yer le masa tu kecil lagi, tak berapa nak faham. Pelajar itu bergerak sedikit dalam keadaan lemah tapi selepas itu mula bercakap dengan suara pelik.

"aku nak jumpa mak aku, nak jumpa mak aku". Kata pelajar tu dengan suara menakutkan.

"kenapa ganggu orang di sini, baliklah ke tempat asal kau". Kata ayah saya seakan berbual dengan pelajar itu.

"tidak, aku nak jumpa mak aku, nak jumpa mak aku". Kata pelajar tu.

"di mana mak kau, di mana ?" Kata ayah saya.

"ada di luar sana, di atas pokok sana". Kata pelajar tu.

Takut betul saya, terutama bila fikir, dengan siapa ayah saya berbual, dengan budak itu atau dengan nenek mana. Pelajar itu masih dalam keadaan macam tu dan ayah saya taknak ganggu sangat. Di sebelah pelajar tu, beberapa orang pelajar perempuan memenang surah Yasin dan apabila letakkan surah Yasin di muka pelajar yang kena histeria tu, dia akan tepis dan mengeleng-ngelengkan kepala. Di surau itu kira-kira 5-6 pelajar kena histeria, meronta kejap-kejap dan semuanya masih belum pulih tetapi berjaya dikawal.

Dalam jam 11.00 saya dan ayah saya balik ke rumah bila keadaan jadi semakin reda. Saya tak tahulah reda macam mana, pada saya mungkin dia reda sebab orang yang kena tu mengantuk dan tidur, entahlah, saya budak-budak, bukan tahu sangat. Masa balik rumah tu, saya tanya ayah saya, kenapa boleh jadi histeria tu. Tapi ayah saya tak jawab dan dia cuba melencung pasal lain. Mungkin sebab saya budak-budak, tak penting untuk tahu semua itu.

Esoknya

Esoknya, sekolah macam biasa tapi sekolah nampaknya sunyi, tak ramai orang. Rupanya pelajar perempuan asrama kebanyakannya tak datang sekolah disebabkan kejadian malam tu. Diberitahu, kesemuanya balik ke kampung masing-masing dan bersambung dengan cuti sama ada cuti penggal (bukan akhir tahun), atau ada cuti lain yang panjang sikit waktu itu, saya dah lupa.

Pelajar Lelaki Jumpa Tangan Hitam

Dalam kelas saya ada dalam 10 orang saja yang bersekolah, kebanyakannya yang duduk luar, tak duduk asrama. Pelajar lelaki asrama pun ramai dah balik kampung juga. Di sekolah itu ada beberapa orang yang datang awal pagi sama ada datang naik bas atau keretapi. Mereka biasanya datang awal sebab bas awal, sebelum pukul 7 lagi dia dah ada di sekolah.

Ada seorang lelaki ini, tingkatan bawah saya satu tahun, badan besar-besar dan berani juga orangnya. Dia ni datang sekolah awal naik bas. Seperti biasa, dia duduk dalam kelas sebelah kantin di tempat duduk dia. Dia biasanya mengambil kesempatan tidur di kerusi sementara orang lain belum datang, kebetulan dia seorang saja di kelas itu waktu itu.

Dia cerita, sedang dia duduk di kerusi, ada orang tepuk bahu kanan dia. Apabila ditoleh, dia nampak ada tangan hitam, tiada badan. Terus dia lari keluar dan beritahu cikgu yang baru datang sekolah. Menggelabah juga dia tapi dia tu berani. Dia cerita pada orang lain. Jadi, masa saya di kelas tu, saya dengar cerita tu dari orang lain dan sungguh menyeramkan.

Hari itu, guru tak masuk kelas, duduk di kelas saja. Guru ada mesyuarat dan tak lama lepas tu, loceng dibunyikan menandakan isyarat balik. Kemudian diberitahu dan dibuat pengumuman, semua pelajar dikehendaki balik ke rumah dan akan bersambung dengan cuti panjang. Saya pun balik rumahlah, guru-guru tak.

Di rumah, saya tanya ayah saya, betulkan budak lelaki itu nampak tangan hitam. Ayah saya kata betul dan kawasan itu sekarang sedang 'diganggu'. Bila tanya lagi, siapa yang ganggu, ayah saya taknak cerita.

Dalam cuti tu, ayah saya ada ke sekolah itu waktu siang dan saya sebagai 'seekers' konon-kononnya tak ketinggalan nak ikuti. Seekers-seekers juga tapi setiap kali masuk ke kawasan sekolah tu, rasa terbayang tangan hitam menepuk bahu saya. Ada beberapa orang pengamal perubatan tradisional dipanggil khas ke sekolah itu untuk mengubati atau membersihkan kawasan sekolah itu. Yang saya dengar perbualan ayah saya dengan ustaz-ustaz di situ, orang yang datang itu dari luar, saya tak mahulah beritahu dari mana walaupun saya tahu.

Selama beberapa hari berubat, ustaz-ustaz di situ bercerita, histeria dah pulih sepenuhnya. Gangguan sudah tidak ada lagi katanya. Tapi saya macam tak percaya juga sebab pelajar tak ada, kalau ada, belum tahu sudah pulih sepenuhnya.

Lepas cuti tu, sekolah dibuka seperti biasa. Hari pertama, nampaknya tiada apa-apa sama ada di sekolah dan asrama walaupun semua pihak masih berjaga-jaga. Betullah, sudah pulih sepenuhnya... Lama keadaan aman sebegitu di sekolah itu sehinggalah saya meninggalkan sekolah itu dan berpindah ke sebuah sekolah di Temerloh. Namun, ayah saya masih mengajar lagi disekolah itu dan kalau cuti sabtu ahad saya balik ke Padang Tengku juga.

Tetapi, pada tahun 1990, berlaku histeria lagi di sekolah SMA Padang Tengku itu. Kali ini, orang sifatkan paling besar dan paling menakutkan dalam sejarah. Berita ini mendapat liputan luas sehingga masuk akhbar dan TV3.  Saya percaya, dalam sejarah histeria di negara kita, tahun 1990 itulah yang terbesar dan berlaku di situ. Apa yang besar dan menakutkan itu ?

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 4

02 Mac 2011

Ramai Betul Penjawat Awam Bankrap, Saya Tak Hairan

Cerita dalam akhbar hari ini, pada tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki. Ramai juga dalam proses nak diistiharkan muflis dan ramai juga yang hidup dibebani hutang. Nak kata orang kerja kerajaan gaji tak cukup, mustahil sangat, cukup sangat, alhamdulillah, syukur.

Mengejutkan

Wahhh... ramainya, itu baru tahun 2009, tahun 2010 pulak ? Pasti belum dapat dikemaskinikan data itu, tapi tak mustahil kalau meningkat. Kalau setahun dalam seribu orang, kalau dalam 10 tahun kebelakang tentu jumlahnya hampir 10,000. Mesti ada juga yang dah pencen tapi hidup tak tenteram disebabkan muflis ini.

Tak mustahillah angka ini, dalam kehidupan ini penuh cabaran dan ada jatuh bangunnya. Jadi kita perlulah berhati-hati dalam berbelanja. Dalam ceramah saya tempohari, saya cerita yang hidup ini umpama roda, ada masa senang, ada masa susah. Masa senang seperti harga getah dan sawit yang tinggi ini, hendaklah kita beringat, simpanlah di Tabung Haji ker, ASB ker, bawah bantal pun boleh.

Untungkah Beli rumah ?

Ramai orang kita bila ada duit banyak sikit, mulalah beli rumah sedangkan kalau tak beli rumah pun tak apa, boleh sewa. Orang kerajaan boleh dan mudah buat pinjaman, maka mereka suka beli rumah ikut kelayakan pinjaman yang dia layak, bukan ikut kemampuan bayaran bulanan dia. Maka berceritalah sama-sama kawan sepejabat dengan bangganya dia ada rumah.

Kalau ada duit lebih sikit, tak tahan lama. Dibuatnya ubahsuai, ada tambah depan, ada tambah belakang selagi ada tanah rapat ke longkang. Dalam rumah pun nak buat cantik-cantik, pasang apa itu istilahnya lupa pulak saya, yang kat syiling atas tu, oh yer, 'konis'. Ramai juga isteri yang selalu pujuk suami buat ubahsuai kalau ada duit, lebih lagi isteri tahu suami dapat bonus dan naik pangkat sikit. Buat ubahsuai pulak tu sampai habis duit terhenti sebulan dua sebab duit habis, lepas tu sambung balik.

Ada orang beli rumah tetapi lebih merugikan kalau rumah jauh dari tempat kerja, habis duit minyak banyak. Ada beberapa orang tu, dulu bekerja di Kluang kemudian kena pindah ke Batu Pahat. Oleh kerana dah beli rumah di Kluang, maka duduklah di Kluang, ulang alik ke Batu Pahat. Berapa ratus duit habis dengan minyak kereta ?

Kenapa dah kena pindah Batu Pahat, duduk saja Batu Pahat, sewa rumah di sana ? Taknaklah pindah, dah ada rumah sendiri di Kluang, duduk rumah sendirilah. Tapi sebenarnya, dia banyak habis duit atas jalan, dia tak fikir. Kenapa tak fikirkan sewakan saja rumah dia yang kat Kluang tu.

Untung Beli Rumah Bagaimana ?

Ramai yang untung dengan beli rumah kalau mereka merancang kewangan dengan betul. Belilah berdasarkan kemampuan, lokasi, persekitaran dan sebagainya. Rumah ini harta yang boleh disewa kalau kita tak duduk dan boleh dijual kalau kita mahu. Tapi fikirkanlah, cerita-cerita di atas tu cerita orang tak berapa merancang, mereka anggap beli rumah semuanya untung, sebenarnya tidak. Jadilah orang yang beruntung dengan memiliki rumah, bukan orang yang susah sebab ada rumah.

Beli rumah jangan nak berlawan dengan kawan-kawan dan jangan rasa rendah diri kalau rumah kawan kita lebih besar dan mahal dari kita. Itu duit dia dan kemampuan dia, bukan semestinya kita sama macam mereka.

Kad Kredit

Banyak yang bahayanya pakai kad kredit terutama orang yang sukar mengawal perbelanjaan. Dengan kad sekeping inilah perangkap paling besar boleh jadi muflis. Nak guna kad kredit tu, gunalah, saya pun guna tapi kena berhati-hati. Ada tempatnya, untung juga kita ada kad kredit terutama kalau membeli barang secara 'bayaran ansuran mudah'.

Personal Loan

Ramai sangat orang kerja kerajaan buat pinjaman peribadi dan mudah nak lulus. Bank sampai tawarkan bayaran sehingga 10, 15 dan 20 tahun. Orang yang baru buat personal loan ini, dalam setahun tu sedawa besar, jalan pun dah lain. Masuk dua tiga tahun, duit pinjaman tu dah mula habis sedangkan dia kena potong gaji 10, 15 atau 20 tahun. Maka dalam setahun dua lepas dia buat pinjaman tu, dia buat lagi pinjaman lain atau orang kampung saya cakap 'overlap'. Maka dapatlah sikit duit tetapi jumlah pinjamannya makin besar dan tempoh bayarannya semakin panjang lagi.

Dah ada satu personal loan, intai pula bank lain. Bila dah berkenan, buat satu lagi pinjaman di bank yang lagi satu tu. Setahun dua, duit tu habis tetapi bayar bank tu sampai 15-20 tahun.  Maka berlapislah hutang dia, tenat juga.

Beli Kereta

Kereta sedia ada elok lagi, cuma model lama, dah teringin nak beli kereta baru. Kan kereta lama tu dah dekat nak habis bayar. Kalau cat terkopek sikit, mulalah rasa kereta tu tak berapa sedap. Alah... cat terkopek sikit pergilah cat, kalau kat JB pergilah kedai Ah Cai macam kereta Man Burger tu, dia buat punbagus.

Dia lupa, kereta itulah dia pergi dating dengan isteri dia sebelum kawin dulu, hehehe..... Setakat rosak sikit-sikit tu biasalah, kereta lama ker, kereta baru ker, rosak tu rosak juga. Malah kereta lama lagi murah barang dia boleh cari di kedai-kedai biasa. Oh yer, tadi saya beli barang sebab power window Pegeot saya rosak, harga RM 220, upah pasang nanti dalam 20-30 saja. Nak kata mahal tak juga, yang penting hutang tak ada, jadi taklah rasa terbeban. Kalau kereta baru dalam waranty, belum tahu alat tu dapat waranty, beli pula kena pada agen dia, lagi mahal melantun.

Keluar saja model baru kereta, semua nak beli kereta baru. Ramai yang bukan tengok pada harga puluhan ribu tu, tapi tengok pada bayaran bulanan, tak kisahlah, sembilan tahun pinjaman tu bukan lama pada dia. Kenapa tak beli kereta secondhand yang murah-murah sekarang. Model kereta yang murah tu, satu masa dulu dia mahal malah kereta mewah pada zaman tu. Jadi kereta kita yang beli mahal tu, beberapa tahun lagi akan jadi murah malah mungkin lebih murah dari baki pinjaman kita.

Kereta Honda saya beli lelong kastam cuma 9 ribu lebih saja harga, beli hujung tahun 2005, kemudian tahun 2008 beli Peugeot 405SR harga 5,500. Bukan saya tak berkenan kereta baru, tapi kena ukur kemampuan kita. Okey, masa tu ada kawan saya beli kereta baru dalam 60 ribu lebih, bayar bulan dia hampir RM 700. Jadi dia dah keluarkan duit 8400 setahun, kalau dah 5 tahun dia dah keluar 42,000. Kalau masuk muka dia bayar, dah lebih 48000. Dia sekarang dah mula rasa kereta dia tak berapa sedap dan dah mula nak tukar kereta baru. Bila ke kedai, kedai minta bayar dalam 5000 sebagai muka kereta baru untuk trade in kereta tu pada kedai. Ada untung ker rugi ?

Nak beli kereta baru belilah kalau dia ada kemampuan. Kalau gaji mereka tinggi, rumah pun dah ada, pakailah kereta mahal-mahal, tak ada salahnya. Tapi ramai juga orang kita yang tak berapa mampu tapi nak bergaya punya pasal, belilah juga. Jangan gitu, itu perangkap muflis.

Jadi Penjamin

Ada juga yang diistihar muflis sebab murah hati jadi penjamin kawan dia. Kawan tu sebenarnya bukan kawan tapi makan kawan, masa senang dipujuknya jadi penjamin, bila dah susah, dia taknak bertanggungjawab

Jangan Terjerumus Jadi Muflis

Bukan saya nak mengata sesiapa, ini nasihat saya walau ada sedikit pedas, terutama orang yang makan cili. Tidak dinafikan, semua yang terjerumus dalam hutang sehingga muflis ini adalah kerana perancangan kewangan dia tak berapa nak betul. Jangan salahkan kerajaan yang selalu naikkan gaji, dapat elaun rumah, elaun cola, elaun kritikal dan lain-lain, cukup bertuahlah tu. Tengoklah kawan-kawan kita yang bukan kerja kerajaan, adakah mereka boleh dapat apa yang orang kerja kerajaan dapat ?

Tempoh Bayaran Saman Trafik dilanjutkan 10 Hari Lagi

Tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas kini dilanjutkan selama 10 hari lagi. 

01 Mac 2011

Mahkamah Khas Rasuah, Bila Pula Mahkamah Khas Trafik ?


Tahniah kepada SPRM kerana tertubuhnya Mahkamah Sesyen Khas Rasuah yang memulakan operasinya minggu ini di bandar raya terpilih seperti di Johor Baharu, Ipoh, Seremban, Kuantan, Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Shah Alam. (menurut laporan akhbar beberapa hari lepas)

Saya yakin mahkamah khas itu juga akan membantu mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah di negara kita. Para hakim juga dapat memberikan lebih tumpuan kerana mereka lebih mengkhususkan kepada kes-kes rasuah saja tanpa kes yang berbeza.

Kes Trafik

Sekarang banyak kes trafik, yang angkanya jutaan kes dan meningkat dari hari ke hari. Kalau satu persatu kes ini dibawa ke mahkamah, pasti merumitkan. Jadi, tidak adakah cadangan untuk menubuhkan mahkamah khas kepada kesalahan trafik ? Kalau ada, pasti memberi kebaikan kepada semua.

Misteri Suara Perempuan Dalam Telefon Saya, Belum Terjawab

Semalam dalam jam 4.15 petang, di Angsana JB, saya sedang berbalas sms dengan seorang wanita, urusan kerja. Waktu itu, kawan saya lelaki telefon saya mengatakan dia tunggu dalam kereta di parking kereta. Saya jawab panggilan itu tapi bukan suara dia, suara perempuan.

"Ada di mana tu ?" Kata perempuan itu dengan ceria sambil gelak-gelak.

"Ada di Angsana". Kata saya.

"Buat apa Angsana". Tanya dia lagi.

"Beli buku sikit. Ini siapa yer ?". Jawab saya, sambil tertanya-tanya.

"Hehe, ini oranglah, mak orang, hehee" Kata perempuan tu.

Saya hairan dan semakin tertanya-tanya. Kemudian saya putuskan perbualan sebab rasa salah orang. Terfikir saya, kenapa perempuan yang telefon guna no tel kawan saya tu sedangkan dia seorang saja dalam kenderaan.  Terus saya telefon kawan lelaki saya tu, dia kata dia tunggu di parking sebelah wisma Hasil sekarang.

Dalam kereta, dia tanya saya, kenapa dia telefon,  perempuan yang jawab. Perempuan yang jawab ? Kan saya yang jawab. Dia kata dia sempat berbual sekejap dengan perempuan tu.

"Nak cakap dengan siapa yer, heheh". Kata perempuan tu.

"Ustaz ada ker ? Ini siapa ?" Kata kawan saya.

"Ini Ida, hehe". Kata perempuan tu. Kawan saya terus putuskan sebab rasa tersalah dail.

Rupanya dalam masa yang sama, saya bercakap dengan perempuan, kawan saya tu pun cakap dengan perempuan. Saya tengok semula telefon saya, tidak ada nombor telefon orang lain yang didail atau diterima. Kawan saya pun tak ada dail orang lain kecuali saya.

Suara siapa ?

Jadi suara siapa itu ? Saya syak mungkin perempuan yang saya sedang sms itu walaupun  suara itu lain. Saya rasa mungkin saya terdail nombor dia masa menerima panggillan tu. Saya hubungi perempuan itu, dia kata tak ada telefon saya dan saya tak telefon dia, cuma sms saja.

Malam tadi saya teringat lagi, suara siapakah itu ? Kekadang seram juga macam sebuah filem hantu yang saya tengok, pasal panggilan misteri dari telefon di sebuah rumah usang. Nak percaya pada cerita tu taklah, tapi seram sejuk juga malam tadi. Semuanya masih belum terjawab.

Rasa mungkin juga tersalah dail atau sistem talian terganggu. Tapi macam mana boleh jadi begitu yer ? Belum terjawab.