Tidur Yanti malam itu ditemani dan diselubungi airmata syahdu. Yanti tak tahu berapa titis airmatanya mengalir sehingga membasahi bantal dan tuala yang dikesatnya. Kawannya di katil sebelah mensyaki sesuatu telah berlaku pada Yanti tapi tidak menegur Yanti. Sekali fikir, Yanti menyesal datang ke JB untuk berkursus kalau inilah peristiwa hitam dapat di JB.
Yer, sukar Yanti menyembunyikan dendam cintanya pada Man walaupun sudah kira-kira setahun mereka terpisah dan dipisahkan. Tapi perpisahan ini tidak pernah diistiharkan oleh dua insan bercinta ini. Fikirannya sekali lagi berserabut kerana memikirkan tawaran bos lamanya di JB yang disampaikan oleh Azhar dan Tasim. Timbul semula kemarahan di hati Yanti kepada sesiapa yang bertanggungjawab menukarkannya dari JB ke Kuala Lumpur setelah dia selesa hidup di JB. Adakah ini tindakan abangnya Fuad atau Kamal, atau adakah ayahnya ? Dendam Yanti kepada mereka semakin membara dan Yanti tidak akan memaafkan mereka walaupun darah daging Yanti sendiri.
Yanti tak dapat agak, jam berapa dia mula terlelap setelah menangis semahunya. Akhirnya matanya terlelap juga, menutup tirai hari yang mencatatkan peristiwa hitam itu.
Keesokannya, Man terjaga awal dalam 6.00 pagi dan menunaikan solat subuh. Man menangis teresak-esak sewaktu solat itu, dia tidak dapat mengawal airmatanya. Dalam doanya selepas solat, Man menangis lagi semakin deras, sambil menadah tangan. Doa Man dalam bahasa Melayu mencurahkan segala isi hatinya kepada Allah yang Maha Kuasa.
"Ya Allah... Kau tabahkan hati hambamu ini ya Allah... Hambamu ini adalah insan yang kerdil yang perlukan pertolonganmu ya Allah...... Ya Allah, bantulah hidupku yang serba kekurangan ini. Selamatkanlah ibu bapaku, keluargaku, adik-adik ku ya Allah. Ya Allah, berikanlah ketabahan dalam hidupku menempuh segala kesusahan ini ya Allah.
"Ya Allah, hambamu selama ini sering leka dan alpa. Ampunlah segala dosaku ya Allah. Ya Allah, engkaulah tempatku berserah diri...Amin".
Man keluar bilik dan melihat adiknya sudah bangun dan solat subuh. Bilik Syira juga terang lampunya dan sekali sekala Man dengar Syira batuk. Dalam jam 7.00 pagi, Man keluar jalan kaki di depan sikit rumahnya untuk beli sarapan pagi. Makcik itu berniaga sarapan pagi depan rumah di taman itu setiap pagi. Man beli nasi lemak, mee dah kuih untuk adiknya sebelum Man meninggalkan adiknya di rumah, Man nak berkursus hari itu.
Hampir 7.30, Man masuk ke bilik pakai baju Melayu lengkap. Man dengar Syira ada di ruang tamu dan berkata sesuatu dengan Nizar. Man memasang telinga, mendengar apa yang diperbualkan mereka.
"Nizar, cepat! Kita balik kampung sekarang!". Kata Syira.
Nizar macam malas nak jawab, tapi lepas tu Syira ulangi sekali lagi.
"Cepat Nizar ! Pergi kemas baju ! Kita balik sekarang !". Kata Syira lagi.
"Taknaklah... Nizar nak duduk sini". Kata Nizar. Man terus dengar perbualan itu dari dalam bilik dan Man tak mahu keluar lagi.
"Kenapa taknak ? Nizar ! Kita datang sini pun kakak yang ajak. Ni kau dah sampai sini, taknak balik pulak". Kata Syira. Nizar terus diam dan baring lagi depan tv.
Man rasa ada satu yang tak kena dengan adiknya itu dan dia keluar dari bilik dengan pakaian Man baju Melayu. Syira terdiam bila Man ada. Man nampak Syira sudah siap dengan pakaian dan beg untuk balik ke kampung. Nizar pula masih belum mandi.
"Kenapa nak balik cepat sangat, Syira. Tunggulah dulu, tengahari atau petang". Kata Man. Tapi Syira tak jawab apa-apa. Malah, Man nampak reaksi Syira yang tak mahu bercakap dengannya.
"Rileklah dulu, baru sangat lagi kat sini. Kat kampung pun bukan ada apa". Jawab Nizar sambil duduk bersila.
"Yer, Syira. Kita pun tak sempat keluar shoping lagi. Abang Man ada hal sikit pagi ni, tak boleh bawak kau jalan-jalan JB. Nanti petang baru abang Man free". Kata Man seakan mahu memujuk Syira yang sudah masam mencuka itu.
"Tak, Syira nak balik sekarang! Tak apa, kalau Nizar taknak balik pun tak apa, Syira boleh naik teksi dan bas sendiri". Kata Syira.
Sambil itu, Syira mengangkat beg pakaiannya dan hendak menuju ke pintu depan serta merta. Man terus ke pintu dan menghalang Syira. Man berhadapan dengan Syira dan memegang kedua bahu Syira kiri dan kanan. Syira berhenti dan tidak kata apa-apa. Man tenung muka Syira, tenungan yang penuh dalam ertinya. Syira pula tunduk memandang ke bawah. Kemudian airmata Man gugur lagi. Man sedih kerana Syira tidak memahami perasaannya dan tingkahlaku Syira itu menambah tekanan pada dirinya.
"Syira.... Maafkan abang Man kalau abang Man ada buat salah pada Syira, maafkan abang....". Kata Man.
Suasana di dalam rumah itu senyap dan sunyi sepi. Man mula menangis, mula sikit, kemudian jadi banyak seperti budak kecil menangis. Hanya esakan tangisan saja yang menemani suasana dalam rumah pagi itu. Melihat keadaan sedih itu, Nizar berdiri belakang kakaknya yang sedang menangis itu dan meminta kakaknya duduk di sofa. Kali ini, Nizar juga tidak dapat menahan airmata, Nizar turut menangis. Nizar tahu apa pergolakan yang sedang berlaku yang berat untuk diselesaikan.
"Syira, Nizar... maafkan abang Man kalau abang salah." Kata Man sambil mengesat airmatanya dengan tangan. Semuanya senyap seketika.
"Okey, Nizar, kau baliklah sekarang, teman kakak balik naik bas. Nanti lepas ni boleh datang lagi. Makan dulu sarapan tu, nanti Man hantar kau berdua ke Larkin". Kata Man.
Nizar terpaksa akur sebab itu kata-kata abangnya. Lepas sarapan, Man hantar kedua adiknya ke stesen bas Larkin. Dalam kereta, Man dan adiknya sikit pun tak berbual. Man pasang radio kuat juga bila tahu seorang pun tak mahu berbual. Man faham, masing-masing ada perkara yang mahu dipertahankan dan melibatkan perasaan masing-masing.
Kursus di Hotel Seri Malaysia
Man tiba di Hotel Seri Malaysia Larkin dalam jam 8.10, kira sudah terlewat 10 minit. Man tergesa-gesa berjumpa urusetia, namanya Hafiz, Ustaz Hafiz.
"Maaf ustaz, saya terlewat tadi, ada hal penting". Kata Man pada Hafiz sambil termengah-mengah.
"Okey, tak apa, penceramah pun baru 5 minit masuk". Kata Hafiz.
Ceramah itu adalah Kursus Pra Perkahwinan dianjurkan oleh satu syarikat dengan kerjasama Jabatan Agama Johor. Man masuk ke dalam dewan dan duduk di belakang sekali sebab dia dah terlewat. Penceramah sudah memulakan ceramahnya dan Man tercari-cari seseorang wanita dalam kursus itu. Tapi Man tak nampak wanita itu dalam dewan. Wanita itu, tidak lain, adalah cikgu Syikin yang datang dengannya berkursus sejak semalam, tapi hari itu Syikin tak muncul. Man berserabut dan hantar sms pada Syikin tapi tidak berjawab.
Tumpuan Man pada kursus sudah hilang dan Man keluar seketika untuk menelefon cikgu Syikin. Malang bagi Man, panggilan itu tidak berjawab. Ustaz Hafiz memerhatikan Man menelefon tadi seolah-olah memberi isyarat supaya dia masuk ke dewan semula kerana ceramah sedang berjalan. Man masuk ke dewan dan sekali lagi memerhatikan seorang demi seorang peserta perempuan yang lebih 50 orang itu, cikgu Syikin memang tak ada, betul tak ada. Man jadi tidak tenteram kerana, mengikut taklimat Ustaz Hafiz semalam, kalau tertinggal satu ceramah saja, sijil kursus akan ditahan.
Jam 9.00 pagi sehingga 9.30, kursus berhenti minum sarapan pagi. Man segera bertemu ustaz Hafiz di meja urusetia.
"Maaf ustaz, kawan saya Syikin tak dapat hadir, bagaimana ustaz ?" Kata Man.
"Kenapa tak hadir ?" Tanya Hafiz.
"Tak tahulah ustaz, masalahnya saya telefon, dia tak jawab". Kata Man. Man terdiam seketika sambil tangan kanannya terus mendail telefon untuk meyakinkan ustaz Hafiz.
"Ustaz. Kalau kawan saya tak datang hari ini macammana ? Tadi dia tak masuk, slot selepas ini pun saya tak tahulah dia dapat datang atau tidak.... Kalau macam ni ustaz, saya pun taknak masuk kursus lagi, saya pun nak balik". Kata Man.
"Bawak bertenang, cuba selesaikan satu persatu. Kalau kawan encik tak dapat hadir kursus, nanti dia kena datang lagi ceramah yang dia tak datang. Tapi encik kena teruskan kursus, tinggal sikit lagi nak habis, sampai tengahari ni jer". Kata Hafiz.
Man akur juga dan teruskan berkursus seorang diri. Ramai peserta kursus lain nampak ceria berkursus tapi tidak bagi Man. Kursus kawin ? Yer, Man rahsiakan dia pergi kursus perkahwinan bersama cikgu Syikin. Yang tahu, cuma ustaz Khalil dan ustaz Khalil yang memintanya hadir kursus di situ Sabtu dan Ahad.
Apa kena mengenanya Man pergi kursus bersama cikgu Syikin ? Apa kaitan mereka berdua ? Adakah Man nak kawin dengan cikgu Syikin ? Persoalan ini belum terjawab....Man rahsiakan dan kalau ada orang lain yang tahu, mungkin ustaz Khalil saja yang tahu.
Tapi, kalau betul Man nak kawin dengan cikgu Syikin, ke mana menghilangnya cikgu Syikin pagi ini ? Dia terus tak datang kursus sehingga kursus tamat. Dah tentu dia tidak akan menerima sijil selagi dia tidak menggantikan 4 ceramah yang dia tak masuk hari itu pada hari lain.
Man tahu, punca cikgu Syikin tak hadir adalah kerana terasa hati yang amat sangat pada Man malam tadi di Angsana. Man tahu, betapa marah dan tak boleh terimanya cikgu Syikin apabila mengetahui Yanti adalah kekasih atau bekas kekasih Man. Man juga tak tahu apa kandungan sms yang adiknya Syira hantar pada Syikin malam tadi. Mungkin juga itu yang menyebabkan hati cikgu Syikin boleh berubah atau terguris.
Apa kesudahan cerita ini ? Bagaimana ? Betulkah Man nak nikah dengan cikgu Syikin ? Bagaimana pula cinta lama yang belum padam antara Man dan Yanti ? Bagaimana pula penerimaan Syira dan ibu bapa Man terhadap cikgu Syikin ?
KITA TUNGGU SAMBUNGANNYA EPISOD 69 NANTI