Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

13 Januari 2012

Mengadu Masalah Rumahtangga, Lepas Cerai, Jadi Isteri Kedua Lelaki Tu

Perempuan 30-an ada masalah dengan suami, macam-macamlah masalah yang diceritakan. Mengadu pula dengan lelaki suami orang 40-an. Lelaki ini kerja kerajaan dan kat taman tu dia ni kira orang yang dihormati juga. Masa mengadu dan cerita pasal suami dia tu, adakalanya dia ke rumah lelaki tu didengar sama masalah tu oleh isteri lelaki tu.

Maka lelaki dan isteri dia ni bersimpati sangatlah dengan perempuan ni. Selalu juga perempuan ni telefon dan sms masalah rumahtangga dia. Kiranya lelaki ini begitu ambil berat juga pasal perempuan ni. Lepas tu, perempuan 30-an ini bercerai apabila rumahtangga ini tidak berjaya diselamatkan.

Bila cerai, lelaki itu juga yang tolong daftarkan perceraian sebab katanya dia biasa berurusan dengan pejabat kerajaan. Jadilah perempuan ini, janda 30-an, anak dua, kerja swasta. Masa jadi janda ni, lelaki ini makin ambil berat, termasuklah persekolahan anak janda ni. Sesi persekolahan tahun 2012 ni, dia yang tolong daftarkan persekolahan anak janda tu, bagus betul lelaki ini.

Dalam 6 bulan menjanda, akhirnya mereka berdua bernikah senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Bukan apa, nak tolong janda katanya.

15 ulasan:

  1. kih-kih-kih.. !!

    itu kan namanya..
    buat baik ada makna..
    bak kata omputih..
    "They live happilly ever after"....

    xgitu.. ustaz..?

    BalasPadam
  2. macam-macam hal.. (",)

    awat kawin senyap-senyap tu.. kan boleh bawak bincang dengan isteri pertama.. (",)

    BalasPadam
  3. orang pompuan ni senang sangat mengadu hal rumah tangga kat orang kan...

    kalu x tahan sangat nak ngadu, ngadu la kat mak ayah ke, tok ke, nenek ke, makcik pakcik sedara terdekat dulu...

    tp x salah nak tolong janda, tp jgn sampai terabai yg sedia ada...

    BalasPadam
  4. bagus2.....suami org tolong janda....

    tapi sy rasa janda tu yg tolong laki org tu...

    ada banyak kes, bgm dgn janda yg nak tolong suami org yg tak bahagia dgn isteri sedia ada? isteri tak berterimakasih dpt suami baik, sanggup biarkan suami tak berduit mati kereta tgh jalan nak pi keja sebab duit minyak keta bini tak bagi...
    suami berhabis duit untuk famili & anak2, berhutang dgn kawan pejabat, dgn koperasi, dgn persatuan guru semata2 (nasib baik tak pinjam Along), kdg2 tak makan bfast dikantin kerana duit tak de.... atau masuk buku 35 dgn org kantin sekolah, pinjam duit merata dgn kawan2... bukan bini tak tau, tapi sengaja nak dera laki dgn alasan "itu ttgjwb suami"...

    sdgkan duit gaji suami habis & tak cukup utk bini & anak2 belajar...di IPT lagi... bini melaram mintak mcm2 diluar kepampuan suami...

    bini hanya tau berleter & menengking sampai suami selalu demam & sakit kepala... suami selalu sampai keja lambat sebab setiap pagi kena hantar bini yg tak reti drive (bini pun tak de kereta) & selalu lambat bersiap....(masa digunakn bilik air utk suami bersiap dgn anak2 = masa bini guna bilik air utk diri dia seorang bersiap)

    suami lah yg gosok baju untuk bini & anak2 setiap pagi, bini tak masak, suami makan sehari hanya sekali saja spy anak2 dpt makan, kdg2 suami mengadu kat staf pejabat & staf belanja dia mkn...

    kes dah teruk mcm ni, bila janda yg "berkemampuan" nak tolong suami ni, knp pulak si bini melalak berleter tak bagi?????

    janda tu lebih berjawatan, lebih berharta & tak nak apa2 pun dari suami, cuma nak teman sekali sekala....nafkah zahir pun tak perlu, rumah, kereta, insuran, saham, simpanan semua janda dah ada, maka salah ke janda nak tolong suami tu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau seperti apa yang tuan katakan, memanglah elok benar utk berpoligami... dapatlah meramaikan umat. Tapi biasanya yang banyak terjad ialah suami cuma pentingkan diri sendiri sahaja. Makan pakai nak disediakan, urusan anak-anak, makan pakai duit belanja dapur isteri uruskan. Suami cuma tahu bayar duit rumah, duit kereta. Bab hal ehwal belanja lain isteri uruskan, walhal itulah yang memeningkan kepala. Aptah lagi sekarang harga barang naik mencanak-canak. Suami cuma reti bajet utk rumah dan kereta sahaja. Bila nak minta tolong sikit buat kerja rumah katalah isteri membebel dan marah-marah. Walhal kerja itu semua patut dikongsi bersama. Kalau mampu apa salahnya sediakan pembantu rumah.. itukan tanggungjawab suami.
      Cuba fikir-fikirkan balik berapa ramai suami yang tahu betapa payahnya menguruskan hal ehwal rumah dan anak-anak. Wang ringgit, tenaga dan masa.. bagi seorang isteri memang tak mampu untuk menyediakan itu semua... tapi itulah ramai isteri yang melakukan. Kalau ada suami tolong, saya pasti jumlahnya tak ramai berbanding dengan isteri yang menanggung semua.

      SEdarlah para suami, jika anda mempunyai isteri yang keluar bekerja, sekurang-kurangnya isteri sudah tidak meminta wang untuk belanja membeli kotexnya sendiri.. itupun sudah menolong suami. jangan bila bab nak berpoligami sahaja ikut Rasullulah, Saiditina Khadijah, S. Aisyah. Baginda juga telah berpesan, jika tidak mampu cukuplah dengan seorang.
      Saya tidak anti poligami, saya lebih bersikap neutral tentang sesuatu perkara. Pengamatan saya tentang isu ini bila berlaku poligami, ramai isteri yang lebih kecewa, itu baru bab perasaan, belum lagi fasal belanja, nafkah anak-anak dll. Kerana itulah ramai wanita sekarang bekerja walaupun hanya sebagai cleaner, jual nasi lemak dsb semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup.. dan paling utama tidak bergantung pada suami. Kenapa? Mesti ada suami atau isteri diluar sana yang boleh jelaskan :-) peace no war!!

      Padam
  5. ramai staf di tempat saya ppuan berumur 40an & 50an tak kawin, berjawatan tinggi, ada rumah ada kereta ada semuanya.... ramai juga janda berkerjaya tinggi yg bercerai kerana mereka lebih yakin diri lebih baik hidup sendiri dari hidup bersuamitak bertanggungjwb ibarat besuami tetapi sama spt tidak bersuami...

    kedua2 golongan wanita ini lebih suka memilih poligami berbanding monogami krn mereka hanya mahukan teman yg halal & matang (yg matang biasanya dah jadi suami org & yg baik & bertanggunjwb)..

    mrk juga perlukan privacy, freedom dan tidak bergantung 100% dgn suami & tidak perlukan suami berada disisi mrk sepanjang masa...

    mrk adalah golongan yg tidak tamak kasih syg, sanggup berkongsi & tidak perlukan nafkah zahir dari suami, pendek kata sesuai dgn nikah misyar yg heboh diperkatakan dulu....

    nikah misyar sebenarnya berlaku banyak diMsia tanpa di declare sbg misyar tetapi itulah yg berlaku... ianya jika berlaku dikalangan pengamal poligami tidak menghairankan, tetapi di kalangan pengamal monogami juga... ini adalah hakikat... isteri2 yg menanggung & pencari nafkah rezeki anak2 & keluarga di mana suuami pula tidak bekerja sebab malas...

    dlm kes lain pula, ramai ppuan @ janda yg berfikiran terbuka yg hanya inginkan zuriat & tidak kisah jika perkahwinan tersebut tidak kekal & mrk rela bercerai cara baik asalkan mrk dapat zuriat krn mrk memang mampu menanggung anak2...

    saya harap ppuan melayu skrg (isteri2 ptama yg mana suami mrk kahwin lain dgn ppuan2 hebat ini) bukalah minda... zaman skrg jauh berbanding zaman ibu2 kita dulu yg tidak bekerja & berkelulusan tinggi...

    ppuan @ janda sekarang kalau jadi isteri ke2 @ ke3 mrk bukan nak rampas harta, ambik harta, tumpang senang @ sebagainya (kes ini benar bg artis2 muda yg kawin Dato sahaja2)... mrk hanya nak teman yg halal sekali sekala (poligami yg sesuai) yg dapat menghindar kehidupan mrk dari fitnah jika hidup berseorangan....

    kebanyakan mrk lebih berilmu agama & ingin mengamalkan amalan isteri2 Rasullullah, iaitu Saidatina Khadijah yg melamar suami (sebab mrk lebih berharta) & isteri2 Rasullah selepas Khadijah yg berkongsi kasih krn hanya dgn itu boleh mendidik hati mrk cintakan akhirat dari cintakan dunia...

    spt isteri Ustaz Aagym (penceramah Indon) yg dididik cintakan Allah melebihi cintakan suami...

    jadinya, ustaz2 yg hanya pandai berteori, bila lagi nak berpoligami????? ramai ppuan hebat ingin melamar ustaz2 termasuk Mufti Kluang? ada berani?????

    BalasPadam
  6. bagaimana pula dgn kadi kluang???? ada berani utk poligami????

    knp poligami dianggap negatif oleh masyarakat melayu .?? kerana kebanyakan contoh poligami hanya menunjukkan negatif sahaja.... sdgkan ustaz2 pun takut bini utk polgami... (jawapan klise ~"sayang bini")...

    cuba ustaz2 ni menunjukkan contoh poligami terbaik sebagai panduan masyarakat maka lama kelamaan org melayu akan nampak hikmah poligami ini.... spt mana amalan Rasullullah..... tapi bini2 ustaz pun cinta dunia daripada cinta akhirat... tamak kasih sayang & tidak mahu berkongsi suami dgn ppuan hebat2 yg ramai di luar sana... berkelulusan tinggi, berkerjaya tinggi & berharta..

    BalasPadam
  7. ishhh...ustaz2 bukan xnak poligami...bukan takut bini...bukan 'sayang bini'... bukan semua org nak poligami.. poligami ni tjadi bila allah dah gerakkan hati suami untuk jatuh kasih pd wanita lain... ada je lelaki2 yg x minat pd wanita lain selain istri... dah takdir istrinya seorang... bab hati perasaan ni mana bleh paksa2.. cuma bila ada yg poligami ni tunjukkan lah contoh yg baik... xkira lah ustaz @ bukan ustaz

    BalasPadam
  8. aikkk... knp tang ni pandai pulak menjawab "dah takdir isterinya sorang".....

    sama la kes kalu suami poligami dia jawab "dah takdir dia nak jatuh cinta lagi" @ "dah takdir dia dipilih Allah utk berpoligami"....

    sama kes juga bila iateri ke2 @ ke3 kata "dah takdir kami jadi isteri ke2 @ ke3".....

    kdg2 semua org tak kira suami / isteri boleh mberi pelbagai jawapan atau alasan masing2...

    maka terima sajalah takdir Qada & Qadar Allah... cuba muhasabah diri, bersabar dan cari hikmah setiap kejadian...

    bukan masalah "tak kiralah ustaz @ bkn ustaz"...persoalannya tak de contoh ustaz2 @ tokoh2 agama yg boleh diharap mejadi ikon mengamal poligami di msia abad 21 ni...hatta yg jutawan pun tak berani berpoligami....

    saya mendidik anak2 lelaki saya, belajar rajin2, bekerja kuat, bina kekayaan & kejayaan, jadi hartawan & dermawan dan berpoligamilah... rugi org lelaki juka mampu beli 4 biji rumah, 4 biji kereta tetapi isterinya seorang!!!

    BalasPadam
  9. seorg isteri jer dah memungkinkan berdozen2 dosa isteri dan anak yang kena ditanggung oleh suami... apatah lagi 2,3 isteri plus anak2 mereka2 nanti..

    Sebab tu la ramai ustaz2 takut..
    takutkan dosa..

    BalasPadam
  10. Kadang2 kesian kat istri yg kurang fahm agama... Keras kepala pula.... Tanggungjawab diabai... Terhadap suami dan fardhu ain diri sendiri... Bila suami terangkan katanya suami tiada hak tentukan dosa pahala dia... Akhir nya apa yg patut suami buat....? Tlg komen skit

    BalasPadam
  11. Bila suami dah rase tidak boleh lg utk membentuk istrinya bagaimana? Bab solat.... Layanan tuk suami ikut mod selalunya tanpa ikhlas dan rela hati.... Suami tertekan mcm si suami sahaja yg ade naluri utk bersama... Kdg suami terasa amat sedih.... Knp lah istriku tdak memahami kewajipannya.:.... Bercakap kasar.. suami pulak yg merayu2 meminta bersama.... Wajarkah sisuami melepaskannya... Adakah sisuami itu bersifat kejam krn melepaskan krn sisuami merasa kasihan atas dosa istri yg terpaksa di tanggung krn ikatan berumah tangga... Dan suami x sanggup lg menanggung dosa atas kegagalan mendidik istri:.... Mohon pandangan ustaz....

    BalasPadam
  12. Salam.... Uztaz bagaimana hukum nya jika si suami menceraikan isterinya kerana si suami terseksa batin lantaran kehendak batin sisuami sering tidak di penuhi.... Suami sudah bersabar dan cuba utk memahami istrinya selama hsmpir 5 tahun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maknanya anda telah berputus asa mendidik isteri anda? Berdoalah selalu dan bersabar... Komen ustaz bagaimna?

      Padam

Dipersilakan komen.