Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

23 Februari 2012

Khalwat Dengan Bini Muda Dari Bandung

Selepas mendapat aduan satu kes maksiat, penguatkuasa membuat pemeriksaan di sebuah rumah pada sebelah petang. Hasil pemeriksaan, mendapati seorang lelaki umur 40-an, seorang eksekutif swasta dan seorang perempuan warga Indonesia 20-an.

Pasangan mengaku sudah bernikah di Bandung, Indonesia beberapa bulan lepas. Bagaimanapun, siasatan diteruskan oleh penguatkuasa untuk mengesahkan dakwaan pasangan ini. Setakat pengakuan dan dokumen, belum tentu dapat terus diterima untuk melepaskan pasangan ini dari kes khalwat.

Lelaki ini dari sebuah daerah bersebelahan Kluang. Dia sudah punyai isteri 30-an dan beberapa orang anak. Hampir setiap hari lelaki ini berulang alik dari rumah ke tempat kerja yang memakan masa kira-kira sejam. Bagaimanapun, sejak sebulan dua ini, lelaki ini sudah jarang balik kerana katanya selalu  kerja 'overtime'. Rupanya dah nikah senyap-senyap.

Cerita lain Pula Pasal Nikah Perempuan Bandung (KISAH 2)

Teringat saya satu kisah, seorang lelaki 71 tahun, peniaga bernikah dengan seorang wanita 20-an di Bandung, Indonesia. Lelaki ini sudah punyai isteri 60-an, anak dan beberapa orang cucu. Mula-mula nak kawin memang isteri dia bantah tapi dia kuatkan semangat.

Selepas saja bernikah, dia buat pengistiharan di rumah dia, di depan isteri, anak dan cucu dia yang dia dah nikah dalam satu majlis tahlil di rumahnya. Majlis tu asalnya majlis tahlil arwah, tapi kemudian bertukar pada majlis pengistiharan.

"Lepas tu isteri dan anak-anak macam mana ?" Tanya saya.

"Mulanya saya terus beri amaran pada anak lelaki, supaya jangan buat kecoh dah bergaduh. Saya paksa anak saya terima". Katanya.

Ceritanya macam pelik, kenapa sampai perlu beri amaran macam ni ? Lepas tu, barulah saya dapat fikir yang bapa dia seorang yang garang pada anak-anak dan anak-anak tak boleh cakap apa atau lawan cakap bapak dia. Lepas tu dia kata, isterinya macam manapun, kenalah setuju.

"Isteri pun dah tua ustaz.... dia pun pikir, nak gaduh-gaduh pun tak guna. Akhirnya terima jugalah dia dimadu. Tapi nafkah pada isteri tak pernah diabai, anak-anak semua dah kerja". Katanya lagi.

Beza Anak lelaki dan Perempuan

Penerimaan anak lelaki dan perempuan kalau bapa dia nikah lagi cukup berbeza. Banyak kes yang dah saya jumpa, kalau anak lelaki biasanya dia buat tak kisah saja. Kalau marah pada bapa dia pun, dia tidak nampakkan kemarahan dia. Tapi kalau anak perempuan, biasanya menyebelahi emak dia, kalau emak dia menangis, anak perempuan turut menangis. Ada pulak, anak perempuan yang lebih-lebih dan manghasut emaknya supaya menyerang mak muda dia.

Jadi, kepada sesiapa yang ada hajat nak tambah cawangan, kalau ramai anak lelaki, maka peluang nak nikah lebih tu luaslah sikit....hehehe.

Satu lagi Cerita Pasal Nikah Dengan Perempuan Bandung (KISAH 3)

Lelaki 40-an seorang pegawai kanan kerajaan bernikah senyap-senyap dengan perempuan Bandung 20-an. Katanya, dia kenal perempuan tu di sebuah hotel masa ada lawatan kerja di sana. Sejak perkenalan itu, mereka selalu berhubungan melalui FB dan telefon. Berkenalan beberapa bulan, akhirnya mereka bernikah. Lelaki ini sudah ada isteri yang juga pegawai kerajaan dan beberapa orang anak.

"Saya pun tak tahulah ustaz, ini sudah ditentukan ke atas diri saya. Saya pun tak sangka sampai boleh bernikah." Ceritanya.

"Barulah saya tahu yang jodoh ini kalau sudah datang, susah nak halang. Bila keinginan, susah kita nak tepis". Katanya lagi.

Sampai sekarang dia rahsiakan pernikahannya. Tapi persoalan saya, bagaimana satu hari nanti pencegah maksiat serbu rumah dia ? Waktu itu jangan salahkan sesiapa sebab dia rahsiakan dari sesiapa. kalau dah kena serbu nanti, proses siasatan dan soalsiasat bukanlah sikit. 

Kisah Baru Nak Nikah di Bandung (KISAH 4)

Kawan saya 30-an, sudah ada isteri, baru nak bernikah dengan perempuan dari Bandung. Oleh kerana dia baru nak bernikah dan belum nikah lagi, saya tak mahulah cerita lebih kat sini. Cuma satu saja yang saya nak cerita, bila dia kata pada saya.

"Perempuan Bandung ni cantik-cantik ustaz...." Kata dia sambil ibu jari dia tunjuk isyarat "good". 



16 ulasan:

  1. Memang bestlah cerita ni....Tahniah ustaz, teruskan menulis.

    BalasPadam
  2. salam.. ustaz...

    Quote:..
    Sampai sekarang dia rahsiakan pernikahannya. Tapi persoalan saya, bagaimana satu hari nanti pencegah maksiat serbu rumah dia ?

    & tentunya disusuli dgn soalan kedua...
    bagaimana pula suatu hari nnt..
    pertemuan antara dua madu tersebut..
    di wad hospital.. sewaktu si suami sedang nazak..
    atau baru meninggal.. rumah/kereta/pencen..
    atas nama siapa ?

    BalasPadam
  3. Kesian isteri pertama yg tak cantik, atau masa mula2 kawin cantik bila umur meningkat, dah beranak pinak, tolong cari duit sama2, lama2 dah berkedut sikit & tak cantik, suami cari yang cantik.
    Malang, malang, & sedihnya.

    Mungkin suami selalu dengar diceramah2 ttg sabda Nabi saw klu nak pilih isteri pilih yg beragama mengatasi yg cantik, kaya & keturunan, tapi bila praktikal, yg cantik juga yg jadi keutamaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 lelaki kahwin lain bukan kerana cantik..

      Padam
    2. Member ustaz yg kisah ke 4, tu sebut 'cantik, cantik'. Anon tu rujuk kat yg tu le.

      Tapi biasanya sbb tak mengancam lagi. Esp setelah bersalin beberapa kali (klu bersalin ciserian ok). Belikan le jamu kacip fatimah, manjakani & madu utk isteri pertama tu! Kesian dia, nak jaga kesihatan utk suami, suami tak beri duit. Last2 tak dapat menawan citarasa suami, dapat madu asli.

      Padam
  4. Bukan tak cantik...tapi dah tak cantik

    BalasPadam
  5. Salam Ustaz,

    Saya kesian melihat isteri saya membuat kerja2 rumah, menjaga anak (5 orang), mencuci pakaian, memasak, mengosok dll.

    Jadi saya "memohon kebenaran" dari isteri untuk mencarikan "kawan barunya" membuat kerja-kerja rumah yang membebankannya. Dengan tenang isteri saya "tidak meluluskan permohonan" saya dengan disokong oleh 3 orang anak perempuan.

    Oleh kerana tiada kebenaran, maka saya, sebagai suami yang baik, saya akur dan menerima keputusan "penolakan permohonan" saya.

    Alhamdulillah, isteri saya tak merungut lagi tetang kerja-kerja yang dibuatnya untuk kami.

    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ke nanti 'kawan baru' isteri pertama bila dah lahirkan anak2, buat kerja2 rumah dll, dia pun akan penat? Ko carikan dia pulak 'kawan baru' . Begitu le seterusnya. Tak habis2.

      Lantak mu le. Mu pun banyak harta.

      Padam
  6. apa la org melayu ni... tak abis2 dgn isu remeh temeh... yg smuanya bpuncan bab hati yg tak bersih .. bnyak sgt mahmudah...

    saya ibu tunggal, ada 4 anak dah besar semua di IPT... lebih 15 thn hidup sendiri sebab nak fokus besarkan anak2... ramai yg nak jadikan sy isteri ke2 dan janji macam2 spt rumah, kereta dll.....

    semuanya sy tolak sebab sy dah ada semuanya, jwtan, rumah, kereta, anak2.... etc...

    sy nak jadi isteri ke3, jika ada mana2 lelaki yg "tak bahagia" dgn kedua2 isteri yg "tak bersyukur" punya suami & selalu bergaduh, maka bolehlah fikir spt P Ramlee.. Madu 3..

    saya tak mau org bujang, sebab tak matang & tiada pengalaman hidup berkeluarga...samada bujang muda @ terlajak...

    saya mahu suami org sebab ada saingan utk jadik isteri "terbaik" & "solehah"...

    saya tak perlu suami tanggung nafkah sebab saya tau kbanyakan lelaki poligami tak mampu....

    dia tak perlu bagi saya apa2, cuma bila sampai giliran saya perlukan teman & hilangkan rasa sunyi, kami boleh berjumpa secara sah & halal di mana2 yg suami perlukan... semuanya perbelanjaan setiap kali pertemua adalah atas tanggungan saya...

    tak timbul isu, sy nak harta dia, suami tak mampu atau sbgnya.... niat sy nak masuk Syurga Allah nanti dgn menjadi isteri yg solehah bg suami sy....

    sy akan berusaha menjadi tempat di mana suami ini boleh mententerakkan jiwa & sebagai alternatif escapism / hideout suami ini dari leteran/bebelan isteri2 yang tidak bersyukur mempunyai suami baik yg sanggup berkorban apa saja utk keluarganya...

    maka jika ada yg berani di luar sana, balaslah komen ini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kalanya apabila isteri sudah berumur dan mempunyai cucu-cucu maka terabailah suami yang tersayang . Lelaki walaupun dah berusia masih lagi mempunyai keinginan nafsu sex dan belaian kasih sayang dari isteri.

      Maka tidak hairanlah kita dapati umur 60,70 kahwinlagi bagi bagi melayani nafsu sex dan kasihsayang DENGAN CARA YANG HALAL ..dan teselamat lah dia dari melakukan dosa ......
      By Asuhan

      Padam
    2. Apa yg anda cakap,betul.Lelaki kawin nak, tapi bukan tak mampu, tak pernah cukup. wang ada banyak mana pun, memang tak pernah cukup.
      Susah nak cari ibu tunggal mcmni, tak nak duit,tanah nak harta,kereta,rumah cuma sekadar hanya mencari teman yg halal saja. baguslah awak ni. Dalam seribu, tak ada satu pun bagus mcm ni.awak Tinggal dimana?

      Padam
    3. takuut....ha ha..

      Padam
    4. Umur saya 43 sudah kawin mempunyai 3 cahaya mata ,teringin juga nak kawin lagi satu sebab nak rasa nikmatnya.

      Padam
  7. saya juga janda tapi saya tiada anak... awal 30an... berjawatan tinggi & mempunyai segalanya kecuali suami....

    ramai bujang terlajak dan suami org maukan saya tapi spt biasa mcm2 hal yg menyebabkan sy menolak permintaan mereka....

    alhamdulillah saya tak terdesak sebab sebagai perempuan berkerjaya saya & educated, saya bijak mengurus cara untuk hidup bahagia & tenang...

    hidup yg memerlukan keseimbangan keperluan dunia & akhirat menjadikan saya antara contoh janda2 yg bersikap terbuka dlm soal memilih teman hidup...

    bangkitlah melayu, jika Saidatina Khadijah (janda 2 kali) meminang Rasullullah, knp saya tidak boleh buat spt itu??

    saya perlukan zuriat & utk itu sy hanya perlukan seorang suami yg mempunyai ciri2 & baka keturunan yg baik, tak kira suami org .... saya tak perlukan nafkah jika bakal suami tak mampu krn dia ada tanggungan lain... jika selepas dapat anak, isteri suruh cerai (maklum isteri pertama kan selalu runtuhkan masjid, mcm lah suami tu hak mutlak dia..) saya pun boleh redha & terima krn saya hanya perlukan zuriat....

    krn sy islam, sy tak boleh ikut Angelina Jolie yg ada anak luar nikah & hidup bahagia dgn Brad Pitt (kerana takutkan komitmen sbg suami isteri), say juga tak boleh guna "bank sperma" dan lain2 cara yg diamalkan oleh Barat dlm menangani isu ppuan yg hanya nakkan zuriat krn mrk telah memiliki segalanya dlm hidup....

    jika ada yg berani berfikir & bertindak di luar kotak (out of the box) & guna konsep "reverse" (reverse psychology, reverse engineering, reverse osmosis etc) maka balaslah komen ini...

    BalasPadam
  8. sy ingin berkongsi cerita saya...

    sy juga ppuan berkerjaya yg telah menjadi isteri ke3 kpd suami saya.... masyarakat tmasuk ibubapa sy tidak faham knp sy memilih dia ...

    sy anak ppuan sulong dari 3 beradik, kedua2 adik beradik saya dah berkahwin, bapa sy orng kuat masjid dah pencen tapi terlalu memilih & tak setuju dgn semua bakal2 suami saya... mrk memilih saya tidak..

    maka saya kahwin lari di Siam...walaupun sy tau suami sy ada 2 isteri....

    suami sy bekerja sendiri... hidup susah sebab kedua2 isteri bergaduh & tak tenteramkan jiwa, sy banyak bantu suami dgn bantuan & pinjaman kewangan, sy menantu kesayangan mertua sy, isteri2 1 & 2 berpakat suruh suami ceraikan sy, bapa sy pula tak terima saya....

    semuanya krn cinta dunia... bapa sy diuji krn terlalu memilih, isteri2 suami saya diuji kerana selama ini berleter & membebel serta masing2 tak redha dgn suami & tak bersyukur punya suami, maka saya hadir untuk menjadi penyelamat....

    sy ingin abadikan hidup sy untuk jadi isteri solehah, bapa saya kena memahami kehendak saya, saya sayangkan suami saya yg hidup terseksa dgn perangai & tindakan ister2 1 & 2... tiada ketenangan...

    sy penyelesaian masalah sbg penstabil spt sarimah dlm Madu 3.... sy kena jadik lebih cerdik dari watak Sarimah.. itu cabaran saya... sebab saya terpilih & dipilih oleh Allah utk menjalani kehidupan spt isteri2 Rasullullah yg 9 org yang berkongsi suami..

    isteri2 Rasullullah berkongsi 9, knp ppuan melayu berkongsi 2 pun macam dunia nak kiamat??????....

    BalasPadam
  9. saya lihat kbanyakan ustaz @ sesiapa saja agak payah menerima pandangan yg LUARBIASA, yg lain dari kebiasaan...

    kbanyakan pemilik blog terutama yg bersifat "agama" tidak berani meyiarkan komen yg mengutuk @ yang membina @ yg memberi pandangan berbeza dari biasa... mrk hanya cenderung menyiarkan komen2 berunsur puji2an, kata2 penghargaan juga yg berbentuk lawak ... (lawak bodoh lagi)...

    ini berbeza dgn pemilik blog cerdik pandai spt Tun DR Mahathir yg menyiarkan semua samada yg memuji, atau komen yg melampau2 mengutuk negarawan itu....mrk adalah org yg sgt telus....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.