Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

04 Mei 2012

Suami Orang 54 Tahun Ditangkap Bersama Gadis 27


Lelaki umur 54, perempuan umur 27. Maknanya separuh dari umur lelaki tu iaitu 27 X 2 = 54. Lelaki dah ada isteri dan 6 orang anak. Katanya, dia dengan isterinya tiada masalah tapi sengaja cari masalah pula. Dia bekerja sebagai kakitangan kerajaan pula tu, pasti bertambah masalah selepas dia ditangkap.

Pasangan ini ditangkap di sebuah hotel lebih kurang jam 3.50 petang oleh pasukan penguatkuasa Jabatan Agama. Waktu ditangkap, hanya mereka berdua saja dalam bilik itu yang berpakaian lengkap apabila pintu dibuka. Tapi apa nak dijawabnya nanti, apa-apa hal hanya mereka berdua saja dalam hotel itu dan pintu berkunci dari dalam sewaktu penguatkuasa datang.

Perempuan pula masih anak dara dan tidak bekerja. Katanya pasangan ini dah merancang nak nikah. Kiranya nak berpoligamilah ini tapi sebelum nikah dah kena cekup pencegah maksiat. Tapi katanya isteri lelaki itu tak restu suami nikah lagi dan entah-entah perempuan tu kena cili mulut bila jumpa isteri lelaki tu nanti.

8 ulasan:

  1. Berani buat berani tanggung..
    Kata P. Ramlee, mesti pandai (jadi) penipu, mesti pandai (jadi) pembohong dalam Madu 3.

    BalasPadam
  2. pandai ustaz buat kira2..
    Lelaki umur 54, perempuan umur 27. Maknanya separuh dari umur lelaki tu iaitu 27 X 2 = 54.

    sy pulak nak tambah skit... heheh..
    waktu pemuda/lelaki tu berumur.. 27 thn...
    bayi/ppuan tu.. baru lahir...
    tali pusat baru lepas potong...
    berusia... xsampai pun 1 hari..
    kihkihkih !!

    BalasPadam
  3. Macam suami saya dulu dgn perempuan muda yg tak berkerja tapi hidup mewah hasil lendir berzina dgn suami saya. beza umur 25 tahun. yg peliknya..bapa perempuan tu seperti redhai dan bapanya keje sebagai tukang masak di restoran kami. alhamdullilah kami dah bercerai dgn izin Allah, dia terlepas talak. lepas tu gila meroyan nak balik semula. menyesal konon!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dugaan....
      ini la yg dikatakan...
      antara liku2 "itam putih kehidupan"...

      Padam
  4. terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan tindakan & undang2 telah menunggu..saat penyesalan ketika itu tidak boleh dikira bukti untuk menang dalam perbicaraan..kembali ke Allah untuk bertaubat..

    BalasPadam
  5. itu lah hikmahnya ALLAH izinkan poligami... untuk hindarkan manusia bergelumang di dalam zon lendiran zina.

    apa yg penting hidup ini hanyalah sementara, segala2nya adalah ujian utk iman kita. sama2 lah kita bertolong tolongan dalam usaha mencapai keredhaan ALLAH.

    BalasPadam
  6. Isteri juga kena faham apa tugas utama.
    Layan le sex suami wlu dah tua atau tak de mood sbb dah monapos. Pakai seksi2, solek cantik2, macam heroin dlm filem hindustan. (ketika dlm bilik aje le).

    Selain tu isteri kena tau mengaji. Mengaji sedap2 depan suami.

    ok tak petua nenek moyang aku ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sgt cdagn tu.... asyik2 bila kes khalwat yg salah suami org tu & pasangannya...
      hukuman atau denda tak beri pengajaran... patutnya beri peluang mereka nikah spy hubungan mrk halal....
      slalu isteri ptama masih tak nak bercerai atau masih mengaku syg suami wpun dlm masa sama memberitahu 1 dunia keburukan suaminya & mempersendakan suaminya jika suami & pasangan tertangkap khalwat....

      Padam

Dipersilakan komen.