Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

26 Oktober 2012

Aksi Cemas Lembu Korban Terlepas

Tadi, dalam jam 6.15 petang, saya ke Pantai Pandak, Cendering, Kuala Terengganu. Sempat saya merakam gambar semulajadi menarik seperti di atas. Tiba-tiba nampak aksi kejar mengejar, rupanya beberapa pemuda bermotosikal dan berlari, kejar seekor lembu jantan. Ini mesti lembu korban, fikir saya.
 
Lembu ini menggemparkan orang ramai yang ada kat situ. Pusing keliling lembu ni nak lari tapi tak boleh. Lembu ni masuk kat hutan sekejap, lepas tu keluar semula sebab lembu ni tahu itu bukit. Lembu ni nak ke pantai, tak boleh, ada laut.
 
Ramai juga yang tolong kejar dan kepung naik moto. Saya pun sama dan beranikan diri untuk ambil gambar. Satu gambar ini, saya betul-betul di depan lembu dan dia meluru ke arah saya. Bila dah dekat, saya lari sebelah kereta.
 
Masa itulah seorang lelaki ini berjaya ikat leher lembu ini. Kira memang profesional betul orang ni. Yer ler, dia kerja ternak lembu atau jaga lembu, mesti dia tahu. Berjaya juga lembu ni ditangkap. Mesti untukkorban esok atau lusa.

2 ulasan:

Dipersilakan komen.