Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

21 November 2012

Cerita Kereta Lelong Kastam: BMW (Episod 13)

Masa member saya naik atas pegi ambil borang tadi, saya dok pasang angan-angan. Wahhhh... seronoh pakai BMW walaupun bukan baru dan bukan mahal macam orang lain. Yang penting tu BMW jenama terkenal. Begitulah angan-angan saya.

Saya tersentak dari lamunan yang seakan terlelap melayan sejuk aircond kereta tadi. Terjaga bila member buka pintu sebelah pemandu. Saya nampak member tu dalam keadaan cemas, macam kena kejar lembu pun ada.

"Alamakkkkkkk...." Kawan saya tu mengeluh panjang.

Hairan juga saya, kenapa yer ?..... Rupanya hari ini adalah tarikh tutup lelong. Maknanya dalam lebih kurang 15 minit saja lagi lelongan akan tutup. Mana boleh kautim dah kalau ini macam. 15 minit mana sempat, nak buat bank draf kat bank lagi, bank bukan dekat. Lepas tu nak pusing balik dan hantar borang dah makan dekat satu jam, mana boleh siap.

"Tadi saya nak mintak borang, orang kastam macam hairan. Rupanya hari ni tarikh tutup. Orang kastam nak tolong juga tapi bila orang kastam tanya ada ker tak bank draf, saya kata belum buat. Jadi kastam tak boleh tolonglah...." Cerita kawan saya tu.

Saya Terima Ketentuan Itu

Ermmmm.... daripada angan-angan melangit nak dapat BMW, terpaksalah lupakan saja. Tapi tahulah apa perasaan saya waktu tu, macam kita mengorat anak dara tapi rupanya anah dara tu dah bertunang, begitulah perasaan saya waktu tu. Tapi apakan daya, kita hanya merancang, Allah menentukan.

Ada Hikmah Disebaliknya

Saya sedar dan menyorot kembali kenangan silam. Yer betul... kita ini manusia, mana pernah rasa puas. Dulu kita tak ada harta, jawatan, pangkat. Tapi bila kita sudah ada itu semua, kita tetap tak akan puas. Ibarat saya dulu dapat kereta Honda dari Kastam dan masih baik, cantik dan laju, tapi tetap tak akan puas. Mengorat BMW pulak konon... tapi akhirnya tak kesampaian.

Alhamdulillah juga ini berlaku dan saya anggap ada hikmah disebaliknya. Saya mula terfikir, kalau saya pakai BMW tu yang pada zahirnya lebih gah dari Honda saya tapi kita tak tahu hati dan budi BMW tu. Jantung dia macam mana, buah pinggangnya, tekanan darahnya, kencing manisnya, semua belum kita tahu. Saya cuma lihat luarannya saja, yang dalaman belum tentu.

Kalau kita manusia nampak sihat, makan banyak, muka hensem, tapi ada yang mati mengejut kerana sesak nafas. Rupanya kena serangan jantung secara tiba-tiba. Begitu jugalah kereta, kita belum tahu sangat. Kereta ini entah apa cengkadak dia, berapa lama tersadai, kenapa dia tersadai dan apa penyakit dia. Sedangkan isteri pertama saya, saya dah kenal malah saya dah ulik dia beberapa tahun. Tahu kerenah dia, angin pasang dia, tekanan darah dia dan bila masa dia suka mintak duit saya.

Jangan Kecewa

Kepada rakan-rakan saya yang banyak bertanya pasal lelong ni pada saya melalui email dan FB, saya nak beri nasihat sikit. Semoga nasihat ku ini dapat memberi pengajaran kepada hidup mu, Combi.(seperti nasihat Kasim Selamat)

Iaitu, jangan putus asa kalau kita tak berjaya. Sebaliknya anggaplah kegagalan ini sebagai motivasi diri. Begitu juga dalam tulisan saya berkaitan lelong rumah, saya pernah frust menonggeng dan tekup bantal kat kepala. Tapi itu hanya sementara, berkat kesabaran saya, saya akhirnya berjaya mendapat yang lebih baik dari itu selang beberapa bulan selepas itu. Alhamdulillah...

...BERSAMBUNG KE EPISOD 14klik sini

10 ulasan:

  1. Perumpamaan yg best..! "macam kita mengorat anak dara tapi rupanya anah dara tu dah bertunang", maksudnya frust menonggeng. Hahahahahaha

    BalasPadam
  2. frust menonggeng!!

    BalasPadam
  3. Saya amat seronok baca pengalaman ustaz, banyak pengajaran tentang lelong.Lebih 3x khatam ni... sbb nk bagi paham betui2.Saya nak tanya ustaz pernah try kereta lelong bank tak? klau pernah share la sma...tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bank kena tanya org bank sebab terlalu byk perubahan syarat dlm beberapa tahun ni. Sy suka masuk tgk lelong kereta bank tapi xpernah angkat.

      Padam
  4. Hahahaha... lawak, lawak, lawak. Ustaz ni memang pandai menulis dan buat lawak. Haha.. ada saja lawaknya.

    BalasPadam
  5. ustaz sekarang ni byk keta bmw yg ustaz nk tu di lelong kastam selangor x try masuk ker? cma nk tya berbaloi ke klau bli kt negeri lain.

    BalasPadam
  6. Saya tahu byk bmw tengah lelong kat Selangor. Tapi nampak byk suv yg mahal punya. Mula rasa nak try tapi fikirkan, beli kereta ni kita tak pernah puas, tak jadi sy masuk. Tapi sapa yg minat bole cuba letak harga baik punya, mana tau rezeki kita dpt. Soal jauh takpe, jgn sabah sarawak d lgkawi sudah. Upah tarik dari selangor ke johor dalam rm300 tak mahal. Yg lelong kat johor lak kali ni byk lori, bukan sy ada syarikat lori nk masuk lelong.

    BalasPadam
  7. sya ingat nk msk tender ada yg bkenan! cma nak letak harga ni kira camna sbb sblum ni penah msk tender letak harga 2xganda dr harga diberi xdpt gak? mungkin xda rzeki,klau ustaz ada panduan skit...bleh kongsi? tima kasih....

    BalasPadam
  8. ustaz sy nak beli kereta kancil je,ada jual tak saya budak baru dlm dunia kereta ni bajet ada 5k saja

    BalasPadam

Dipersilakan komen.