Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

09 November 2012

Entah Macam Mana Isteri Boleh Tahu Dia Dah Nikah (Episod 2)


Si suami tersenyum sendiri sambil sedawa turun ari lif kondo menuju ke kereta. Sebab apa senyum ? Yer le, baru lepas jumpa isteri muda. Tadi dia pesan kat isteri pertama, dia balik lewat sebab bos dia suruh buat kerja luar. Lega rasa dalam hati, aktiviti dia lepas kerja ini tidak dihidu isteri tuanya. Sebenarnya, dari pukul 5 lepas kerja hingga jam 6.30 petang, suami menggilap isteri mudanya.

Terkantoi

Sampai saja kat kereta, dia tekan saja alarm kereta, terdengar isteri dia jerit. Pandang ke sebelah kiri kat kereta orang lain, rupa-rupanya isteri dia dengan seorang lelaki. Lelaki itu pula adalah adik ipar dia. Mampusssss kali ni.....

Tak sempat dia kata apa-apa, isteri dia terus serang dan pukul dengan beg tangan beberapa kali. Adik ipar dan pengawal keselamatan memerhatikan saja. Bila dah kecoh, ramai lagi orang situ perhatikan, sampai si suami naik malu.

Suami sampai dah tak boleh kata apa.

"Sabar ayang, sabar....". Itu jer yang dia dapat kata.

"Ooooo... awak cakap ada kerja ada kerja, rupanya awak ke rumah perempuan sundal ni....." . Kata isteri dia naik angin.

Malu muka betul si suami, sampai tak boleh sorok kat mana.

"Saya nak awak ceraikan saya, awak ceraikan saya sekarang !" Kata isteri dia.

"Sabar ayang, sabar, kita bincang kat rumah... malu orang tengok". Kata suami.

"Oooooo malu yer. malu ! Awak ni muka tak malu. Suami tak malu, penipu !". Kata isteri.

Diringkaskan cerita, suami start kereta dan balik ke rumah seorang diri. Rumah dalam 15 km dari situ. Dalam kereta tu, suami dok fikir, apalah akan jadi kat rumah nanti. Mesti lagi gempa bumi dibuatnya.

Tapi suami ada idea, dia suka tengok cerita Madu Tiga dan suka baca Blog Kadi Kluang walaupun dia tak pernah jumpa dan tak pernah kenal Kadi Kluang. Dia ingatkan semula, apa lakonan P.Ramlee, tapi kalau dia buat tu, mesti isteri dia tahu sebab isteri dia pun peminat P.Ramle. Tapi dia tahu, blog kadikluang isteri dia tak pernah baca.

Hasrat nak balik rumah tak jadi, tapi dia singgah kedai mamak dulu, cari idea sambilminum teh tarik. Ini jangan main-main punya, boleh mati jadinya ni kalau tak kena gaya.

BERSAMBUNG KE EPISOD 3


7 ulasan:

  1. amboi...dah macam cerita madu tiga versi carpen pulak. :)

    BalasPadam
  2. saya boleh agak adegan seterusnya, ANA KAWIN TIGA.....

    BalasPadam
  3. kita kena fikir mcm mana nak jadikan perkara halal seperti poligami ini jadi amal ibadat yang diraikan sebagaimana pengantin baru diraikan.

    kita kena fikirkan bagaimana benda haram seperti melanggan pelacur dapat dihapuskan hatta orang yang belum beriman pun tidak terasa rugi dan tak rasa hilang punca ekonomi jika ianya dilarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandangan haku..
      xkan hilangnya benda haram seperti melanggan pelacur semua ni... smp bial2 skali pun...
      hatta 'kehabisan ppuan pelacur' skali pun.. !!

      andikata la..
      dunia dah xde ppuan..
      akan muncil 'palacur generasi baru'...
      makyah nya.. pondan/bapok nya..
      silap2... udah kaum lelaki pulak yg melacur utk lelaki !!

      Padam
    2. apa yg hang merapu ketinggalan fakta ni...???
      kan ke skrg dan dari dulu pun dah berlaku mak nyah, pondan, bapok jual diri ... lelaki pd lelaki????

      ketinggalan betul la...

      Padam

Dipersilakan komen.