Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

08 November 2012

Pelaburan Kayu Gaharu, Untung Besar Wooo....

Semalam saya pergi ke satu tempat dan ada jualan di situ. Lebih kurang, orang itu menawarkan pelaburan wang ringgit untuk dapat untung besar dengan penanaman kayu gaharu. Katanya, syarikat itu boleh ususkan pinjaman kepada sesiapa yang berminat seterusnya akan dilaburkan dalam skim gaharu ini.
 
Adakah Ini Tidak Salah ?
 
Tidakkah memungut wang dari orang ramai untuk dibuat pelaburan adalah satu kesalahan ? Kalau salah, tindakan perlu diambil segera. Jangan sampai nanti ramai orang dah masuk dan jumlahnya ratusan juta, baru tindakan diambil.
 
Penipuan Pelaburan Emas, Lintah, Cacing danStevia
 
Dalam minggu ini sahaja, kerajaan telah bertindak termasuk pendakwaan kepada sendikit pelaburan haram ini. Antaranya dan paling banyak adalah emas. Kemudian skim lintah, cacing dan hari ini stevia. Baguslah tu, tindakan tegas sudah diambil.
 
Tahukah kita apa itu stevia. Pelik namanya yer, dan kalau nak tahu lanjut, malam ni datanglah ke hotel sekian untuk dapatkan penerangan. Malam itu juga yang datang akan teruja. Kononnya penanaman stevia ini akan menggantikan gula yang jadi penyebab sakit kencing manis.
 
Dulu dah ramai kena tipu, antaranya skim ikan arowana, ikan patin, ketam batu, serai dan lain-lain.
 
Apa Cerita Skim Haji Jasman ?
 
Saya tak tahu apa cerita skim Hj Jasman. Adakah ini penipuan atau tidak. Yang pasti, kita tak dengar lagi tangkapan atau pendakwaan. Kenapa ? Sedang kumpul maklumat atau bukti ? Kalau skim ini adalah penipuan, sepatutnya didakwa.
 
 Atau skim ini betul ? Entah.... mana saya tahu. Yang pasti, saya dah dengar skim ini lebih dari dua tahun tapi tak jelas apa kesudahannya.
 
Skim Pelaburan Gaharu
 
Saya tak tahu apakah melabur dan kasi duit pada seseorang yang ditemui di dalam suatu ekspo adalah satu kesalahan atau tidak. Saya pun tak tahu, adakah ada laporab polis atau kepada Bank Negara terhadap skim ini. Cuma yang saya boleh baca, skim ini sama saja macam skim cacing, stevia, lintah dan lain-lain yang saya dah sebut tadi.
 
Bukan apa, saya bimbang, nanti orang kita nakkan untung saham gaharu. Akhir kesudahannya nanti duit entah ke mana, jadi tergaru-garu pulak mengenangkan pokok gaharunya. Untung besar katanya, rupanya ketua dan ahli sendikit yang untung besar, pelabur tergaru-garu kena kayap.
 


6 ulasan:

  1. next scam in the making... LOL

    BalasPadam
  2. Dalam, sudah terlalu banyak 'mg' di Malaysia dalam tahap tidak terkawal.

    Untuk dikatakan tidak baik atau salah secara total tidak tepat kerana Ada yg sampai matlamatnya, Ada yg tidak...Ada yg gagal beberapa Kali API akhirnya berjaya, Ada yg berjaya tetapi akhirnya tertonggeng apabila silap langkah....di kluang sendiri Ada beberapa NAma, tapi lebih baik Jangan buruk sangka sebab kita semua dengar dari mukut ke mulut sahaja.

    Kalau keburukan dilihat sebagai salah, maka apakah perceraian juga salah?

    BalasPadam
  3. Skim haju jasman tiada bukti haji jasman dapat duit. Pasal tu tak boleh nak buat tangkapan.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..

    FYI, Stevia tu memang pengganti gula. Diperbuat dari pokok Stevia. Rasanya manis tapi kandungan gula sangat rendah. Pesakit diabetes dan kanser biasanya digalakkan mengambil stevia ini sebagai pengganti gula pasir biasa.

    Pasal ada skim stevia ni saya tak tau la pulak, tapi yang saya tau, product Stevia ni memang dijual di pasaraya Tesco, giant etc dalam harga RM20 - RM25. Bekas warna hijau.

    BalasPadam
  5. Ida.......
    Stevia tu saya tahu, boleh ganti gula. Tapi masalahnya sekarang, ada orang ambil kesempatan pungut duit orang masuk pelaburan dia. Itu yang salah. Tak ada jaminan. Lebih baik jangan masuk.

    BalasPadam
  6. Salam ustaz..
    Gaharu ni mmg ade potensi yang sgt tinggi..
    Tapi kaedahnya kena usaha sendiri la..
    Tanam sendiri... Saya sendiri tanam hampir 1000 btg pokok.. Mmg ada pembeli yang sentiasa nak kan stok kayu gaharu... Masa pameran MAHA hari tu pon gaharu ni dipamerkan dan terbukti mempunyau pasaran yang tinggi..
    Tapi kalau nak labur duit jer, pastu x keluar peluh x payah la... Kena tipu jer nanti..
    Sekadar berkongsi..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.