Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

02 November 2012

Ramai Anak Dara Belum Kawin dan Nak Cari Jodoh


"Tuan, tolong carikan saya jodoh yang sesuai". Kata seorang gadis.

Dia ni kerja kerajaan, umur 30-an dah nak masuk umur 40. Nak kata muka tak cantik, tak juga. Bukan orang tak minat kat dia, tapi ada saja alasan. Antaranya jawatan tak setinggi dia. Dia ada ijazah dan orang tahu dia ada ijazah.

Bercinta dan Putus Cinta

"Terus teranglah tuan... sebelum ini pun saya pernah bercinta, dah tak ada jodoh" Katanya.

Bila bab ini, saya tak perlulah cungkil rahsia orang dan biarlah rahsia seperti kata Siti Norhaliza.

Saya Percaya Kepada Ustaz

Seorang lagi, juga umurnya 30-an, ceritanya hampir sama. Masih anak dara dan berjawatan tapi belum ada teman hidup. Tapi, dia ini saya tak boleh cerita lebih-lebih sebab ada satu ayat yang membuatkan saya terdiam.

"Saya percaya kepada ustaz dan harap ustaz jangan masukkan cerita ini dalam blog ustaz.". Kata perempuan ini.

Okeylah, saya tak masukkan cerita dia. Cuma saya nak beritahu cerita ini kat blog saya tanpa mengaitkan identiti dia. Mulanya pening juga saya memikirkan. Yer ler, dia minta saya carikan jodoh tapi dengan cara senyap-senyap.

Sekadar Nak Bercerita

Bukanlah senang nak carikan jodoh untuk orang lain sebab minat dan kehendak setiap orang berbeza. Di jalanraya saja ada pelbagai jenama kereta, maknanya bukan satu model saja yang orang suka. Siaran tv pun sekarang ada berpuluh-puluh dan bukan semua rumah buka channel yang sama.

Orang kita selalu sebut, "jodoh itu di tangan Tuhan". Atau "kita hanya merancang, Allah yang menentukan".

Di Mana Kita Sekarang ?

Apa-apa pun, kesimpulan yang saya nak cerita adalah, ramai gadis di negera kita sekarang belum berkahwin. Tidakkah fenomena ini semakin membimbangkan ?

Dijemputlah beri komen, komen yang emosi seperti "buat apa kawin kalau ramai lelaki tak bertangguingjawab sekarang". Komen seperti ini tidak akan disiarkan.

24 ulasan:

  1. maybe kebanyakan lelaki pd hari ini kurang berkualiti, that is malas memperbaiki taraf kehidupan, menganggur, penagih etc.

    dan mungkin poligami boleh membantu, cuma masalah majoriti para isteri menentang poligami, walaupon ia dibenarkan.

    BalasPadam
  2. itulah Allah mengharuskan poligami...
    tapi mrk tak nampak hikmahnya poligami...

    asyik2 kata2 "klise" buat apa kawin kalu tak dpt lelaki soleh" ... emmm... mcm la dia tu solehah...

    kata2 negatif di atas kena diubah skrg...

    kita kena promote mrk yg berpoligami & hidup bahagia..

    contoh 1: pakar motivasi Tengku Asmadi (2 isteri)
    contoh 2: kaptam hafiz firdaus abdullah (3 isteri)~ masing2 ada Fb & blog utk dilihat & dibaca...
    contoh 3: salleh yaakob (4 isteri)

    ... sila tambah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tambah:
      4) Dr Daniel (klu kat mana2 ceramah beliau akan beritau)
      5) Ustaz Hasan Mahmud alhafiz(mentor imam muda)
      6) Dato Hasan Ashari (pakar mengaji)
      7) Ustaz Azhar
      8)

      Padam
  3. Susah untuk komen sebab isu poligami suatu isu yang memerlukan ruang lingkup lebih luas. Walau bagaimanapun saya bersetuju dengan Tanpa Nama yang diatas yang menyatakan ramai lelaki kurang kualiti. Apa tidaknya, baca doa masuk/keluar tandas pun kantoi, inikan pula hal2 lain. Masalah umat Islam dinegara ini bukan suatu isu kecil malah ia adalah BARAH yang sudahpun MEREBAK dan BERADA PADA TAHAP KRITIKAL.

    Sebut je poligami, siapla kau... bini yang waras jadi gila, membentak2 mintak cerai dsb... Itulah masalahnya. Alim Ulama tak boleh duk diam... kena bincang... ubah balik syarat poligami... tak payah sign isteri... jangan letak syarat gaji tinggi dan lain-lain...

    Islam - Mudahkan, jangan payahkan. Dikhuatiri bila dipayahkan seperti sekarang akan berlakulah kecurangan dan lain2 lagi (memang dah banyak berlaku pun... betul tak tuan Kadi?)

    Saya pun nak kawin sampai 4. Begitu juga ramai lelaki yang lain...

    Makasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrang dah berapa?

      Padam
    2. For me to know and for you to find out. ;)
      Hehehe...

      Padam
    3. apa yg susah nak komen????
      komen la ikut al quran & hadis... bukan ikut pemikiran sndiri semata2...

      itu sebablah isu poligami ni jadik susah & payah sbb masing2 tak de ilmu ttgnya, tak nak blajar...baik llaki atau ppuan...

      cari la maksud sbenar poligami (what), tujuan poligami & bila masa (when) & di mana yg sah, siam ke msia ke sindikit ke (where)? (when), knp dibolehkan, sebab musabab (why), siapa yg dibolehkan & dgn siapa serta siapa yg boleh nikahkan (who), bgm melaksanakan (how) agar dpt redha & rahmah Allah....

      islam cukup mudah tapi manusia saja susahkan... sebab tak de ilmu tak nak blajar... hnya ikut tradisi & adat je... tu yg payah...

      adat di msia poligami mcm TABOO & HARAM...

      Padam
  4. x perlulah kelam-kabut sgt nak cari jodoh.... sampai macam dah terdesak.... saya pun berkahwin agak lewat.... dan saya tidak pernah merasa menyesal bahkan bersyukur....
    selepas teman lelaki meninggal dunia, saya nekad x nak berkahwin namun selepas 10 th saya bertemu jodoh dengan kawan baik saya sendiri....
    Allah maha adil, maha mengetahui.... DIA tahu apa yang terbaik buat kita....
    N.A.T. Pasir Gudang.

    BalasPadam
  5. Kembalilah kepada Islam ORI. Biar bapa yang carikan. Terima je pasangan tersebut. Dah nama pun jodoh.

    Bapa kandung & sah taraf tau. Bukan angkat atau haram lak.

    Bertuah lah wanita tersebut jika bersuami DAN berijazah.

    BalasPadam
  6. Salaaam,

    Waahh... Ustaz boleh bukak ruang cari jodoh kat blog ni pulop. Banyak pahalanya membantu mendirikan masjid... saya pun teringin masuk nama...(alah malu lahhh)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong sangat2.
      Tapi mcm mana ye.
      Terpampang muka, malu juga.
      Ustaz fikirkan le cara nya.

      Padam
    2. Salam.
      Kawan pun setuju. Mohon Tuan mempertimbangkan idea/pendapat "javatulen" untuk wujudkan Blog Cari Jodoh ;). Buat apa nak malu, bukannya kita buat salah.
      Lama x komen kat blog Tuan.

      -Orang KampungKu DiSini-

      Padam
    3. KAWAN PUN SOKONG..TERBAIKKK. NICE BLOG USTAZ.

      Padam
  7. Berkahwin itu sunnah dan rebutlah ia tapi jangan menghampiri zina kerana ia mendekatkan kamu dengan api neraka. Oleh itu berpoligamilah jika mampu. Jika tidak ........

    BalasPadam
  8. hehe..pakcik saya berkawin 2 ..sayangnya ketika dia papa kedana n susah xde duit..no 2 mintak cerai dan diceraikan..yg no 1 jugak setia tapi sayangnya setianya masih lagi diperkotak katikkan sehingga kini...pakcik saya masih tidak kenal yg mana intan berlian harus dijaga rapi..masih juga mencari intan PALSU...mungkin dia dah bosan tapi tanak bebaskan sbb no 1 masih ada income yg boleh dia minta...

    BalasPadam
  9. tu lah..di sbbkn semua xada peganggan agama..memang akan jadi mcm tu lh.sub hanallah.

    BalasPadam
  10. Saya rasa poligami pun ok tapi wanita kurang gemar berpoligami,jika demikian wanita tersebut kena tanamkan sifat keterbukaan,sekarang laman sesawang da ada,so far memudahkanla untuk mencari,ataupun kawan sekeliling dapat membantu.Yang paling penting berdoa dan berusaha,insyaallah pasti akan berjaya.Kaum adam bab kawin lebih sorang memang suka ekkkk

    BalasPadam
  11. assalamualaikum...
    isu jodoh ni lain orang lain pandangan..

    saya sendiri menghadapi masalah yang sama berkaitan dengan jodoh namun saya cuba belajar dan yakinkan diri dengan rahsia Allah...apabila menginjak usia 28 tahun, kadang kala saya rasa tertekan apabila rakan-rakan sudah memiliki keluarga dan pasangan namun saya pujuk diri bahawa Allah sudah merancang yang terbaik dan saya perlu membaiki kekurangan diri...

    saya hormat kepada rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan sering memberikan padangan dan nasihat agar bersabar..saya sangat hargai mereka dan kisah mereka..mereka berkongsi kegembiraan mereka bersama saya...saya berpeluang mendukung anak-anak mereka, saya berpeluang menjaga anak mereka...

    tetapi saya juga berhadapan dengan segelintir rakan yang sudah berkeluarga tetapi memandang rendah kepada saya yang masih lagi belum berkahwin..pada rakan sebegini mereka melemparkan tuduhan bahawa saya ego,saya memilih,saya teruk,saya seorang yang negatif..saya akui saya cuma manusia yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan..tipulah kalau saya kata saya tidak menangis apabila dilemparkan kata-kata sedemikian tatkala rakan-rakan saya berbangga kerana sudah mempunyai suami, mempunyai anak-anak yang comel, mempunyai rumah bersama suami, mempunyai kereta mewah dan sudah bahagia dengan keluarga masing-masing..saya tumpang bahagia melihat kebahagiaan mereka tetapi jauh di sudut hati saya berkecil hati apabila sering dihina apabila bertemu dengan mereka..apa yang cuma mampu saya lakukan hanya tersenyum dan mengaku kekurangan saya...saya tidak mahu bertekak kerana mereka rakan-rakan saya dan mereka mungkin tidak faham dengan situasi saya sehingga menyebabkan saya lewat berkahwin...

    adat manusia apabila sudah memiliki sesuatu kejayaan dan kebahagiaan sering memandang enteng pada orang lain yang belum berpeluang menikmati saat itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurlina lina..sabar ye saudari..sy berumur 31 thun..juga berada dlm situasi saudari..sabar insyaAllah 1 hari akn dipertemukan jodoh jua..think posotive! senyum..:)

      Padam
    2. saya lelaki umur 30 tahun pun tensen dgn org sekeliling rakan2 ni sibuk jer pasai kita xkawin. sy xprnh bcinta.sbb yg sy jumpa popuan sy xkenan. bukan salah saya, yg sy kenan baru nk tgk2 dh ada kekasih lebih kacak dn kaya dr saya, saya apa ada.ada org tuhan bg benda yg baik dan best2 yg disuka senang cakap la depa jumpa depa kenan. ibarat jalan dikebun bunga depa jumpa bunga yg depa kenan, yg sy kenan mcm depa dapat sy xjumpa. dunia ni mcm haram kadaang2 ni. tak adil.

      Padam
  12. Ramai anak dara sekarang ni dah tak ada dara, mengaku boyfriend dapat tapi, lepas bf dapat ramai lagi yang dapat.
    Si lelakinya pulak, dapat sisa, kena ulak kawan sendiri pun dah pakai.
    Mmmm. Gadia alaf baru, tak kenal maruah diri

    BalasPadam
  13. Salam sejahtera ustaz, saya ni PA kepada seorang Datuk, umurnya dah lewat 60an. Dia ingin beristeri lagi kerana isterinya dah monopause. Saya kadang kadang buntu bila dia suruh saya cari tueman hidupnya yang baru.

    BalasPadam
  14. usia saya 30tahun tahun ni.. bimbang juga sampai sekarang belum berkahwin.. bila pulang ke kampung, saudara tak habis-habis bertanya, rasa sangat tertekan dengan persoalan mereka..

    Aza

    BalasPadam
  15. Allah SWT telah tetapkan JODOH, REZEKI, AJAL seseorang sejak dari alam rahim lagi...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.