Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

12 Disember 2012

Kenapa Bapa Tiba-tiba Tak Mahu Jadi Wali ?


Lelaki 30-an berstatus duda, nak nikah dengan seorang ibu tunggal umur 30-an. Pada mulanya, bapa kepada perempuan setuju jadi wali pernikahan.

Kira-kira seminggu lagi nak nikah, bapa perempuan kata dia tak mahu jadi wali. Bila ditanya kenapa boleh berlaku, katanya bapa perempuan terkilan dengan bakal menantu.

Bila dicerita lanjut, rupanya bakal menantu ada menasihati bapa perempuan. Apakah nasihat itu, cuba teka.......
(Tolong jawab dulu saya cerita kisah sebenarnya)

.....BERSAMBUNG EPISOD 2, KLIK SINI

5 ulasan:

  1. perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syara' adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.

    Menurut Jumhur Fuqaha (Shafi'e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya.

    Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali. " (Riwayat Abu Daud dan At-Tamizi).

    BalasPadam
  2. agaknya bakal mertua perangainya x berapa nak elok.... pastu bakal menantu bg nasihat tp bakal mertua x dpt nak terima n rasa malu dgn insiden itu.... tu yg kansel jadi wali....
    betul x ust?

    Tonet - PG

    BalasPadam
  3. Nasihat suruh semayang ? kalau tak, tak cukup syarat jadi wali ?

    BalasPadam
  4. hehe... betul la tu...
    kbanyakan bapa2 skrg tak layak jadi wali....

    org fasik (yg selalu buat dosa kecik) lama2 blh jadi dosa besar kalau tak bertaubat....

    mcm mana si fasik boleh mewalikan anak???

    BalasPadam
  5. nasihat suruh kurangkan harga hantaran kot.. hehe.. :P

    BalasPadam

Dipersilakan komen.