Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

07 Disember 2012

Kenapa Pengantin Ni Cium Tangan Suami Lepas Nikah Sampai Tak Mahu Lepas ?


Selesai saja majlis pernikahan pada hari Jumaat yang mulia ini, pengantin perempuan terus salam tangan suaminya lama-lama. Kemudian dia mengesat air mata yang sedikit keluar itu. Sekali pandang, nampak perempuan ini macam tak menyempat-nyempat pulak. Kenapa ini berlaku ? Ada cerita di sebaliknya.

"Pengantin lelaki bila tarikh cerai ?". Tanya jurunikah sebelum menikahkan.

Dia beritahu tarikhnya yang dah lebih 2 tahun iaitu tahun 2010 bercerai.

"Pengantin perempuan pula, bila tarikh cerai ? " Tanya jurunikah pada perempuan pula.

"Maaf tuan, sebenarnya dia bekas isteri saya yang bercerai dan nak nikah semula". Kata pengantin lelaki.

Dulu Bercerai 2 Tahun

Kisah  sebenarnya, lelaki ini bekerja di sebuah kilang, umur 30-an. Perempuan kerja jurujual 30-an. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan 4 orang anak yang sekarang semuanya  masih kecil dan bersekolah.

Punca mereka bercerai adalah permintaan isterinya. Oleh kerana tidak tahan dengan permintaan isterinya dan mengakui kekurangan yang ada pada dirinya, lelaki mengambil keputusan menceraikan isterinya di mahkamah syariah. Pada lelaki, bukanlah hendak diungkit kisah silam 2 tahun dulu, tapi katanya punca cerai adalah kerana kehadiran lelaki lain dalam hati isterinya.

Bagaimanapun, selepas 2 tahun, mereka bernikah semula berwalikan ayah perempuan. Anak-anak turut hadir dalam majlis pernikahan ini.

9 ulasan:

  1. Alhamdulillah... masing-masing sudah sedar dan belajar dari kesilapan. Harap ada sinar baru dan mereka hidup lebih bahagia.

    BalasPadam
  2. quote:
    "katanya punca cerai adalah kerana kehadiran lelaki lain dalam hati isterinya. "

    hahhh !!
    ni sah kes mengorat bini org..
    sampai suruh mintak ceria dr suami..
    apabila udah bercerai..
    si teman lelaki xjadi pulak nak masuk meminang..

    kes terpencil ke ni.. ustaz..?
    banyak berlaku zaman iphone 4..5 ni haa..
    zaman facebook... tweeter.. & chatting !!

    BalasPadam
  3. semoga pasangan ni kekal bahagia lepas nih..

    BalasPadam
  4. zaman skrg ni ramai yg suka tipu status, nak cari makwe & pakwe baru guna alam maya...anak dah berderet ngaku masih bujang. Kalau ngaku kawin pulak kata ada masalah rmh tangga...ni yg pihak satu lg menambah perasa supaya rmh tangga porak peranda.

    BalasPadam
  5. tak ada apa yg indahnya berkahwin..kecuali kalau isteri benar2 taat pd suami, terima suami seadanya & bersungguh2 taat n membahagiakan suami. Bila suami redha, syurgalah tempatnya..

    tak payahlah nak kejar bahagia dunia krn tak kekal n tak setara mana pon bahagia yg dpt..kejarlah bahagia akhirat krn itu kekal selamaya..

    jadilah isteri yg sentiasa mementingkan suami dr segalanya, jaga akhlak n jaga peribadi utk suami..krn suami itu menanggung isteri dunia n akhirat..hanya mata hati isteri yg jahat sj tak nmpk beban suami ini...

    BalasPadam
  6. Mulia hati sang lelaki ini. Moga beliau diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  7. SALAH tu...suami bukan segalanya..ALLAH adalah segalanya dan DIA lah harus dipentingkan, didahulukan oleh suami dan isteri...sbb bila terjadi kes2 laki nak pasang 2,3 n 4...isteri x jadi mereng sgt sbb terlalu mementingkan si suami...hahahha

    berlaku dlm keluarga saya sendiri, isteri hilang arah hampir strok gara2 suami menipu, berlakon kelas AAA..ustaz harun din sendiri ckp, salahnya mementingkan suami sgt, terlalu sayang suami...suruh kembali pd allah utk ketenangan...

    BalasPadam
  8. Kan Sang Isteri Senang sangat Nak Masuk Syurga....
    1-Taat Pada ALLAH
    2-Taat Pada Rasul
    3-Taat Pada Suami

    Itu Jee....Apa Nak Lagi...

    BalasPadam
  9. Janganlah terlalu mengharap kepada mahluk. Kerana mahluk itu selalu mengecewakan. Berharaplah pada pada Allah yang esa. Kerana Allah tidak akan mengecewakan dan tidak akan terlepas pandang akan mahluk ciptaannya...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.