Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

30 April 2012

Jadi Janda Dan Duda 3 Tahun, Nikah Semula Akhirnya

Lelaki dan perempuan 30-an sebelum ini telah bercerai talak satu 3 tahun lalu. Selepas bercerai, kedua-duanya tidak nikah lain. Lelaki duduk di rumah ibunya manakala isteri menyewa rumah tidak jauh dari situ.

Anaknya 2 orang yang sekarang bersekolah rendah. Anak-anak dijaga oleh perempuan dan bapanya membantu belanja persekolahan. Lelaki kerja buruh manakala perempuan  menjaga anak orang.

Selepas tiga tahun bercerai, akhirnya mereka ambil  keputusan nikah semula.

29 April 2012

Pagi Di Alor Setar

Pagi ini di Alor Setar mengingatkan saya beberapa sejarah dan peristiwa. Pertama, dulu arwah ayah saya selalu cerita pada saya pasal Alor Setar ini. Bandar inilah yang ayah saya biasa cerita pada saya, semasa belajar di sekolah pondok sekitar tahun 50-60 an.

Saya tak pasti sangat di mana lokasi pondok pengajian ayah saya dulu. Yang saya dapat ceritakan sedikit adalah di Penanti dan beberapa lokasi lain di sini. Dulu ayah saya selalu cerita pada saya yang dia ramai kawan di Alor Setar ni. Ayah saya ada kata nak bawak anak-anak termasuk saya ke sini untuk tujukkan tempat di mana dia mengaji dulu.

Masa ayah saya mengajar, dia tak sempat nak pergi walaupun banyak kali sebut. Janjinya lepas pencen nak pegi tapi tak sempat, ayah saya meninggal dunia 2 bulan selepas pencen.

Hotel

Saya berada di hotel ini dan permandangan saya mengadap ke Tanjung Bendahara dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Dulu masa saya study di UKM, kawan baik saya Azmi Zainol, dulu saya pernah pergi rumah dia beberapa hari. Semalam saya telefon Azmi, dia sekarang pegawai tentera di KL. Dari PALAPES UKM macam saya Azmi dan beberapa orang ambil keputusan masuk tentera, tapi saya tidak. 

Seorang lagi kawan saya sama fakulti pengajian Islam dengan saya, Anuar Zamani, dia beritahu dia kat Sabah, pegawai tentera juga.

 Dari hotel saya, saya dapat ingat jalan masuk ke rumahnya dan sudah banyak rumah lain di kawasan itu. Nak cerita, jalan masuk sebelum rumahnya di kenali dengan nama Tanjung Bendahara, dulu situ tempat pondan beroperasi. Dulu kita orang lalu di situ, ditegur oleh sekumpulan pondan tapi buat tak tau jer. Azmi kata, kalau tak layan tak apa, tapi kalau layan tapi menipu, nanti pondan-pondan tu akan serang kita balik.

Tak tahulah sekarang ada lagi ke tidak pondan kat situ. Tapi malam tadi saya jalan kaki sorang-sorang pusing bandar Alor Setar yang tak berapa hidup macam JB pada waktu malam ni. Ada jumpa 2 orang pondan menghala ke arah Tanjung Bendahara tu. Tapi saya tak ikut dia oranglah, kalau kat Johor, nak juga saya menyiasat.

26 April 2012

Kesesakan Di Jalan Persiaran Tanjung, Bukit Alif : Cadangan Mengatasinya

Dari Angsana JB, belok ke Jalan Persiaran Tanjung akan berlaku kesesakan teruk mulai jam 5.00 petang hingga 7.30 malam pada hari bekerja. Jalan ini menghubungkan banyak taman seperti Taman Kemas, Anggerik, Dahlia, Bukit Mewah, Cempaka, kuarters kesihatan, perumahan rakyat di sebelah pusat serenti dan sebagainya. Juga terdapat Hospital Permai, Kolej Kesihatan Bersekutu, Pusat Serenti dan pejabat SPRM. Juga ada pasaraya besar iaitu Medas Mart, Maslee dan Pasar Dahlia.


Punca kesesakan adalah di simpang empat  di Taman Kemas, berhampiran Hospital Permai (bangunan lama). Kesesakan ini semakin bertambah pada bulan Ramadhan apabila kenderaan dari tempat kerja balik serentak dari Bandaraya JB. Kesesakan ini bukan baru sekaran tapi sudah lama, lebih 5 tahun dan semakin sesak dengan kebanjiran kereta dan kewujudan taman baru.

Membazir Minyak Kereta dan Masa

Kesesakan pada waktu puncak akan berlaku sehinggah ke simpang berhampiran Shell setiap hari bekerja. Sudah tentu membazirkan minyak pengguna yang sepatutnya boleh dijimatkan. Begitu juga masa boleh mencapai sehingga 10-20 minit (kalau berlaku kesesakan) dalam jarak tidak sampai 2km itu.

Kesesakan lebih teruk semasa hujan lebat kerana ada tempat yang dinaiki air berhadapan Pangsapuri Persiaran Tanjung. Pengguna tidak dapat mengelak melalui jalan ini kerana inilah satu-satunya jalan yang dekat untuk ke sana. Perkara ini perlu diatasi kerana sudah berlarutan terlalu lama.

Cadangan Mengatasinya

Saya cadangkan anggota polis ditempatkan di persimpangan itu mulai jam 5.00 petang. Dan kebiasaannya pada bulan Ramadhan, ada anggota polis mengawal lalulintas di situ. Bagaimanapun, untuk menempatkan anggota polis setiap hari, kita faham dengan masalah kekurangan anggota polis yang terhad. Tidak sepatutnya berada di simpang  4 itu menjadi tugas harian polis.

Panjangkan Masa Trafic Light

Kedua, dicadangkan pada jam 5.00 petang hingga 7.30 malam, lampu isyarat diatur semula. Kawalan ini boleh dibuat dengan memanjangkan tempoh masa kenderaan dari bandar JB di simpang empat itu dan dipendekkan tempoh masa kenderaan dari 3 jalan yang lain. Kalau kita lihat, kenderaan dari 3 jalan lain, tidaklah sesak sangat.

Cadangan kedua ini saya lebih praktikal. Terfikir juga saya, dalam arus kemajuan ini, tidak bolehkah kita mempunyai 'trafic light' yang boleh dikawal seperti ini ? Kan sekarang ini teknologi sudah maju dengan pelbagai kepakaran. Tidak bolehkah teknologi ini dimanfaatkan oleh semua, terutama penduduk di sana.

 Begitu juga sebelah pagi, dipanjangkan masa kenderaan dari Taman-taman sana menghala ke JB pula.
(Kedua-dua gambar diambil pada Rabu, 25 April 2012, jam 6.00 petang)
Saya buat ulasan ini, kerana rumah saya di kawasan ini juga.

Anak Angkat, Hidup Terabai, Mengandung Luar Nikah.....

Seorang perempuan awal 20-an berstatus anak angkat sejak bayi lagi kepada satu keluarga. Masa kecil, perempuan ini hidup bahagia dengan ibu bapa angkatnya. Bagaimanapun, kemudiannya ibubapa angkatnya bercerai dan membawa haluan masing-masing.

Bapa angkatnya kemudian bernikah dengan perempuan lain dan mengabaikan anak angkatnya ini. Ibunya juga bernikah lain dan tidak bawa anak angkat ini duduk bersamanya. Perempuan ini hidup menumpang dengan sedara sebelah ayahnya. Hidupnya dengan keluarga ini bukan seperti anak angkat tetapi seperti menumpang kasih. Keluarga ini bukanlah orang yang berkemampuan dari segi ekonominya.

Perempuan ini sekolah tidak habis kerana tekanan emosi dan ekonomi. Dia bekerja sebagai jurujual dan duduk di rumah bujang dengan kawan sekerjanya. Kemudian, perempuan ini kenal dengan seorang lelaki 20-an yang belum bekerja.

Akhirnya perempuan ini mengandung luar nikah dan usia kandungannya makin membesar iaitu 5 bulan lebih. Bagaimanapun, jalan penyelesaian untuk bernikah belum ada. Lelaki katanya bukan tidak mahu bernikah, tetapi dia belum bekerja dan ibubapanya pula belum tahu pasal nikah ni.

23 April 2012

BERITA BAIK... Pelaburan Umrah, Menguntungkan...

Ada seorang ni didekati oleh seorang yang mempromosi satu pelaburan baru. Cara melaburnya ialah dengan serah duit RM 1,400 dan tunggu 4 tahun. 4 tahun nanti dapat pergi umrah percuma, tak payah bayar apa-apa. Wahhhh... menguntungkan pelaburan ini katanya.

Jangan Mudah Kena Tipu

Terus terang saya cakap, saya yakin ini penipuan, sudah-sudahlah orang kita kena tipu. Dah banyaklah dari dulu macam-macam skim yang dah berulang kali saya cerita dalam blog saya ni. Mana boleh masuk akal semua ni. Tapi masalahnya ada juga orang kita yang percaya. Orang ni cari pelabur dalam senyap-senyap dan lantik agen yang diberi komisen.

Katanya ada beberapa orang kerajaan yang dah masuk pelaburan ini kata orang tu. Maknanya pelaburan ini target orang kerja kerajaan lebih-lebih lagi tak lama lagi orang kerja kerajaan dapat tunggakan gaji dan kenaikan gaji 13 persen. Tak payah tunggu 4 tahun, dapat duit saja, orang ni lesap.

Guna nama umrah konon untuk pancing pelabur. Yer ler, orang kita dengar umrah akan rasa macam percaya sikit. Padahal dia tak tahu, yang menipu tu akan guna apa saja cara untuk kaut untung.

Ceramah Saya Kat YouTube

Semalam seorang kawan saya beritahu yang dia tengok ceramah saya kat 'you tube'. Saya hairan juga dan saya rasa, itu bukan saya, itu orang lain yang seakan muka saya, kata saya pada kawan saya tu. Tapi dia kata, ada nama saya dan dia yakin itu memang saya.

Tanpa berlengah, saya buka youtube melalui telefon saya. Saya taip nama saya tapi tak ada. Kemudian saya taip 'Kadi Kluang' dan terus ada di sebelah atas. Bila saya buka, itu memang saya dan baju yang dipakai itu memang baju saya.

Sudah 9 Bulan

Berdasarkan catatan di situ, sudah 9 bulan video itu tersiar di youtube tanpa saya sedari. Bila meneliti video itu, itu adalah video tahun lepas, sebelum Ramadhan. Yang hadir dalam program itu adalah saudara kita/ saudara baru, pembimbing saudara baru serta orang Islam lain.

Isu-isu

Mulanya saya berdebar juga untuk menonton ceramah saya sendiri. Bukan apa, saya bimbang kalau ada isu sensitif atau ada yang terlepas cakap dalam ceramah tu. Yer ler, kekadang kita cakap satu isu berdasarkan orang yang hadir. Isu itu mungkin sesuai didengar oleh orang itu, tapi mungkin tidak sesuai didengar oleh orang lain.

Tapi bila mendengar ceramah itu, nampaknya tidak ada isu yang sensitif saya bangkitkan. Dan ceramah itu sesuailah kalau didengar oleh orang ramai. Terima kasih kepada penyiar itu yang ada potong serba sedikit untuk disesuaikan kepada masyarakat umum.

Banyak juga saya sentuh dalam ceramah ini sambil selitkan lawak jenaka, termasuk skim cepat kaya, kes judi nombor ekor, kes tangkapan tak puasa dan sebagainya.

KL Genster

Apa yang saya bangkitkan dalam filem KL Genster itu sebab orang kita suka tengok filem dan saya buat cerita itu supaya mereka boleh membayangkan isu semasa termasuk filem terhangat pada ketika itu.

Okey, nak tengok saya di You Tube, klik sini.

20 April 2012

'Sakit Semput, Kenalah Tidur Di Rumah Janda'


Lelaki duda anak dua, 30-an tidur di rumah janda anak satu, 20-an kerana sakit semput. Tidur pula kenalah sebilik dan kunci bilik tu, mereka berdua saja dalam bilik tu.

Pada lebih kurang jam 3.00 pagi, penguatkuasa Jabatan Agama buat serbuan, maka mereka berdua ditangkap atas kesalahan khalwat. Bila ditanya, katanya dia semput dan janda tu jaga dia. Sebelum tu katanya dia pegi  ke klinik tapi klinik tutup, maka pergilah ke rumah janda tu.

'Apa-apa hal, nanti encik ceritalah di mahkamah'. Kata penguatkuasa.

19 April 2012

Forum Perdana Ehwal Islam, Dato' Hasan Din Al-Hafiz di Simpang Renggam

Muslimin muslimat dijemput hadir di Masjid Al-Falah, Simpang Renggam, Kluang pada Sabtu ini, 27 April 2012, jam 8.30 malam. Ahli panel forum Dato' Hasan Din Al-Hafiz, pendakwah bebas, Ustaz Mohd Noh bin Kadri, Kadi Besar Johor dan Ustaz Mohd Khalil bin Md Noor, Kadi Kluang.

16 April 2012

Betapa Sedihnya Dr Ridhuan Tee Bila Jenazah Ibunya Dikebumikan Bukan Secara Islam

Ibu kepada pendakwah Dr Ridhuan Tee Abdullah telah meninggal dunia lebih sebulan lepas. Sebelum meninggal, ibunya duduk di rumahnya. Apabila ibunya meninggal dunia, Dr Ridhuan hanya boleh melihat saja jenazah ibunya disempurnakan secara bukan Islam, bukan secara Islam.

Sukar hendak dibayangkan perasaan seorang anak melihat keadaan ibunya sebegini. Yer, dari segi zahirnya ibunya tidak memeluk Islam secara rasmi, tetapi ibunya merestui anaknya menjadi seorang Islam serta boleh duduk pula di rumah anaknya yang Islam ini. Peristiwa seperti ini juga mengingatkan saya dengan sejarah Nabi Muhammad SAW sewaktu bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.

Begitulah antara peristiwa yang diceritakan oleh Dr Ridhuan Tee dalam Forum Perdana Ehwal Islam di Kluang pada Sabtu lepas. Forum bersama Dato' Hj Nooh bin Gadut ini berjaya menarik lebih 5,000 orang Islam yang membanjiri Dataran Tasek, Kluang.

12 April 2012

Anak Kena Tangkap Khalwat, Bapa Menangkan Anak


"Anak saya tak balik rumah sebab tertinggal bas malam tu. Sebab tu dia tidur hotel kejap. Lepas tu perempuan tu datang bilik dia. Tiba-tiba saja kena serbu pencegah maksiat. Ini kes aniaya, sebagai seorang bapa, takkan saya boleh berdiam diri". Kata bapa kepada seorang lelaki.

Ceritanya

Ceritanya, anak lelaki dia ni awal 20-an, tidak bekerja. Hari tu dia pergi ke Kluang dan tertinggal bas katanya. Lepas tu  tidur hotel. Kemudian bapanya mendapat panggilan telefon yang anaknya ditangkap khalwat. Perempuan pasangannya itu seorang pelajar sebuah kolej.

Mengenai dakwaan bapanya yang anaknya kena perangkap tu, tak perlu dilayan sangat. Kalau nak dilawan cakap, sampai bila pun tak habis. Jadi kalau nak tahu kisah sebenar, tunggulah tarikh perbicaraan sebenar di mahkamah.

11 April 2012

Yang DiPertuan Agong Selamat Ditabalkan


KUALA LUMPUR -  Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara.

10 April 2012

Perempuan Terkejut, Mengandung Luar Nikah 8 Bulan

Ikut ceritanya, seorang perempuan 20-an disahkan mengandung 8 bulan oleh pihak perubatan. Dia kata, dia pergi ke klinik sebab sakit perut dan rasa loya serta tak tahu pun dia mengandung.

"Jadi kamu sudah tak datang bulan lebih 8 bulan ?". Tanya saya.

"Yer, betul". Jawab dia ringkas.

"Jadi kenapa kamu tak syak yang kamu mengandung ?" Tanya saya.

"Saya tak tahu, sebab kekadang saya datang bulan tak menentu". Jawab perempuan tu.

"Ermmm.. ustazah. Betul ker boleh jadi begitu ?" Tanya pada pada seorang ustazah yang duduk di sebelah perempuan tu.

"Memang tak pernah berlakulah macam ni. Tapi tak tahulah..." Jawab ustazah tu.

Apa Cerita Sebenarnya

Perempuan ini 20-an kerja di sebuah kilang ada pakwe 20-an kerja di sebuah bengkel. Dia mengaku yang ada buat hubungan sex luar nikah pada 8-9 bulan dulu dan mengesahkan itu adalah kerana perbuatan mereka secara sukarela.

Dan juga, kali terakhir mereka buat hubungan sex pada 2 minggu lepas, iaitu masa sedang mengandung. Cuma dia kata, baru-baru ini saja perempuan tahu dia mengandung. Bila ditanya, berapa kali pernah melakukan hubungan sex ini, dia tak ingat kerana sudah banyak kali sejak 2 tahun.

Pada saya, nak cerita apa-apa, kata tak tahu ker, tahu ker, salah tetap salah. Pasangan ni nak nikah segera, itu pun tak ada halangan. Tapi pasangan ini tetap akan didakwa di mahkamah syariah kerana perbuatan mereka ini.


09 April 2012

Forum Perdana Ehwal Islam di Kluang Bersama Dato' Nooh Gadut dan Dr Redhuan Tee


Semua dijemput mengikuti ForumPerdana Ehwal Islam di Dataran Tasek, Kluang, pada Sabtu 14 April 2012, jam 8.45 malam.

Panel terdiri dari Dato' Nooh bin Gadut, Penasihat MAIJ,  Dr Redhuan Tee bin Abdullah, pensyarah Universiti Pertahanan Nasional dan Ustaz Mohd Khalil bin Mohd Noor, Kadi Kluang.

Nasi Dagang Tak Sedap Kat Kedai Ni


Saya baru makan nasi dagang kat satu kedai ini. Kedai ni baru dibuka dalam beberapa bulan ni dan ini kali pertama saya sarapan di situ. Menu sarapan pagi kat sini tak ada banyak pilihan, cuma ada nasi dagang dan satu lagi menu. Maka saya mintakah nasi dagang.

Kedai tu tak ramai orang sedangkan ada banyak meja, cuma ada satu meja lain yang ada orang, duduk berdua. Minta maaf cakaplah, nasi dagang dia tak sedap. Malah lepas setengah jam makan, perut saya mula meragam dan kepala ada pening sikit. Perut meragam mungkin sebab nasi tu lambat hadam dan pening sebab banyak garam tumpah kat ikan dan kuah  tu.

Saya ini bukan nak mengata sesama Islam dan sebangsa saya yang mula nak berniaga. Malah saya menggalakkan orang Islam berniaga kerana akan menambahkan kekuatan ekonomi Islam. Nabi Muhammad SAW pun berniaga, begitu juga dengan isteri nabi Siti Khatijah, juga sahabat Nabi Saidina Abu Bakar, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi.

Tapi nasihat saya, biarlah pelanggan datang lagi kedai tu. Dan jangan sampai pelanggan serik. Yang paling penting nak niaga makanan ini adalah rasa selain keselesaan, kebersihan, lokasi, layanan mesra dan harga yang patut-patut.

Nasi Dia

Nasi dia keras dan jelantah. Sepatutnya nasi dagang kenalah lembut dan seakan berminyak.

Lauk Ikan

Lauk ikan dia keras dan masin. Sepatutnya kenalah lembut dan janganlah terlalu masin. Lagi satu, ikan rasa hanyir.

Bukan Senang Nak Buat Nasi Dagang

Seorang ustaz, pergi ke Terengganu dan set nasi dagang segera termasuk rempah dan beras. Dia tanya saya, macammana nak masak. Saya kata, bukan senang nak masak nasi dagang ni dan saya ajar dia sikit-sikit apa yang saya tahu. Ustaz ni kata, yang saya cerita tu sama dengan resepi yang diberikan tu. Tapi masalahnya, dia buat, tak jadi. Yer betul, masak nasi dagang ni bukan semudah yang disangka.

Kalau kita ke Terengganu atau setidak-tidaknya Mersing, Johor, kita akan jumpa banyak jual nasi dagang yang sedap-sedap. Di sana, kalau tak sedap, alamat tutup ler kedai.

Cara Buat Teh Tarik, Klik Sini.

Nasi Ayam Sedap, klik sini.

Cara Masak Sambal Nasi Lemak, klik sini.

07 April 2012

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 70)


Man masuk juga dengar ceramah di dewan walaupun fikirannya memang tidak ada tumpuan, yang penting pada Man, dia dapat sijil, itu saja. Tiba-tiba Man menerima satu sms yang ditunggu-tunggunya iaitu dari Cikgu Syikin. Berdebar-debar juga Man membuka dan membaca sms itu.

"Man, Syikin sekarang di terminal bas Larkin dengan Syira, harap Man datang sini segera". Man terkejut yang amat sangat. Pertama, kenapa dari tadi Syira dan Nizar tak naik bas terus. Tapi Man fikir juga, mungkin tiket bas tak dapat sebelah pagi sebab tak beli awal. Sekali fikir lagi, betulkah cikgu Syikin ada di Larkin, atau saja nak kenakan dan sakitkan hati Man. Tapi, apa-apa hal, Man kena keluar tengok untuk pastikan.

 Man keluar dari dewan ceramah dan berjumpa ustaz Hafiz di meja urusetia. Man telefon Syikin tapi tidak dijawab. Kenapalah pula tidak dijawab, apa yang berlaku sebenarnya.

"Ustaz, maafkan saya, saya ada hal penting, kena keluar sekejap ". Kata Man dengar terketar-ketar.

Ustaz Hafiz kehairanan dan renung muka Man.

"Ada perkara penting apa ? Nak pergi mana ?'. Tanya ustaz Hafiz.

"Sekejap ustaz, saya nak cari kawan saya di terminal Larkin." Kata Man.

"Ohh, kawan yang tak masuk kusus kawin tu ker". Kata Hafiz.

"Yer ustaz, saya mintak izin nak ke sana dan nak bawa dia ke sini". Kata Man.

Ustaz Hafiz mengangguk saja walaupun macam berat nak lepaskan Man. Beginilah asam garam urusetia yang jaga kusus kawin, macam-macam gelagat sesetengah  peserta. Tapi Hafiz dah dekat 5 tahun jadi urusetia dan dah banyak ragam orang yang dia jumpa. Ada yang menipu tandatangan pun ada tapi bila dikira jumlah peserta, peserta tak cukup. Ada juga yang tak hadir dua tiga sesi tapi hendak juga sijil dan merayu untuk dapatkan sijil dengan pelbagai alasan. Tapi peraturan tetap perlu dijaga cuma perlulah berhemah dengan peserta, tak bolehlah gunakan bahasa kesat dan menyakitkan hati peserta.

Man tergesa-gesa ke terminal Larkin yang lebih kurang 5 minit saja dari situ. Di sana, Man tercari-cari dari satu platform ke satu platform tapi tak jumpa. Kemudian Man ke tempat jualan tiket tetapi masih tidak ketemu Syikin atau Syira atau Nizar. Beberapa kali juga Man telefon Syikin tapi masih tidak dijawab. Cuma masa itu Man terlupa untuk telefon Syira kerana dia sedang serabut bercampur persoalan, adakah betul-betul Syikin bersama Syira atau sengaja menipu Man.

Sudah lebih 20 minit di berpusing-pusing di situ, Man kemudian ke tempat teksi di sebelah belakang tapi masih tidak jumpa. Man hampir putus asa dan mengambil keputusan untuk kembali semula ke Hotel Seri Malaysia menyambung kursusnya, kalau keluar lambat, sudah tentu nama Man akan dikeluarkan dari menerima sijil.

Bagaimanapun, bila lalu di depan kedai makan di hujung perhentian teksi itu, Man terkejut bila dapati di dalam kedai itu ada dua orang perempuan yang dicarinya iaitu cikgu Syikin dan Syira  di meja makan kedai itu. Lutut Man jadi lemah dan rasa serba salah untuk masuk atau tidak ke kedai itu. Syikin dan Syira yang menyedari kehadiran Man, sengaja menundukkan muka, seolah-olah kehadirannya seperti tidak diundang.

"Man, mari duduk di sini". Kata cikgu Syikin.

Man duduk di sebelah Syira dalam keadaan yang agak lemah. Ke mana Nizar ?..... fikir Man. Tapi Man tak terkeluar soalan itu kerana ada banyak perkara lain yang lebih penting. Man terdiam dan tak berkata apa-apa, dia seolah-olah hilang semngat untuk berkata-kata. Tiba-tiba Man nampak Syira mengesat air matanya dan Man rasa, tadi tentu Syira menangis semasa berbual dengan Syikin.

"Man.... Man harus berterus terang pada Syikin dan Syira sekarang......". Kata Cikgu Syikin.

Lagilah Man tak dapat kata apa-apa, Man terkejut dengan soalan itu dan tidak dapat memahami apakah yang dimaksudkan Syikin.

"Man.... Syikin tak mahu merampas kebahagian Man dan keluarga Man. Syikin anggap Syira adalah anak murid Syikin. Apa yang Syikin bantu dan lakukan sebelum ini kepada keluarga dan adik beradik Man bukanlah ada udang di sebalik batu, Syikin ikhlas....." Kata Syikin dan Man terus terdiam.

"Man.... Eloklah kita putuskan hubungan demi kebahagian keluarga Man. Syikin tak mahu dijadikan punca keretakan keluarga Man. Syikin sedar sapa diri Syikin di sisi keluarga Man......". Kata Syikin lagi dan masih tetap belum bersuara.

"Man... antara kita sudah tidak ada apa-apa lagi, tiada apa-apa lagi.". Kata Syikin. Man mula rasa sedih dan dia tidak dapat menahan airmatanya kali ini.

"Syikin... Syira... maafkan Man, maafkan Man..." Kata Man dengan suara yang tersekat-sekat.

Syikin mencapai beg tangannya, bangun dan pergi dari situ menuju ke kereta yang diletakkan di tempat letak kereta tak berapa jauh dari situ. Man tak berupaya menghalang, Man cuma berupaya bangun dan memanggil nama Syikin.

"Syikin... cikgu Syikin..." Kata Man. Tapi Syikin terus masuk dalam kereta dan keretanya bergerak meninggalkan tempat itu. Man terpinga-pinga sambil melihat Syira menagis semakin teresak-esak. Tiba-tiba Nizar muncul sambil memerhatikan abang dan kakaknya.

Syira dan Nizar ikut abangnya keluar dari kedai itu Man pergi ke tepi dinding berhampiran tangga. Man memegang kepalanya dan kepalanya mula terasa sakit. Bila dilihat dinding itu, Man teringat, dinding seperti itulah yang seakan sama dengan dinding dia dibelasah oleh keluarga Yanti dulu sehingga dia cedera. Dulu dinding seperti itulah tangan-tangan samseng itu menghentak kepala Man tanpa Man melawan sedikit pun. Teringat peristiwa itu, kepala Man terasa sakit dan Man seperti hendak pengsan.

Syira dan Nizar serta merta memegang Man kerana mereka sangka Man hendak pengsan. Muncul dua orang pemandu teksi yang kebetulan berada di situ. Ditakdirkan salah seorang pemandu teksi itu mengenali Man. Pemandu teksi itu memapah Man dan membawa Man berehat di tempat rehat pemandu teksi.

"Terima kasih bang, abang saya ada sakit di bahagian kepala, dia pernah cedera." Kata Syira.

Man nampaknya stabil selepas diberikan air milo dan roti oleh pemandu teksi tadi. Syira dan Nizar lega kerana Man tidak apa-apa dan dapat pulih seperti sediakala. Syira kemudian memberitahu Man yang basnya jam 12.00 tengahari iaitu beberapa minit lagi bas akan bergerak. Syira jadi serba salah untuk meninggalkan Man keseorangan dalam keadaan begitu.

Kemudian salah seorang pemandu teksi itu memberitahu dia kenal Man kerana duduk berhampiran rumah Man dan biasa beli burger Man. Jadi Syira tidak risau sangat keadaan abangnya itu. Man yang minta kedua-dua adiknya naik bas dan balik ke kampung segera.

Ustaz Khalil dan dua rakannya baru keluar tol Air Hitam. Selepas saja membayar tol, Khalil dapat satu panggilan telefon, semacam satu  berita yang mengejutkan diterima. Ustaz Khalil keluar dari kereta untuk meneruskan perbualan itu supaya tidak didengari oleh 2 rakannya lagi. Kira-kira 15 minit perbualan itu, Ustaz Khalil masuk semula dalam kereta dalam keadaan yang macam ada yang tak kena. Kalau tadi Khalil ceria, sekarang nampaknya ada perubahan pula.

"Razali, Zakri.... kita terpaksa batalkan rancangan kita nak meminang itu". Kata ustaz Khalil ringkas.

Razali dan Zakri tertanya-tanya tetapi dia tak mampu untuk mengajukan persoalan lanjut pada bosnya itu, dia turutkan saja. Lagi pun, sebelum ini pun dia tak tahu apa rancangan sebenar, siapa yang nak meminang dan siapa yang nak dipinang ?

"Kita patah balik ke JB sekarang". Kata Khalil ringkas dan dua rakannya menggangguk saja.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 71
http://kadikluang.blogspot.com/2012/06/sdah-nasibku-mat-burger-episod-71.html



Mahu jadi rakan Facebook saya, klik sini.

05 April 2012

Bahagia Dengan Tiga Orang Isteri ?


Saya kenal dengan seorang ini dah masuk 5 tahun. Lelaki 40-an ini tak suka banyak cakap dan nampaknya macam orang jujur. Hidup dia sederhana, cukup makan dan pakai tapi bukan mewah atau boros. Dari segi warak atau alim dari segi pakaian dan penampilan, tidaklah juga. Yer le, saya perlu juga cerita pasal diri dia, dia ni biasa saja.

 Tapi selama ini tak pernah pula saya tanya pasal peribadi dia iaitu pasal 3 orang isteri dia. Dia ini kerja swasta, gaji dalam 3,000, anak ada 7 orang semuanya.

Macam Mana Tahu Ada 3 Isteri

Kalau dua isteri pun jarang-jarang nak jumpa, yang ada 3 isteri, lagilah payah nak jumpa. Saya mulanya tak tahu dia ini ada isteri lebih pada satu, sehinggalah satu hari tu....

 Satu hari tu, kawan saya tanya, ada nampak orang ni tak. Saya pun tanya, sapa tu ? Yer le, kebetulan nama macam dia ada 3 orang kawan saya. Kawan saya kata 'Osman Tiga' (Osman tu bukan nama sebenar).

Lepas tu saya tanya balik, Osman Tiga ni yang mana satu dalam ramai-ramai Osman tu. Dia kata, yang isteri tiga tu. Maka hari tu saya tahulah, si Osman ni ada 3 isteri. Tapi Osman, bukan nama sebenarnya, yerle, takut isteri orang nama Osman ni cari saya nanti.

Tanya Pengalaman Orang Kawin Lebih

Beberapa hari lepas, kebetulan saya jumpa kawan ni di sebuah kedai mamak. Maka lepas habis satu topik, masuklah topik pasal kawin lebih ni. Antara soalan saya yang pembukaan, begini...

"Macammana pengalaman kawin tiga ni ". Tanya saya.

Tahu apa dia jawab..

"Ustaz, saya ni tak ada masalah kalau orang tanya pengalaman saya pasal kawin tiga ni. Alhamdulillah, bahagia. Jadi kalau ada orang tanya saya, kalau boleh saya nak betulkan tanggapan orang yang pandang serong pada orang kawin lebih ni ". Kata dia.

"Bahagia ? Tak ada gaduh ? Isteri pertama boleh terima dimadu ?" Tanya saya, menjadikan cerita semakin menarik dan semakin minat nak didengar.

"Alhamdulillah ustaz, tak ada gaduh. Akan datang ni mintak jauhlah ustaz perkara yang kita tak jangka. Setakat ini alhamdulillah". Kata dia.

"Betul ker tak ada gaduh ? Boleh terima cara baik ?". Tanya saya, sebab macam tak percaya pun ada.
(Okey, kita berhenti sekejap pasal perbualan ini, nanti sambung.

Latangbelakang Lelaki dan Isteri-isteri Dia

Lelaki ni 40-an kerja swasta. Isteri pertama 40-an tak kerja dah kawin dalam 20 tahun, isteri kedua 30-an kerja kilang dah kawin dalam 7 tahun. Manakala isteri ketiga 20-an, baru kawin dalam 2 tahun, kerja jurujual. Semua anak dia dengan 3 isteri ini adalah 7 orang, ramai yang dah sekolah.

Duduk Rumah Di mana ?

Isteri pertama dia  duduk di sebuah rumah flat sederhana rendah tingkat satu. Rumah ini suami belikan untuk isteri secara ansuran bank. Suami tak pernah tak bayar bank setiap bulan.

Isteri kedua pula duduk di taman dan blok yang sama iaitu tingkat tiga. Rumah ini suami yang beli lelong bank, suami yang bayar tiap bulan.

Manakala isteri ketiga dia duduk di taman sebelah, rumah flat kos rendah, tak lebih 1 km dari rumah isteri pertama dan kedua. Rumah ini disewa dan suami bayar sewa tiap bulan.

Maknanya, semua rumah untuk ketiga-tiga isteri ini, suami yang bayar.

Bagaimana Giliran Tidur

"Saya pusinglah ustaz. Hari pertama rumah isteri pertama, hari kedua isteri kedua, hari ketiga isteri ketiga, kemudian pusing balik semula, begitulah seterusnya dah beberapa tahun". Jawab dia dengan selambanya.

Apa Rahsia Boleh Bahagia ?

Lepas saya dengar cerita dia bahagia dengan isteri dia dan anak-anak, maka betullah apa yang dia cerita dan bukan rekaan saja tetapi dialaminya betul. Bersama dengan 3 isteri dalam satu kereta itu perkara biasa, makan bersama pun biasa.

Sehingga dia cerita, isteri ketiga baru dapat anak kecil. Masa isteri ketiga bekerja, isteri ketiga dia hantar anak ke rumah isteri pertama jagakan. Begitulah baiknya keluarga ini. Kemudian saya tanya satu soalan lagi.

"Sebenarnya, apa rahsianya sehingga boleh hidup  macam ni, semua isteri tak gaduh ?". Tanya saya.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 2

04 April 2012

Orang Kerja Kerajaan Tersenyum Lebar Tengok Gaji Baru


Sehari dua ni penjawat awam tersenyum lebar bila tengok gaji baru yang naik boleh tahan banyaknya tu. Walaupun gaji tu belum dapat, tapi senyum tetap senyum dulu, itu pasti. Jangan lupa, elaun Cola pun naik RM 50 juga. Dan yang lebih penting adalah berangan dulu apa nak beli. Ada yang dah rancang nak beli kereta baru, beli rumah baru, repair rumah, pergi melancong dan sebagainya.

Simpan Duit

Apa pun rancangan kita, sepatutnya kita banyak menyimpan untuk masa depan. Hari ini kita senang, esok lusa dan hari mendatang, belum tentu kita senang macam sekarang. Ada orang tak boleh kalau ada duit, mesti nak dihabiskan saja. Ada yang berpendapat, daripada duit habis, lebih baik beli dan bayar untuk rumah dan kereta, habis juga duit. Pada saya, kalau nak beli rumah ker, kereta ker, repair rumah ker, kenalah ada perancangan, hati-hatilah jangan sampai terperangkap dalam hutang sehingga membebankan.

Mydin

Semalam saya beli satu buku bertajuk 'Mydin'. Siapa Mydin tu, bukan Ustaz Sulaiman Mydin yang terkenal tu, tapi Mydin yang kaya dan berjaya dengan empayar pasarayanya seluruh negara tu. Saya baru baca buku tu separuh tapi saya ada minat untuk meneruskan bacaan saya. Ini kisah Mydin yang mula dia niaga kat Penang sebelum merdeka. Lepas merdeka dia pindah ke Kelantan, berniaga di sana. Kemudian buka cawangan lagi di Kuala Terengganu dan sampai sekarang sudah ada hampir seluruh negeri di semenanjung.

Dari situ, bermulalah menapak satu perniagaan yang dibina dengan usaha yang gigih untuk berjaya. Hasilnya, sekarang Mydin dah usia 80-an dan anaknya meneruskan perniagaan pasaraya Mydin yang menandingi kehebatan pasaraya seperti Gaint, Econsave, dan lain-lain. Yang saya lihat, Mydin melatih diri dan anak-anak dia dengan jimat cermat, simpan duit dan memerlukan masa berpuluh tahun untuk berjaya.

Kenapa Tak Boleh Simpan Duit ?

Saya berbual dengan seorang yang akan naik gaji lebih kurang RM 250 sebulan. Sebelum tu, saya tanya, selama bekerja dalam 7 tahun ini, berapa ratus dia ada simpan dalam sebulan ? Soalan tu lambat dijawab, akhirnya dia mengaku, adalah dalam RM 100. Lepas tu, dia jawap gagap, katanya, itu pun kadang-kadang ada simpan, kadang-kadang tak.

Saya dah tahu, dia ada kereta yang lebih mahal dari kereta saya, ada rumah dan personal loan, campur tolak semua tu lebih 1,000 yang kena bayar sebulan. Okeylah, saya kata, selepas ini, mulai bulan depan, bolehkah simpan duit RM 250 sebulan ? Dia termenung seketika, kemudian saya tolong bagi jalan, yang duit RM 250 itu adalah jumlah kenaikan gaji dia nanti.

Kenapa selama ini tak naik gaji RM250, dia boleh hidup. Jadi kalau dah naik RM 250, tak bolehkah duit itu disimpan dalam Tabung Haji atau ASB ?

Jangan Fikir Kita Naik Gaji

Boleh ker kita jangan fikir kita naik gaji ? Sebelum ini pun kita tak sangka sangat kita nak naik gaji. Jadi, kalau kita tak naik gaji pun, kita dah cukup makan dan pakai setiap bulan. Kalau gitu, menyimpanlah.

Kalau baca cerita Mydin tadi, Mydin boleh berjaya sejak dulu, dulu bukan ada pinjaman pernaigaan mudah macam sekarang. Lagi satu, kalau Mydin berhutang dah tentu tinggi faedah banknya, bolehkah dia jual barang murah di pasaraya dia ?

02 April 2012

Pengalaman Mengenai Kereta Lelong Kastam Episod 9 : Tengok Kereta Tu Penting

Oleh kerana sekarang sedang lelong kereta kastam, blog saya menerima ramai pengunjung untuk dapatkan pengalaman mengenai lelong kereta kastam ini. Ramai juga yang tersasar masuk blog saya tapi mereka tak menyesal masuk sini kerana ada dapat ilmu sikit.

Seorang pembaca saya berminat dengan jenis kereta jenis A dalam harga 20,000 (bukan harga sebenar). Dia tanya saya beberapa perkara yang saya ceritakan kat sini.

Masing-masing Ada Minat

Saya rasa dia minat dan mengidam kereta tu dah lama. Saya tahu, harga kereta tu dulu mahal, jadi minat dia pendamkan saja sebelum ini. Yer ler, macam saya juga, dulu masa zaman saya study, masa zaman saya naik moto saya minat Honda SM4 yang harganya lebih 100,000. Tapi waktu tu berangan saja bolehlah, nak beli memanglah tak mampu.

Dah kerja pulak, harganya mahal lagi. Maka tunggulah harga murah lelong kastam tahun 2005, saya dapat dengan harga lebih kurang 9,000 saja. Saya pakai hingga sekarang, kalau saya jual, ada orang tawarkan saya harga lebih tinggi lagi. Saya pakai kereta tu sampai sekarang.

Yer, dulu kereta SM4 tu dapat pelbagai anugerah dalam era dia, maknanya dia antara kereta yang terbaik. Tapi disebabkan sekarang banyak model baru, maka orang tak berapa nak pandang. Sedangkan kereta baru sekarang ni, belum tentu dapat anugerah seperti tu, harapkan harga saja mahal dan nombor plat baru. Tapi saya dapat memiliki kereta idaman saya dengan harga jauh lebih murah dengan nombor plat baru juga.

Kereta Lama Lebih Baik

Saya tak pernah pakai kereta baru kerana saya rasa itu satu pembaziran berdasarkan penilaian peribadi saya. Kalau orang tak setuju dengan saya, saya tak kisah, saya tak kecil hati pun, hati saya saiz macam tu juga.

Kereta baru harap mahal saja, tapi kualiti belum tentu baik. Kekadang kita jadi mangsa untuk syarikat tu buat ujian. Contohnya ada satu kereta,mula keluar 1.3 cc masa tahun 2004.

Saya komen pada penjual tu masa hari pelancaran. Saya tanya, bolehkah 1.3 cc ni bawa body yang berat ni ? Jurujual tu kata, kereta tu dah setahun gerak di Indonesia, jadi tak ada masalah. Saya diam saja. Saya tahu, itu skrip yang sudah diajar kepada jurujual bila berdepan dengan pengguna. Tau kereta apa ? Kereta MPV kecil jenama terkenal juga.

Tiba-tiba, lebih setahun lepas tu, keluar pula model 1.5 cc pula dengan body yang sama tapi harga lagi mahal. Bila saya tanya, dia kata yang 1.3cc tak der pikap dan lembab. Maka harga secondhand kereta 1.3cc tu jatuh merudum.

Mangsa Ujikaji

Semalam saya singgah di satu kedai kereta. Saya terkejut kerana ada satu kereta baru dijual sebagai kereta terpakai, rasanya baru setahun lebih usia kereta tu. Saya tanya, kenapa kereta baru ini sudah jual. Jurujual tu kata, orang tu jual untuk ambil jenis yang sama yang ada Turbo. Pelik juga saya, kenapa disebabkan enjin sampai tukar kereta.

Jangan lupa, enjin memainkan peranan yang penting dan terlalu amat boring bawa kereta yang lembab. Kereta tu jenis MPV yang besar gedabak tetapi enjin dia setakat 1.6 saja, saya selalu komen. Tapi bila komen pada jurujual, dia kata, itu teknologi terkini. Sekarang turbo pulak. Maknanya pembeli jadi bahan ujikaji.

Lelong Kastam Kereta Berkualiti

Dari dulu saya kata, kereta yang kastam lelong ini jenis yang berkualiti. Kalau tak berkualiti, takkanlah dia boleh masuk pasaran dunia seperti Singapura, kemudian diseludup sebelum kena tangkap. Mestilah orang tu fikir, alang-alang seludup, biarlah yang berkualiti, hehehe. Takkanlah kereta cikai, dia orang nak lari kastam pulak, buang karen aje camtu.

Saya Nasihat Kawan Saya

Kenalan yang baru saya kenal ni pun kenal dalam blog. Dia minat sangat dengan jenama A yang harga 20,000 tu. Pertama, saya nasihatkan dia supaya tengok dulu kereta tu. Kalau setakat tengok dalam gambar, belum tentu gambaran sebenar. Saya rasa kalau ada pun kemik atau tempat yang teruk, takkanlah nak dipaparkan sangat, kecualilah semua sudut dah teruk sangat, kan ?  Yer le, iklan sekarang guna internet dan tak sama kalau kita datang tengok. Tapi nasihat saya, seboleh-bolehnya tengok betul-betul sebelum masuk lelong.

Lepas tu, cuba cari nilai pasaran kereta tu. Boleh didapati harga dalam majalah Mototrader, Mudah.com dan harga kat kedai kereta. Lepas tu cuba tengok kerosakan dan kecacatan kereta tu, contohnya cat, enjin, tayar dan kerusi. Kalau semua elok, bolehlah masuk tinggi sikit, kalau tak berapa elok, masuklah rendah sikit.

Dan ada lagi yang saya nasihatkan kawan saya tu, itu takb boleh cerita kat sini. Saya ucapkan semoga dia maju jaya dan saya berkeyakinan, kawan saya tu ada peluang dapat kereta tu nanti setelah saya cerita pada dia. Dia juga ucapkan terima kasih pada saya, yer, sama-sama.

Episod 10, Klik Sini