Ustaz Khalil seakan gelabah macam ada yang tak kena. Dia keluar dari kereta yang masih hidup enjinnya dan menuju ke tandas awam di tol Air Hitam meninggalkan Razali dan Zakri dalam kereta. Kemudian Khalil membuat panggilan kepada seseorang dan dia bercakap seperti ada yang amat serius.
"Zakri... kau bawak kereta ni, kita balik JB sekarang. Bawak laju-laju, ada hal penting". Kata ustaz Khalil selepas kembali ke kereta 10 minit kemudian.
Zakri mengangguk saja dan terus memandu kereta proton Saga biru kepunyaan bosnya itu. Zakri dan Razali senyap saja seperti memahami yang Ustaz Khalil sedang berserabut kepalanya sekarang. Dan kalau Ustaz Khalil kata laju itu, standartnya antara 140-160 kmj. Zakri tahu, enjin kereta itu enjin Mitsubishi 1.8 cc, bukan enjin proton biasa. Kereta meluncur laju membelah lebuhraya menuju ke JB. Kalau kelajuan begitu, 30 minit saja boleh sampai ke tol Skudai JB.
Yanti duduk di bangku hadapan kerana ada banyak kerusi kosong di depan untuk mendengar ceramah terakhir iaitu penceramahnya Azhar, kawan baiknya. Manakala Tasim duduk di kerusi belakang sikit pada Yanti. Memang betul, memang lucu dan kelakar sangat ceramah Azhar. Azhar tidak kekok walaupun berceramah di depan kawannya Yanti dan lain-lain peserta.
Dulu banyak Yanti belajar cara menjadi seorang penceramah yang baik dengan Azhar. Kalau dulu Yanti hendak menyampaikan ceramah memang gugup tapi Azhar banyak beri teguran. Ada masanya Yanti macam rasa sakit hati juga dengan Azhar yang tegur gaya penyampaiannya, tapi kini Yanti akui yang Azhar telah banyak merubah gaya ceramah Yanti. Di Johor Bahru dulu, bosnya selalu suruh Yanti sampaikan ceramah terutama yang menggunakan baHasa Inggeris kerana bahasa Inggeris Yanti sangat baik berbanding yang lain.
'Tahniah Azhar... ceramah kau memang baik. Nampak semua peserta tak puas dengar kau ceramah, hehehe". Kata Yanti pada Azhar selepas ceramah tu.
"Ishhhhh.. Yanti, biasa-biasa jerlah, kau apa kurangnya". Azhar.
"Azhar, nanti aku panggil kau ceramah kat KL, kau jangan tak datang pulak. Menarik isi kau hari ini" Kata Yanti.
'Ermmmmm, KL ? Kenapa KL ? Kau kan nak balik JB semula kan ?". Kata Azhar.
"Apa ? Apa kau cakap ni Azhar ? Aku pindah JB ?" Tanya Yanti macam terkejut sambil memandang Azhar dan Tasim dengan serius.
"Ishh... taklah, bergurau jer.... Takkan tak boleh bergurau Yanti". Kata Azhar sambil tersenyum.
Peserta lain juga menghulurkan tangan kepada Azhar sebagai tanda penghargaan pada ceramahnya yang hebat itu.
"Yanti, aku tunggu bos untuk majlis penutup pagi ni". Kata Azhar.
"Bos ? Bos mana ?" Tanya Yanti.
"Pengarah Johorlah, bos mana lagi. Dia jadi pengiring Datuk" Kata Azhar dan Tasim menggangguk.
"Bos ada, aku malulah nak jumpa bos. Sejak pindah KL, aku dah tak jumpa bos kita lagi, cuma panggilan telefon dan kad hari raya saja yang aku terima." Kata Yanti.
"Yanti, bos nak jumpa kau nanti lepas majlis penutup ni". Kata Tasim.
"Yer ke ? Biar benar .... aku lepas ni nak balik KL terus, dah rindu kat KL". Kata Yanti.
"Ermmmm... rindu KL ker rindu pakwe kat KL ?" Kata Azhar sambil ketawa.
"Banyaklah kau punya pakwe, Azhar. Mana ada". Kata Yanti.
"Yanti.... bos memang nak jumpa kau, ada perkara penting". Kata Tasim dan Yanti terdiam.
Pada Yanti, kalau cakap Azhar boleh lawak-lawak merepek tapi kalau dengan Tasim yang cakap sleng Jawa lebih tu, memang dia tak suka lawak-lawak. Kalau dia kata itu, memang itulah yang sebenarnya. Yanti memandang Tasim tanpa berkata apa-apa, jantungnya berdebar.
"Yer, Yanti, biarlah bos sendiri yang beritahu pada kau, ada sesuatu yang penting". Kata Tasim lagi dengan serius.
Tiba-tiba, juruacara majlis memaklumkan ketibaan Datuk sebagai perasmi dengan diiringi oleh 3-4 orang pegawai termasuk bos lama Yanti. Yanti segera mengambil tempat di kerusi hadapan kerana kerusi lain sudah penuh. Sepanjang majlis penutup itu, Yanti banyak kali memandang wajah bosnya dengan pelbagai persoalan, iaitu apakah perkara penting itu.
Adakah, bosnya meminta Yanti pindah semula ke JB ? Oh.... semakin berserabut kepala Yanti. Yang Yanti fikir, kalau nak dipindahkan, mana ada tanya-tanya, cuma keluar surat arahan tukar saja. Bila teringat kata-kata Azhar yang entah bergurau, entah betul yang dia akan bertukar ke JB semula, Yanti semacam boleh jangka. Lagipun, Tasim kata bos nak beritahu perkara penting.
Selesai majlis perasmian, hampir jam 12.30 tengahari, semua peserta keluar dewan dan menuju ke tempat makan di tingkat bawah menggunakan lif.
"Yanti...". Ada suara memanggil Yanti di tengah-tengah orang ramai yang hendak menuju ke lif. Yanti terkejut, itulah bosnya. Di kiri dan kanan bosnya adalah Azhar dan Tasim.
"Yanti, tahniah yer". Kata bosnya.
"Ermmmm terima kasih. Tapi tuan ? Tahniah apa ? Tak tahu hujung pangkal pun". Kata Yanti kehairanan.
"Yanti.... kaulah seorang pegawai yang terpilih dari ratusan pegawai muda lain. Dah rezeki kau dapat naik pangkat jadi ketua unit. Kau pegawai yang cemerlang. Saya dulu, kerja dah lebih 20 tahun baru dapat jadi ketua unit tau..." Kata bosnya.
"Ermmmm... tuan. Unit mana ? Dan ditempatkan di mana ? Ada pertukaran ker ?". Tanya Yanti yang semakin kehairanan.
"Tahniah Yanti, tahniah..." Kata Azhar tersenyum-senyum dan masih buat lawak.
Dalam hati Azhar, dia umur lebih tua sikit dari Yanti tapi masuk kerja sama, tapi Yanti lebih bertuah darinya, akan jadi ketua unit pada usia muda. Tapi Azhar sikit pun tak terkilan sebab dia kenal siapa Yanti, seorang pegawai yang sangat baik.
"Okey Yanti... apa-apa hal tunggulah surat, tak lama dah tu. Tahniah sekali lagi Yanti" Kata bosnya kemudian bosnya masuk ke lif bersama VIP yang lain meninggalkan Yanti, Tasim dan Azhar.
"Hoiiii Azhar!... mari sini kau!". Kata Yanti macam geram dan nak marah. Azhar masih boleh tersenyum. Mereka bertiga masuk semula ke dalam dewan yang sudah mulai kosong itu kecuali pekerja hotel yang sedang mengemas.
"Ini apa semua ni! apa ni ?... Apa yang boleh mengarut macam ni, aku tak fahamlah kau ni! Jangan sampai aku baling kau dengan beg ni sudahlah!..." Kata Yanti dengan meninggikan suaranya.
Yanti duduk di kerusi sambil diperhati oleh Azhar dan Tasim. Beg kursus diletakkan di atas meja, kemudian Yanti melemparnya ke meja hadapan. Beg itu terpelanting dan kena 2 biji gelas dan jatuh gelas itu ke bawah. Kejadian ini menarik perhatian 2 orang petugas hotel itu. Mujur gelas itu tak pecah dan Tasim segera mengambil semula gelas dan beg kursus Yanti.
"Tidak Azhar! Tidak!" Yanti meraung sambil memegang kepalanya sambil sikunya di atas meja. Yanti menangis teresak-esak.
Azhar terkejut kerana pada mulanya menyangkakan Yanti hanya bergurau macam Yanti yang dia kenali sebelum ini. Tapi tidak.... rupanya Yanti betul-betul menangis.
"Yanti... bertenang Yanti, bertenang...." Kata Azhar sambil menggigil ketakutan juga. Tasim pula kelihatan bercakap-cakap dengan petugas hotel seakan menjelaskan sesuatu. Mungkin Tasim kata, itu masalah sesama mereka rakan sepejabat.
"Maafkan aku Yanti, maafkan aku, bertenang Yanti..." Kata Azhar yang semakin ketakutan dan keliru.
Tiba-tiba muncul seorang wanita dari belakang yang memegang bahu Yanti iaitu rakan sebilik Yanti. Yanti terus menangis dan semakin sayu apabila rakan sebiliknya memeluknya sambil memujuknya.
"Mengucap Yanti, mengucap. Ingat pesan kakak tempohari... kuatkan semangat kau. Allah tetap akan bersama kita, Allah sayang kita dan apa pun ujian yang kita hadapi, itu datangnya dari Allah" Kata rakan sebilik Yanti.
Nasihat dan pelukan rakan sebiliknya itu cukup meresapi ke jiwa Yanti. Kalau tadi, ingin saja Yanti lemparkan kerusi ke muka Azhar, tapi sekarang tidak lagi, dia sudah sedar keterlanjurannya. Apa barangnya Azhar ni ? Tadi, Yanti fikir, dia tak akan maafkan Azhar, kalaulah Azhar yang menjadi pencetus atau pelobi supaya dia ditukarkan ke JB semula.
Pada Yanti, JB sudah tidak ada maknanya pada dia lagi setelah hatinya hancur lebur bila melihat Man Burger yang dicintainya selama ini berpegangan tangan dengan cikgu Syikin yang tidak kurang cantiknya itu. Apa lagi yang hendak Yanti cari di JB ini kalau sebutir mutiara cintanya sudah dirampas perempuan lain. Malah, Yanti rasa, kalau KL pun dia tak dapat ketenangan, lebih baik dia pindah saja ke utara atau Sabah atau Sarawak, yang jauh dari pengacau-pengacau hidupnya.
Yanti kembali tenang dan air matanya sudah berhenti melimpah. Sekali fikir, kenapa pula Yanti serang Azhar dan Tasim, apa salah mereka ? Yer, kenapa Yanti tak marah atau serang bosnya tadi yang sekarang sedang enak menjamu santapan tengahari.
Kemudian rakannya membawa Yanti naik ke bilik di tingkat atas, meninggalkan Azhar dan Tasim. Selera Yanti untuk makan hari itu terus hilang dan dia berehat di bilik dan bersiap untuk balik ke KL.
........................................................................................
Apa berlaku selepas ini ? Adaka betul Yanti akan berpindah semula ke JB seperti gurauan Azhar tadi ? Bagaimana pula halnya dengan Man Burger, adiknya Syira dan Nizar. Bagaimana juga dengan Ustaz Khalil, apa kesnya nak meminang tak jadi, nak meminang sapa dan untuk sapa pulak tu ? Ker, nak meminang untuk diri sendiri, tadi tak jadinya sebab isteri dia telefon kan ? Entahlah.