Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

02 Januari 2013

Bank Ini Menipu Orang Ramai Pasal Dividen ASB

Saya ke sebuah bank dan mendapati sebuah bank terkenal ini ada kaunter pinjaman ASB di kaki lima bank tu. Yer, bank itu agen ASB yang sah. Penuh bank tu hari ini terutama kepada yang nak tengok dividen ASB mereka.

Di luar itu siap ada DJ yang buat pengumuman dan sebagainya untuk promosi loan ASB bank itu. Yang saya dengar dan DJ tu sebut beberapa kali ialah.....

"Tahun lepas ASB memberikan dividen sebanyak 8.9 peratus".

Dalam hati saya, penipu punya bank. Kalau nak niaga dan nak untung pun, janganlah menipu. Mana datangnya keberkatan dalam perniagaan kalau dah dimulakan dengan menipu.

Sebenarnya, tahun 2012, ASB beri dividen 7.75 peratus saja, bukan 8.9 peratus. Tahun lepas juga ASB kasi bonus 1.15 peratus. Jadi, mengikut perkiraannya bukanlah dividen ASB 7.75 campur 1.15 peratus, bukan jadinya 8.9 peratus dividen.

Camner Nak Dapat Bonus ?

Syarat nak dapat bonus dan dividen kan lain. Nak dapat bonus, kena kira baki simpanan minimum kita selama 10 tahun iaitu 120 bulan. Kemudian, barulah dikira dengan 1.15 peratus.

Maaf bro.... 10 tahun tu lama. Jadi janganlah samakan dividen dengan bonus. Harap perbetulkan dan jangan menipu orang ramai.


10 ulasan:

  1. macam mana nak kira dividen dan bonus?

    BalasPadam
  2. Bhai MK...

    Hahaha.... macam tau-tau jer bank mana tue... hahaha.... wei... lama lu tak share resepi... kasi la share skali skala sementara tunggu sambungan "Sudah Nasibku Mat Burger" ... hahahq

    BalasPadam
  3. Mintak pandangan ustaz,
    kalau ikt fatwa kebangsaan, ASB ni halal manakala fatwa selangor pulak ASB ni haram.
    Kita orang johor ni sesuai ikut fatwa mana ye?

    BalasPadam
  4. tepuk dada tanya iman..kalau rasa ragu2 maka tinggalkan perkara tersebut..

    BalasPadam
  5. bukan niat dia nak menipu, tapi dia dj jemputan yang kurang arif yang kurang arif. Saya pun confius dan salah sebut dividen dengan bonus. Sama macam old timer yang sebut pasport sebagai ic, kan lari banyak tu. Yang penting niat sebutan tu. Jauhkan lah dari mendatangkan fitnah, kan elok pegi tanya dj tu sendiri, mungkn dia akan kata "oh ye ker? maaf, terima kasih sebab bgtau nanti saya check dgn bos saya

    BalasPadam
  6. salam semua,saya ponnn kena tipu oleh pegawai cimb caw pj smpai bawa kes ni ke bnm,tapi loan diaorg disbusrt jugak walaupun buat canselation dlm masa 3 hari menyebabkn cimb buat tuntutan kerugian pada saya rm2929....saya punya bukti rakaman dan cronologi tp masih kena jugak...mmm mcm2 org bank buat untuk dpt komisyen

    BalasPadam
  7. Salam semua.. betul jgkkan org bank lagi menipu kan..
    Sama mcm insurance2 di bank jgk dapat ni dpt tu... bila time claim ini tak boleh itu tak boleh simpan dah guna la apa la....
    Sebelum nak join insurance kata boleh percaya laa apa laa tp itu lg menipu dari yg lain.. bila ada org persoalkan pasal haram halal dorg pun buat jgk takaful pulak ikut syarat berbagai lak tu..tp still dok menipu semua org.. tak ada ke org ambil tindakkan kalau hal mcm ni.. bank patutnya tempat kita boleh percaya nak simpan duit tp lain pulak jd nya boleh tolong ulaskan sikit ustaz..

    BalasPadam
  8. Kusangkakan dividen sama dgn bonus.. aku pun tertipu
    Tipah tertipu.. tetipah tetipu

    BalasPadam
  9. Saya pun terkena di kaunter *** . mula2 die desak sy suruh buat pelaburan. Sy mati2 taknak. Sy ckp sy x mampu bye bulan2 gaji kecil Satu ribu lebih jee..mana mampu duk Bandar. Lepas tu die cakap OK BG ic duly tgk lepas ke Tak. Kwn2 duk desak sy staff pown duk Desak. Bila DPT ic terus Je die but n BG ayat ayat manis.. Esoknya sy call bgtaw nk batal die ckp xboleh. Sy pown call pihak at as an sy ckp nak batal die ckp boleh Je xde masalah. .lepas tu staff yg desak sy calk marah sy mgadu pihak atasan die ckp nak natal dtg la tndatagn KNP nk bgtaw pihak at asan. . lepas tu sy pergi kiosk Dia Dan tandatgn dia ckp denda rm600 sebab batalkan. Sy xbyr lg smpai skrg n sy nk at loan kereta taklepas pasal 600 tu..nama sy blacklist cchriss..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.