Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

08 Januari 2013

Cerai SMS

Entah apalah masalahnya, pada jam 1.52 pagi, si suami menghantar sms kepada isterinya. Sms berbunyi''''

"Saya ceraikan awak". Sms dari telefon suami ke telefon isteri.

Ini tak lain, adalah kes gaduh. Keesokan harinya, si suami membuat aduan di pejabat agama dan mendaftarkan perceraiannya di mahkamah. Perbicaraan berlansung di mahkamah dan ringkas ceritanya, mahkamah membuat keputusan.

" Lafaz melalui sms yang dihantar oleh (L) pada tarikh .... jam 1.52 pagi untuk bercerai talak satu adalah sah".

Pasangan ini bernikah pada tahun 1994 bermakna sudah kira-kira 18 tahun perkahwinan mereka dengan dikurniakan beberapa orang anak. Bagaimanapun, kebahagian rumahtangga ini runtuh kerana perceraian ini.



5 ulasan:

  1. Perasaan isteri berasa sungguh sedih.kdg2 terfikir juga..mgp lafaz melalui sms adalah sah dan lafaz rujuk melalui sms tidak sah.

    BalasPadam
  2. ada pihak ke-3.. kot ni.. ? ustaz.. ;)
    mcm tu la apabila udah 18 thn..
    mkn jagung rebus...
    la ni teringin pulak nak tukar jagung panggang !!

    BalasPadam
  3. Bila kahwin org datang kenduri kita ucap tahniah..bila cerai org nak ucapkan apa pulak???....sabar jer la..

    BalasPadam
  4. Cerai sms sah JIKA ada ucapan suara masa taip & didengar saksi ;)

    BalasPadam
  5. minta maaf, pd saya cerai sms ni adalah salah satu kekejaman pd wanita. terkena pd keluarga sendiri baru tahu perasaannya...saya tak paham kenapa cerai sms ini tidak boleh diubah fatwanya jika byk kes2 lebih menganiaya kaum wanita.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.