Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

11 Januari 2013

Masa Bila Taukey Ni Tahu Tarikh Nikah Saya ?

Saya ke sebuah bengkel untuk servis kereta. Sebelum tu saya ke kedai alatganti kereta beli minyak hitam RM 45 dan oil filter RM 6. Masa kat bengkel tu, sementara menunggu minyak hitam dibuang habis, saya berbual dengan taukey tu. Nampak umur dia antara 50-65 tahun.

"Taukey, ini bengkel sudah berapa lama bukak ?" Tanya saya.

"Haiyaaa... sudah lama loo. You belum kawin lagi, ini kedai sudah ada". Kata taukey tu sambil mengelap peluh.

Kemudian dia terus sambung bikin kereta saya. Dah siap, upah RM 10 saja. Begitulah rutin saya jaga kereta, tukar minyak 5,000km sekali, biasa 2-3 bulan sekali. Tak pernah saya beli minyak hitam dan oil filter kat bengkel.

Masa Bila Dia Tahu Tarikh Saya Nikah ?

Balik tu, saya termenung memikir, itu taukey kata,

"you belum kawin lagi, ini kedai sudah ada."

 Yer ker dia tahu bila saya nikah. Oh tidak.... entah-entah saya belum kawin, dia belasah saya dah kawin saja.  Tapi jawapannya itu, cukup membuatkan saya dah tak tahu nak cakap apa lagi.

Nak cerita pagi Jumaat ni, inilah uniknya Malaysia. Ada pelbagai bangsa dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan. Saya berbual dengan orang Cina, bahasa Melayu dia ada lain. Pergi gunting rambut kedai India, bahasa Melayu dia lain pula. Makan kedai mamak, bahasa Melayu dia lagi ada beza. Pergi Mydin JB tanya pekerja Bangla tu dah dapat gaji ke belum, dia pulak yang tanya saya dah dapat gaji ke belum.

4 ulasan:

  1. Bahasalah menyatukan kita semua..Marilah sama-sama gunakan Bahasa Kebangsaan.

    BalasPadam
  2. walau bahasa kita sesama rakyat malaysia ni ada sedikit berbeza, tanggungjawab kita tetap 1; untuk berdakwah kepada mereka agar berkongsi iman yang 1.

    BalasPadam
  3. pak cik nik Klang Perdana16 Januari 2013 7:17 PTG

    Semoga pihak Berkuasa terusan bertindak

    BalasPadam

Dipersilakan komen.