Seorang lelaki 30-an, bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan isterinya, juga 30-an kakitangan kerajaan juga. Hasil pernikahan mereka hampir 10 tahun, dikurniakan 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah.
Satu hari tu, mereka bertengkar sehinggalah lelaki melafazkan cerai terhadap isterinya. Apa benda yang ditengkarkan dan apa puncanya, tak payahlah nak ditanya.
"Aku ceraikan kau". Kata lelaki kepada isterinya.
Waktu itu, mereka berdua sahaja di dalam rumah. Lepas melafazkan perkataan cerai itu, lelaki dan perempuan telah pergi ke pejabat agama untuk membuat aduan cerai. Dokumen yang perlu dibawa adalah surat nikah dan kad pengenalan. Mahkamah mengesahkan berlaku perceraian dengan talak satu.
Lepas bercerai tu, perempuan duduk di rumah itu bersama 3 orang anak iaitu kuarters kerajaan. Manakala lelaki tidak tidur di rumah iaitu tinggal di rumah bujang. Lelaki kadang-kadang datang rumah untuk ambil barang dan tengok anak. Kes ini sudah jadi heboh di pejabat kedua-duanya. Iaitu orang tahu kejadian cerai ini termasuklah siaran lansung dari ahli-lain mesyauarat tingkap kipas lipas. Kat kampung masing-masing pun dah heboh sama ada keluarga perempuan dan lelaki. Dah tu, mak ayah masing- masing nak menangkan anak masing-masing dah jadi macam peguambela.
Dua bulan hidup sebagai duda dan janda, akhirnya terbuka hati mereka untuk rujuk semula. Kedua-dua mereka datang ke pejabat kadi untuk proses rujuk. Sebelum dibenarkan rujuk, beberapa soalan dikemukakan, antaranya adalah, berapa jumlah talak dan dapat dilihat dengan keputusan bertulis mahkamah syariah. Jawapannya, cerai talak satu dan berbaki dua talak.
Kedua, adakah pasangan ini masih di dalam edah. Setelah dipastikan, mereka masih dalam edah dan ada ruang untuk rujuk. Kira bernasib baik juga masih dalam edah iaitu sudah penghujung, sudah dua bulan. Kalaulah kes ini sudah habis edah dan nak nikah semula, prosennya adalah lebih payah. Iaitu, mereka tidak boleh rujuk kecuali dengan pernikahan yang baru. Bagaimana nak nikah semula ?
Biasalah, mula kena kursus kawin. Lepas tu ambil borang, buat test HIV, jumpa tok pengulu dan sebagainya. Lepas tu kena temuduga nikah, lepas tu kena daftar itu dan ini. Masa nikah pula kena ada wali, tak bolehlah nikah tanpa wali. Penyanyi kumpulan Wali Band nikah pun kena ada wali juga. Tapi kalau rujuk lain, rujuk tidak memerlukan wali.
Maka dengan rujuk ini, mereka sah semula sebagai suami isteri yang dah terputus dua bulan lalu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.