Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

21 Januari 2013

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 73)


Mak Man terus memeluk Syira yang menangis tak sudah-sudah dari tadi.
"Mak... Sebenarnya kak Syira bertengkar dengan abang Man kat JB". Kata Nizar selepas didesak dengan pelbagai soalan oleh maknya.

"Bertengkar.... kenapa ni Syira ? Dari semalam mak susah hati dengan anak-anak mak. Rupanya ada perkara tak baik berlaku. Kenapa ni Syira ? Kenapa ?". Kata mak Man. Namun Syira tetap tak berkata apa-apa dan terus menangis teresak-esak.

"Sudahlah...... sudah, mak dah pesan anak mak, kau jangan bergaduh adik beradik. Nanti mak dan abah kau dah tak ada nanti, apalah akan jadi pada anak-anak mak. Mak tak suka anak mak bergaduh... Kata mak Man lagi.

Kemudian, semua sekali, mak Man, Syira, Nizar naik ke rumah disambut dua orang adiknya yang masih sekolah rendah. Ayah Man waktu itu baru keluar mengambil upah mesin rumput di rumah orang, biasa balik sebelum Maghrib.

Kesian Yanti

Yanti keluar tol Air Hitam dan memberhentikan keretanya di sebelah toilet selepas bayar tol. Yanti tidak ada hajat pun nak ke toilet, tapi dia termenung memikirkan sesuatu. Terlintas di fikirannya, seronok juga kalau dia tidur di Hotel Golden, Batu Pahat, hotel yang dia tidur waktu menemani Man di Hospital dulu. Yer, bilik 5-12, bilik yang pernah dia tido dulu. Dia nak duduk bilik tu.

"Hello, ini Hotel Golden ?" Telefon Yanti.
"Yer Cik, Hotel Golden, boleh saya bantu ?". Jawab seorang perempuan.
"Okey, saya nak buat tempahan bilik. Masih adakah bilik kosong petang ini ?". Tanya Yanti.
"Masih ada cik. Cik nak buat tempahan bilik ?"

"Yer.... Tapi saya nak bilik nombor 5-12, masih ada lagi kekosongan ?" Tanya Yanti.
"Ermmm...Maaf cik, bilik ini sudah ada penyewa. Bilik lain masih ada lagi cik". Kata perempuan penjaga hotel  itu.

"Ohhhh.. sudah ada penyewa ? Kalau begitu tak apa, nanti apa-apa saya telefon semula". Kata Yanti semacam ada kekecewaan.
"Okey cik, terima kasih". Kata perempuan itu.

Tadi Yanti rasa dia hendak sangat ke Hotel Golden, tapi bila bilik yang dia mahu sudah penuh, dia mula berfikir semula. Perlukan dia tidur di Batu Pahat malam ini ?  Atau dia harus meneruskan perjalanan ke KL. Hari pun masih siang, belum pun jam 4.00 petang. Yanti mengambil keputusan untuk makan dulu di Air Hitam. Yanti  makan kuih pau, putu bambu dan cendol. Dia terus berfikir.... hendak tidur di mana malam itu.

Yanti teringatkan Nani, kawan baiknya sejak di universiti dulu. Dalam hatinya, kalaulah Nani balik ke kampungnya di Kluang, boleh juga kalau dia singgah ke rumah Nani. Yanti tahu rumah Nani. Dulu masa bernikah, Yanti pergi ke rumah Nani. Ermmm.... Nani sudah bernikah dan sekarang sudah mengandung 3-4 bulan, tentu Nani gembira. Yanti nampak, Nani bahagia dengan suami tercintanya.

Dulu masa study, Nani tak ada pakwe pun. Yanti tahu, Nani bukan secantik Yanti yang ramai peminat termasuk di universiti dan waktu kerja. Yanti dulu yang bercinta lama dengan Mat Burger tapi tak jadi kawin pun. Tapi Nani, kenal suaminya tak sampai 6 bulan terus kawin dan hidup bahagia. Betul juga kata orang tua, yang bercinta lepas kawin itu lagi elok, entahhh.

Aboi Yang Rajin

Aboi membawa kereta Waja Man dan Man duduk sebelah menuju ke kampung Man. Man bawa pakaian yang cukup dan Man pun pesan pada Aboi untuk bawa pakaian untuk 3 hari. Gerai burger Man hari itu kena tutuplah. Dalam hati Man, berapa ratus ringgit atau ribu ringgit dia tak masuk dalam 3 hari ini. Tentu juga pelanggan tetapnya tertanya-tanya. Tapi Man nak cari ketenangan. Pertama, Man masih ada ibu dan bapa. Dan Man nak minta maaf banyak-banyak pada ibu bapanya dan mohon restu. Ermmm.. apa yang berlaku pada dirinya ini adalah ketentuan Allah Taala. Antaranya adalah kena utamakan mak ayah.

Yer, Man lahir dan dibesarkan di kampung, bukan di bandar. Jadi, untuk mencari ketenangan, Man rasa suasana kampung itu mampu memberi sesuatu kepadanya. Dalam perjalanan itu, Man cuba melelapkan matanya yang dari tadi mengantuk itu. Man teringatkan adiknya Syira dan Nizar. Adakah Syira mengadu cerita tragisnya di Angsana itu hari  kepada maknya ? Man rasa sakit kepala dan pening-pening yang Man rasa disebabkan mengantuknya itu.

Man berhenti toilet dan surau di tol keluar Air Hitam, berhenti sebelum meneruskan perjalanan. Kepala Man terasa sakit dan hendak pitam, tapi Man gagahi juga untuk ke surau. Aboi bertanya kepada Man, tapi Man kata dia tak apa-apa. Selesai solat dan berdoa, Man teringatkan Ustaz Khalil. Man rasa, dia melakukan kesalahan yang besar kepada ustaz Khalil. Man tak mahu tunggu lama untuk sekali lagi meminta maaf pada ustaz Khalil.

"Hello ustaz, Man nak minta maaf pada ustaz". Telefon Man.
"Yer Man, tak mengapa, jangan susah hati Man. Saya tak terguris apa-apa". Kata Khalil.

"Terima kasih ustaz...Man sekarang kat Air Hitam. Man dah fikir, esok lusa Man nak berterus terang pada mak ayah Man mengenai hubungan Man dengan Yanti dan Syikin. Man nak bawa mak ayah Man jumpa ayah Cikgu Syikin untuk minta maaf banyak-banyak. Juga pada pak imam dan ketiua kampung yang ustaz ceritakan itu. Selagi Man tak minta maaf, Man rasa berdosa. Man rasa, kalau Man tak minta maaf kepada mereka, kalau umur Man tak panjang.....". Kata Man dan perkataannya terhenti. Ustaz Khalil dengar sebak suara Man yang tak mampu menghabiskan perkataan itu.

"Bertenang Man...eloklah Man berterus terang pada keluarga. Dan minta maaflah kepada keluarga Syikin, bawa mak ayah sekali, eloklah tu". Kata Khalil.
"Terima kasih ustaz, insyaallah nasihat-nasihat ustaz, sentiasa Man pegang. Ustaz... doakan Man ustaz". Kata Man sebelum menamatkan perbualan.

Man meneruskan perjalannya. Kemudian di Pekan Parit Raja, mereka berhenti makan. Man rasa Aboi penat memandu, sebab tu Man suruh berhenti. Lagi satu, Man nak beli bungkus untuk mak ayah dan adik-adiknya. Man cuma minum saja, Aboi minum dan makan mee soto dan Man bungkus mee bandung dan mee soto.

Sambil minum dan menanti Aboi makan, Man terfikir suatu yang sukar untuk dia selesaikan iaitu untuk mengadap Cikgu Syikin dan keluarga Syikin nanti. Dari tadi, panggilan dan sms Man pada Syikin tak berjawab. Man tahu, sampai bila pun Syikin tak akan jawab lagi. Pada Man, mungkin Syikin dah balik ke kampungnya, esok kan sekolah. Takkanlah Syikin masih ada di JB.

Yer betul, Syiralah yang beriya-iya memperkenalkan Man dan Cikgu Syikin, gadis comel berkaca mata itu. Selama ini, Man rahsiakan dari pengetahuan keluarganya terutama Syira yang mulut takde insuran itu. Pada Man, biarlah mereka rahsiakan dulu hubungan intim itu, kerana satu hari nanti, pasti Syira akan tahu juga. Tapi perancangan mereka tidak menepati sasaran. Kantoi juga mereka akhirnya di tengah perjalanan sebelum terlaksana apa yang dirancang. Syira dah mengamuk sekarang...

Entahlah, kenapa Man selalu tunduk pada Syira sedangkan Syira itu adiknya, bukan kakaknya. Kekadang Man rasa nak tampar saja muka Syira, biar dia dengar cakap sikit dan jangan bersikap kurang ajar pada abang. Mungkin kerana Syira satu-satunya adik perempuan yang banyak berhubung dengannya dalam keluarga. Malah menjadi perantaraan antara Man dan mak ayahnya kalau ada sesuatu perkara yang Man sukar untuk diberitahu secara nyata.

Tak apa... balik nanti, Man akan bersemuka dengan adiknya Syira. Man berserah saja pada Allah Taala, kalau Syira nak sembur Man depan orang ramai, Man terpaksa tadah saja. Itu pun kalau Man boleh sabar, tapi nampaknya Man macam tak boleh nak sabar dah ni. Tapi Man percaya, bergaduh-gaduh pun dengan Syira, mereka berdua tak akan putus hubungan. Dan Man gembira kerana selama ini Syira banyak menyokongnya dalam percintaan dengan Yanti walaupun menentang cintanya dengan Cikgu Syikin.

Azhar Yang Mulut Celupar
"Azhar... Tadi bos telefon". Kata Tasim dalam telefon kepada Azhar.

"Yer, Cik Tasim, kenapa yer bos telefon ?". Kata Azhar terkejut.

"Azhar... esok pukul 8, kau bersedia masuk bilik bos, bos nak jumpa". Kata Tasim lagi, menambah persoalan yang mengusutkan perasaan Azhar.

"Ergggg...kenapa yer Cik Tasim ? Ada perkara nak disampaikan ker ?". Tanya Azhar macam ketakutan.

"Apa lagi Azhar... pasal kejadian di Hotel Grand tadilah. Bos kata, dia malu dengan Dato' atas apa yang berlaku tadi. Bos tanya, betul ker kau bertengkar dengan Yanti sampai Yanti menangis.." Kata Tasim.

"Ishhh... Tak sangka aku Tasim. Habis bos macam mana ? Apa reaksi dia ?" Kata Tasim.

"Apa reaksi bos ? Huhu... siap sedialah kau pagi esok kena jawab dengan bos. Kau tahu tak, peserta-peserta dari negeri lain pun tahu hal ni tau. Tulah yang bos susah hati....". Kata Tasim yang menambah debaran pada Azhar.

"Ermmmm...Subhanallah Cik Tasim. Apalah yang telah terjadi ini...Aku, aku...ishhh..". Kata Azhar tersangkut-sangkut.

"Betul ker bos marah aku ? Betul ker Cik Tasim ?".  Tanya Azhar lagi semakin ketakutan.

"Yang aku nampak, begitulah...". Jawab Tasim ringkas sebelum mengakhiri perbualan telefon itu.

Pening kepala Azhar dibuatnya. Apakah yang nak dijawabnya esok. Dia harus menjadi peguambela esok untuk membela dirinya sendiri depan bos . Tidak, tidak, tuduhan itu semua tidak betul. Dia tak mulakan bertengkar atau bergaduh, cuma.... cuma... apa yer ?

Serabut kepala Azhar memikirkan. Tak disangka boleh jadi begini. Soalnya, kenapa Yanti tiba-tiba berubah. Dia kenal Yanti sejak mula kerja lagi, bahawa Yanti seorang yang suka bergurau dan suka dilayan sebegitu. Tapi, kenapa pula Yanti jadi begitu, mengamuk tak tentu pasal. Ingatkan main-main, rupanya tak main-main. Pening, pening...

Rumah Man

Man sampai di rumahnya dalam jam 6.00 petang. Nampak Toyota SE Limited ayahnya ada di depan rumah. Tidak ada orang dan di rumah hadapan nampaknya. Man biasa masuk rumah ikut pintu belakang, maklumlah rumah kampung. Kalau rumah bandar, masuk ikut pintu belakang itu namanya dah macam perompak pulak.

"Assalamualaikum...". Man beri salam.

"Waalaikum salam". Dijawab oleh ayah Man.

Rupanya ramai ada, malah semuanya ada di dapur di meja makan. Mak ayah Man, Syira, Nizar dan dua adik Man. Mak Man masak bubur kacang dan keledek goreng. Man dan Aboi masuk ke dalam bersalam dan memeluk ibunya, kemudian bapanya. Kemudian Nizar salam dan cium tangan abangnya. Tapi bila pergi kepada Syira, Syira tak mahu bersalam malah terus bingkas bangun dari kerusi dan naik ke rumah atas dalam keadaan marah. Dia atas, Syira menghentak kakinya dengan kuat di lantai kayu. Kemudian, Syira menghempas pintu bilik dan menguncinya dari dalam.

Mak Man terkejut dan mengeleng kepala tetapi tidak mampu berkata-kata. Man jadi marah dengan Syira. Dalam hatinya, sikap Syira itu amat mengecewakannya. Bayangkan, dari jauh dia balik, tapi adiknya layannya sebegini, adakah patut ?

Kali ini, Man hilang sabar. Sikap kurang ajar Syira mesti diajar sekarang dan tak boleh dibiarkan.

"Syira....Mari sini kau !" Teriak Man dan segera naik ke atas.

Mak dan ayah terkejut dengan tindakan Man. Mana tidaknya, selama ini Man seorang yang penyabar terutama kepada adik-adik. Tapi kali ini, kenapa Man berubah perangainya sebegitu. Mak Man takut tengok tangan Man yang mengeletar, nampak sangat tengah marah.

"Man... Sudah Man, Sudah...!" Sahut ayah Man yang  menjangka Man hendak bertindak sesuatu.

"Ya Allah...Man, sabar Man! Sabar! Tu adik kau Man, darah daging kau, jangan bergaduh Man". Pujuk mak Man sambil menangis.

"Syira! Kau keluar sekarang! Keluar!....Keluar kalau berani.... Kenapa masuk bilik... keluar sekarang!..." Jerit Man.

Man tetap naik ke atas rumah, kemudian menumbuk-numbuk pintu bilik Syira dengar kuat. Mujur Syira kunci biliknya. Kali ini Aboi pula bertindak memujuk dan menenangkan Man.

"Abang Man...Mengucap Abang Man, mengucap, mengucappppp". Pujuk Aboi.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 74
Episod 74, Klik Sini


36 ulasan:

  1. Assalam Ustaz,Sebuah cerita yang terbaik...tak sabar nak menunggu apa ending citer ni...

    BalasPadam
  2. Mesti dah terperap lama dalam simpanan tuan kan...?? huhu.. terima kasih tuan sebab menyambung cerita.. hehe.. tak sabar nak tunggu episod seterusnya... :)

    BalasPadam
  3. Kalu boleh di jadikan drama mesti best beto jadi man burger please usahakam...

    BalasPadam
  4. alamak, kene tunggu episod seterusnya la plak...dah 2 ari sy telaah cite ni..

    BalasPadam
  5. Aduuuhhh Ustaz.... kuar lagi cerita nih.... apa pun terbaik... teruskan teruskan teruskan....hehe

    BalasPadam
  6. nampaknya komen yang lepas diketengahkan..terima kasih ustaz..nanti sambung lagi..hehe

    BalasPadam
  7. cerita yg cukup menarik ustaz...

    BalasPadam
  8. Harap sambungannya cepat...
    X sabar menunggu....

    BalasPadam
  9. adoi lme ny nk abis cte nei.. terbaek la ustaz...

    BalasPadam
  10. da lama sy tunggu episod seterusnye.. huhuuhu... bile ye ade.. :)

    BalasPadam
  11. jgn le pjg2 sgt citer ni...

    BalasPadam
  12. Ustat lekas2 buat sambungan, lame menunggu ni. Bkn memaksa tp ternanti2 agak lama.

    BalasPadam
  13. Tamatkn saje la cerita ni jenuh nk tnggu..

    BalasPadam
  14. Kamon ustat... Xsbr ni nk nunggu

    BalasPadam
  15. Makin ari..makin xsabo menunggu episod baru...lincah ustad...

    BalasPadam
  16. lama menunggu episod mendatang. syabas mohon dibukukan abg man burger kita nie

    BalasPadam
  17. Salam...
    Panjang sungguh citer dia ni. Dari isteri kawan mengandung sampai dia dah habis pantang pun belum habis lagi citernya ni.. - OrangKampungKuDisini -

    BalasPadam
  18. bila la sambungan citer ni.. x sabar nya...

    BalasPadam
  19. Tahniah kerana mampu menghasil kan cerita cinta dgn ada pedoman agama (elak-elak Astro Warna).Ramai yg ternanti nanti episod seterusnya. Ya macam cerita Indon petang-petang kat TV. Ingat dah habisdah hari Jumaat, ada lagi episod baru hari isnin. Beratus2 episod.
    Kalau cerita pasal bab ugama shj tak ramai peminat. JAdi buat cerita cinta ada unsur agama, ramai peminat. Mungkin ada rezeki esok Cerita Mat Burger ni akan di jadikan Drama TV berepisod (mcm adam & hawa) atau filem (mcm Lagenda Budak Setan). Dari sekarang kena la pikir aktor mana yg akan pegang watak Man Burger (sy harap Jed Zaidi, sy tak suka Aron Aziz)
    Selamat Menulis.

    BalasPadam
  20. Lamenye ustaz nk tnggu sambungan cite. Diharap dilekas2kn penulisan cerpen ni mcm mula2 dlu.

    BalasPadam
  21. Salam..lama sangat la menunggu sambunganya ni ustaz..

    BalasPadam
  22. Da sblan tgu xkuar lg ke cerita nye..
    Sampai da lupe jaln cerita nye..
    Nak baca ulang blik cerita nye mlz..hehe

    BalasPadam
  23. Boring la nak kne tunggu lama sgt. Bnyk sgt cerita baru, cerita yg ni pon xabes lg. Sy tetap menyokong penulisan tuan tp trpakse tnggu lame utk cerita baru...

    BalasPadam
  24. salam ust..
    bru folo ni coz bru tau pasal blog ni ms kursus d muar..ada 74 da sy bru bc smpai 23 kna kejar laju2 ni..slamat menyambung crita

    BalasPadam
  25. Biler nk update citer nie ustaz...huhu...x sbar da nie

    BalasPadam
  26. Pergh.......engat ade ending.....dah 3 hari xtdo nie ustad....sekali xde plak...engat tenet rosak...hehehe....masih menanti

    BalasPadam
  27. baru saja habis baca cerita ni...tertunggu gak episod 74..sebenarnya dah keluar ke belum?

    BalasPadam
  28. bila nak ada sambungannye tuan??? lame bebenor nunggu... cerite lain je yg kuar.

    BalasPadam
  29. macam xde respon je??? adoiii

    BalasPadam
  30. Salam ustaz...xde sambungannye ke..dr mlm td saya bace smpai episod ni,mnunggu episod sterusnye dengan penuh gementar...

    BalasPadam
  31. Salam ustaz, lamanya nak tunggu sambungan citer ni...dah berjanggut dah... :)

    BalasPadam
  32. assalamualaikum tuan kadi... dah xde sambungan ke citer nih???

    BalasPadam
  33. sangapp... nk tungu abis ceter ni....

    BalasPadam
  34. bila nak ader sambungan-nyer nie,........

    BalasPadam

Dipersilakan komen.