Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

14 Ogos 2013

Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) Nikah Lagi Satu, Apa Komen?

Dalam tulisan saya terdahulu mengenai ilmu dan pengalaman yang saya dapat selepas baca buku tulisan Dr Zaharudin Abdul Rahman yang bertajuk 'Jangan Berhenti Berlari 'Klik Sini. Tidakkah Ustaz Zaharuddin terfikir untuk menulis buku bertajuk "Poligami Dalam Islam' selepas ini?

Sebelum ini, kita baca di media tempatan mengenai poligami beberapa tokoh atau personaliti terkenal tanahair seperti pelakon Salih Yakob (Komen Saya, klik sini) yang kawin isteri keempat, Ustaz Azhar Idrus dengan isteri ketiganya, pelakon Mohd Ashraf Muslim yang Saya Komen Di sini, klik sini dan lain-lain. 

Seperti biasa masyarakat di negara kita terutama para isteri sering memberi komen negatif dan beremosi kalau berbicara soal poligami. (Maaf kalau ada sesiapa yang terasa yer, bergurau saja). Manakala para suami, takut nak sembang soal poligami kalau isteri dia dengar. Tapi kalau isteri dia tak ada, dialah orang paling hebat cerita pasal kawin dua, hehehe. Jadi, selepas ini, kalau Ustaz Zaharudin menulis buku berkisar tajuk poligami dalam Islam, sudah pasti laris di pasaran. Saya rasa, perkahwinan dengan isteri kedua atau poligami ini elok dibukukan untuk memberi gambaran poligami yang sebenar mengikut Islam.

Saya petik sedikit tulisan Ustaz Zaharuddin yang saya copy dari blog yang lain.

.....................................................
Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda
قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل

Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)

Justeru,
1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.

2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakn mengiktu neracaprosedur dan tatacara hukum Shariah.

3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka suami, isteri sedia ada dan yang baru. Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertnya cara kenal, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.

5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.

6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :

a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.

b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat. 

c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.

d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.

e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.

f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.

g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.

h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.

i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi
k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.
l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.

‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.

Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.

Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.
Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.

Padamlah gambar-gambar yang disebarkan dan disensaikan tanpa izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434
 

12 ulasan:

  1. SUBHANALLAH....BERUNTUNG BAGI WANITA YANG TELAH DPILIH ALLAH UNTUK DILINDUNGI OLEH SEORANG SUAMI YANG BENAR-BENAR MENJADIKAN SUNNAH RASULULLAH....MOGA DR. DAN ISTERI-ISTERI SERTA ANAK-ANAK DIBERKATI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT...

    BalasPadam
  2. Kalau mampu apa salanya kahwin lebih...janji jujur dalam perkahwinan. Yang jadi masalahnya bila pasangan menipu jer..

    BalasPadam
  3. Komen salah tak komen pun salah. Bagi saya kalau dah orangnya Ustaz yang tahu ilmu agama dan faham serta mentaati perintahnya tidak akan timbul masalah besar tapi masalahnya ramai yang nak kahwin lebih tapi ilmu agama separas dada itik bukan apa takut salah seorang teraniaya kelak.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ustaz, saya one of the silent reader blog ustaz sjk bbrpa thn lepas.Banyak ilmu, pengalaman dan pengetahuan yg saya kutip. Syukran laka ya ustaz.

    Poligami adalah dibenarkan oleh Islam. Pasti Allah susun begitu ada hikmah dan kebaikannya.

    Ibu mertua saya minta suami saya kahwin lagi. Saya belajar redha dan meminta suami ikut cakap ibunya.Cuma buat masa ini suami masih bertahan, krn kata suami, dia takut tak dpt jaga amanah trhadap isteri2 dan anak2.

    BalasPadam
  5. Mesti ada sebab pasal apa dia minta anaknya kawin lagi, cer citer cer citer. Untuk teladan. Lagipunpun kita tak kenal pun awak.

    BalasPadam
  6. Biasanyalah kalau dah dpt dua isteri tu, mudah shj nak dpt ketiga dan seterusnya.Waullahu A'lam.

    BalasPadam
  7. saje nak tau bukan utk spekulasi atau apa, isteri ke2 ustaz zaharuddin ni janda atau anak dara???

    BalasPadam
  8. Dengar khabarnya masih belajar, Sem 6.

    BalasPadam
  9. subhanallah,untungnya dpt istri2 yg solehah..
    Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurratu a'yunin waj'alna minladunka sultoonannasiiro..
    Smga ustaz brjya n mudah mlaksanakn amanah n tggjwb y Allah gandakn ni..
    Trus trang sy x mampu hadapi utk bkongsi brg,kongsi rumah,dapo,apa lg kongsi suami!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam zahra.. kena ubah skit perspektif dalaman kita.. berkongsi suami atau apa sahaja barang dapur, barang perabut, etc.. tak akan mengurangkan apa2.. cth kasih sayang, harta dsbnya. Malah kalau kena cara islam yg indah.. makin bertambah mawaddah.. sakinah warahmah dlm satu rmhtangga.. ameen. Sy benarkan suami kawin lagi jika dia mahu.. lega bila kita berlapang dada.. dan berbincang bab poligami scr terbuka.. mmg seronok. Cadangan bernas sy pd suami sy.. sy sanggup bermadu.. syarat dia bg nafkah 1k utk setiap anak2.. sy ade 4 org, pastu sy nak benti keje sbb nak gie spa cantekkan apa yg patut n shopping tiap2 hari, janji dia bayar sy mcm majikan sy bayar gaji sy skrg iaitu 4k+ jer.. campur semua 8k+.. bestnya berpoligami :) suami sy hanya tersenyum.. tapi sy tergelak besar

      Padam
  10. Poligami ni bg saya tergantung kpd niat d hati tika melaksananya agar manfaat yg maksimum dpt diraih. Bg yg sekadar memenuhi tuntutan nafsu syahwat, ingatlah hukum poligami turun tatkala masyarakat Arab malah dunia tika itu menjadikan isteri ramai bahkan kdg2 sampai 10 org sebagai budaya. Jadi, hukum poligami turun membataskan kpd 4 org je.Bukannya hukum poligami turun tika masy Arab biasa beristeri seorang. Jd dpd tak terbatas bil isteri, kpd 4 org shj. Bukannya dpd biasanya masy tu beristeri seorang, lalu Islam benarkan beristeri sampai empat. Apapun segalanya berbalik kpd keikhlasan d hati dan segala yg Allah benarkan pasti ada hikmah tersembunyi.

    BalasPadam
  11. isteri nabi hanya seorang sahaja anak dara yang lain-lain tu wanita janda yang kematian suami. nabi ambil wanita-wanita ini untuk memberi perlindungan. tapi ustaz-ustaz pewaris nabi sekarang jarang memilih wanita-wanita janda untuk dikahwini.....renung-renungkan lah.....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.